Seberang Takir merupakan sebuah pekan yang terletak di Terengganu, Malaysia. Seberang Takir merupakan sebuah perkampungan nelayan, yang terletak di muara Sungai Terengganu dan sepanjang pesisir Laut China Selatan.

Asalnya Seberang Takir merupakan tanah buangan untuk para pesalah pada zaman kesultanan Terengganu yang terdahulu. Nama "Seberang" diperolehi kerana menyeberangi sungai jika berada di sebelah Shah Bandar (Kuala Terengganu), manakala "Takir" wujud adalah dipercayai tempat ini dijadikan tempat untuk memotong (takir) sama ada tangan mahupun kaki mengikut kesalahan yang dilakukan. Sekarang kampung ini berkembang pesat dengan kemajuan yang menyeluruh.

Pada bulan Mei 2013, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merasmikan Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir bernilai RM1 juta yang pertama di Malaysia.[1]

Perubahan Daerah sunting

Seberang Takir kini diletakkan di bawah pentadbiran Derah Kuala Nerus yang baru dibentuk[2]. Terdahulu ia diletakkan sebahagian dari Daerah Kuala Terengganu.

N 11 Seberang Takir sunting

DUN Seberang Takir merupakan salah satu kerusi Dewan Undangan Negeri di dalam Parlimen Kuala Nerus. Penyandang bagi kerusi DUN Seberang Takir adalah Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Besar Terengganu. Beliau menewaskan dua calon lain dengan majoriti 1,510 undi[3].


Pantai Seberang Takir sunting

Pantai Seberang Takir letak berdekatan Jambatan Angkat Terengganu.

Senarai Mangsa Lemas sunting

  • Ahmad Bahaqi Muzanni Nor Shariman, 13 tahun, 13 Disember 2016[4]
  • Mohd Mujahid Mohd Zuni, 13 tahun, 13 Disember 2016

Isu nama sunting

Pengguna media sosial memberikan nama pantai ini sebagai "Pantai Miami" kerana rupa bentuk kawasan itu menyerupai Pantai Miami di Florida. Namun kerajaan negeri Terengganu berkata nama itu tidak sesuai denagn identiti Terrenganu. [5]

Rujukan sunting