Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE: KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai tanda niaganya. Coke merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan yang amat meluas.

frames
frames

Dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19, Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawan Asa Griggs Candler, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke sanggup mendominasikan pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.

Sejarah sunting

Tahun-tahun awal sunting

Ahli farmasi John Stith Pemberton dari Columbus, Georgia mereka wain koka yang diberikan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton ("Pemberton's French Wine Coca") pada tahun 1884. Dia diilhami oleh kejayaan hebat Vin Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh Angelo Mariani.

Sewaktu Atlanta dan Wilayah Fulton meluluskan undang-undang larangan terhadap penjualan minuman keras pada tahun yang berikut, Pemberton bermula mengembangkan versi kola wain Perancis tanpa alkohol. Dia menamakan minuman itu sebagai "Coca-Cola" kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa dengan penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina. Setiap gelen sirap mengandungi lima auns daun koka. Jualan pertama dibuat di "Farmasi Jacob" di Atlanta, Georgia pada 8 Mei 1886. Untuk lapan bulan pertama, cuma sembilan gelas dijual pada puratanya setiap hari. Pemberton mengiklankan minuman itu buat pertama kali pada 29 Mei dalam tahun tersebut di Jurnal Atlanta.

Pada mula-mulanya, Coca-Cola dijual sebagai ubat paten untuk lima sen segelas. Walaupun Pemberton bermaksud minuman itu dijual sebagai minuman tanpa bergas, ia dijual melalui dispenser soda yang amat popular di Amerika Syarikat pada waktu itu kerana kepercayaan bahawa air berkarbonat adalah baik untuk kesihatan. Pemberton mendakwa bahawa Coca-Cola dapat mengubati banyak penyakit, termasuk ketagihan morfin, dispepsia, neurastenia, sakit kepala, dan mati pucuk.

 
Muzium Dunia Coca-Cola di Las Vegas pada 2000

Pada 1887 sementara mengalami ketagihan morfin, Pemberton menjual sebahagian hak milik syarikatnya kepada Asa Griggs Candler yang memperbadankannya menjadi Perbadanan Coca Cola pada tahun 1888. Pada tahun yang sama, Pemberton menjual haknya buat kali kedua kepada lagi tiga usahawan: J.C. Mayfield, A.O. Murphey, dan E.H. Bloodworth. Pada waktu yang sama, Charley Pemberton, anak Pemberton yang merupakan penagih alkohol, bermula menjual versi sendiri. Tiga versi Coca-Cola - dijual oleh tiga perniagaan yang berasingan - terdapat di dalam pasaran.. [1]

Untuk mengatasi masalah itu, John Pemberton mengisytiharkan bahawa nama "Coca-Cola" adalah kepunyaan Charley, akan tetapi kedua-dua pengilang yang lain itu boleh meneruskan penggunaan rumusannya. Oleh sebab itu, pada musim panas 1888, Candler menjual minumannya di bawah nama "Yum Yum" dan "Koke". Selepas kedua-dua nama itu gagal menerima sambutan yang baik, Candler bermula membuat tuntutan ke atas nama "Coca-Cola pada akhir 1888 kerana ingin menutupkan perniagaan kedua-dua pesaingnya. Candler membeli hak eksklusif untuk rumusan minuman itu daripada John Pemberton, Margaret Dozier, dan Woolfolk Walker. Bagaimanapun, pada tahun 1914, Dozier mendakwa bahawa tandatangannya pada bil jualan adalah palsu, dan penganalisisan kemudian menunjukkan bahawa tandatangan John Pemberton juga mungkin merupakan pemalsuan. [2]

Pada tahun 1892, Candler memperbadankan syarikat kedua, "Syarikat Coca-Cola" ("The Coca-Cola Company") (perbadanan kini), dan kemudian pada 1910, dia membakar rekod-rekod syarikat yang terawal untuk mengaburkan keasalan syarikatnya di sisi undang-undang. Candler kemudian bermula memasarkan produk itu secara agresif, tetapi kesan yang diharap-harapkan daripada kempen pengiklanan tidak dapat diperolehi sehingga jauh kemudian.

Coca-Cola dijual dalam bentuk botol buat pertama pada 12 Mac 1894, dan dalam bentuk tin aluminium buat pertama kali pada 1955. Pembotolan Coca-Cola yang pertama dilaksanakan di Syarikat Biedenharn Candy di Vicksburg, Mississippi, pada tahun 1891. Pemiliknya Joseph A. Biedenharn. Botol yang asli adalah botol Biedenharn, yang kelihatan amat berbeza daripada reka bentuk skirt hobel yang kini amat biasa. Asa Candler tidak yakin akan pembotolan minuman itu, tetapi kedua-dua usahawan yang mengemukakan gagasan itu amat meyakinkan sehingga Candler menandatangani kontrak yang memberikan kawalan prosedur pembotolan kepada mereka. Bagaimanapun, kontrak yang tidak ketat itu membawakan kesulitan kepada syarikat Coca-Cola pada dekad-dekad yang berikut. Masalah itu dirumitkan lagi dengan keputusan pembotol untuk memberikan subkontrak kepada syarikat-syarikat yang lain &mdash pada hakikatnya, menjadi pembotol induk. Ini bermakna bahawa Coca-Cola dijual dalam pebagai jenis botol, sehingga pengenalan botol Coke piawai yang ikonik pada tahun 1916.

Perang Dunia II sunting

Apabila Amerika Syarikat menyertai Perang Dunia II, Syarikat Coca-Cola bermula memberikan minuman percuma kepada askar-askar Tentera Amerika Syarikat. Tentera Amerika Syarikat mengizinkan kakitangan-kakitangan Coca-Cola memasuki baris depan sebagai "Pegawai Teknik" dan syarikat itu menjalani sistem Coke untuk membekalkan minuman ringan kepada askar-askar yang mengalu-alukan minuman itu kerana ia memperingatkan rumah mereka.

Coca-Cola membina banyak kilang pembotolan di luar negeri untuk memastikan minumannya dapat dibekalkan kepada askar-askar dan dengan itu, mewujudkan asas untuk perkembangan syarikat diluar negeri selepas peperangan. Kepopularan Coca-Cola tercetus sewaktu askar-askar Amerika pulang ke negara selepas peperangan dengan rasa untuk minuman itu. Minuman itu menjadi sinonim kepada cara hidup Amerika.

Sebelum Amerika Syarikat memasuki Perang Dunia II, kesulitan menghantar sari Coca-Cola ke negara Jerman dan kawasan-kawasan pendudukannya menyebabkan penciptaan Fanta, sejenis minuman yang baru oleh seorang kakitangan Coca-Cola.

Coke Baru sehingga kini sunting

 
Coke Baru menimbulkan kontroversi sewaktu ia menggantikan Coca-Cola asli pada 1985. Rumusan asli dikembalikan sebagai Coca-Cola Klasik dalam tempoh beberapa bulan selepas pengenalan Coke Baru.
 
Logo Coca-Cola Klasik yang diguna dari tahun 2003 sehingga kini.

Pada tahun 1985, Coca-Cola, dalam suasana banyak publisiti, menukar rumusan minumannya. Sebahagian pihak yang berwibawa percaya bahawa Coke Baru, iatu minuman baru itu, dicipta semata-mata untuk bergerak balas kepada pesaing komersilnya, Pepsi. Banyak ujian rasa buta menunjukkan bahawa lebih banyak konsumer suka akan rasa Pepsi (yang dipercayai mengandungi lebih minyak lemon, lebih kurang minyak buah oren, dan menggunakan vanilin sebagai ganti untuk vanila bila dibandingkan dengan Coke. Susulan ujian-ujian rasa mendedahkan bahawa kebanyakan daripada konsumer lebih menyukai rasa Coke Baru berbanding dengan Coke dan Pepsi. Rumusan semula itu diketuai oleh Roberto Goizueta, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif pada waktu itu, serta presiden Don Keough.

Peranan presiden Robert W. Woodruff yang lama memegang jawatan syarikat itu adalah tidak jelas. Goizueta mendakwa bahawa Woodruff menyokong penukaran rumusan itu beberapa bulan sebelum kematiannya pada tahun 1985. Ada sebahagian orang mengatakan bahawa oleh sebab hanya dua orang sahaja yang membincangkan perkara itu, Goizueta mungkin salah faham akan keinginan Woodruff kerana Woodruff sewaktu itu hanya dapat menutur dalam kata ekasuku; juga dikatakan bahawa Woodruff mungkin tidak memahami apa yang Goizueta berkata kepadanya.

Kegagalan komersil Coke Baru merupakan tamparan yang besar kepada pengurusan Syarikat Coca-Cola. Kemungkinannya, pelanggan tidak akan sedar akan penukaran rumusan jika ia dibuat secara rahsia ataupun beransur-ansur, dan kesetiaan jenama dapat dipeliharakan. Bagaimanapun, pengurusan Coca-Cola tidak bersedia terhadap sentimen nostalgia bagi orang ramai di Amerika yang dibangkitkan oleh minuman itu. Ada sebahagian orang yang membandingkan penukaran rumusan Coke dengan penulisan semula Perlembagaan Amerika Syarikat.

Rumusan Coca-Cola yang baru mengakibatkan tindak balas yang hebat. Gay Mullins dariSeattle, Washington menubuhkan pertubuhan "Peminum Cola Lama Amerika" ("Old Cola Drinkers of America") dan mencuba mendakwa syarikat serta melobi untuk rumusan Coke Lama dibebaskan kepada domain awam. Bantahan ini dan yang lain menyebabkan syarikat mengembalikan rumusan lama di bawah nama Coca-Cola Klasik pada 10 Julai 1985. Syarikat itu kemudian dituduh melaksanakan kebalikan pendirian sebagai helah yang teliti, iaitu memperkenalkan produk baru sementara menghidupkan minat terhadap produk yang asli. Donald Keough, presiden syarikat sewaktu itu, menjawab tuduhan dengan pengistyharan berikut:

"Sebahagian pengkritik akan mengatakan bahawa Coca-Cola telah membuat kesilapan pemasaran. Sebahagian orang yang sinis pula akan mengatakan bahawa kami merancangkan kesemua perkara ini. Kebenarannya adalah bahawa kami tidak begitu bodoh, dan kami juga tidak begitu bijak."

Sewaktu itu, bahagian pasaran untuk Coke Baru merosot ke hanya 3% menjelang 1986. Pada 1992, syarikat itu menukarkan nama "Coke Baru" kepada "Coke II" (jangan kelirukannya dengan "Coke C2" yang merupakan kola kurang gula yang dilancarkan oleh Coca-Cola pada tahun 2004). Bagaimanapun, kemerosotan jualan mengakibatkan pengurangan pengedaran. Sesampai 1998, produk itu cuma dijual di beberapa tempat di Tengah Barat Amerika Syarikat.

Sejarah terkini sunting

Sewaktu era 80-an, Pepsi-Cola telah menayangkan beberapa siri iklan di televisyen yang menunjuk orang ramai mengambil bahagian dalam ujian rasa di mana mereka menyatakan kecenderungan mereka terhadap Pepsi-Cola berbanding Coke. Sebagai gerak balasan, Coca-Cola telah melancarkan "perang cola" keatas Pepsi; salah satu iklan Coke membandingkan cabaran Pepsi dengan dua ekor cimpanzi untuk memutuskan mana satu bola tenis adalah lebih berbulu. Selepas itu, Coca-Cola merampas semula kedudukannya daripada Pepsi-Cola sebagai ketua pasaran.

Sebagai percubaan untuk meluaskan portfolio keluarannya, Coca-Cola membeli Columbia Pictures pada tahun 1982. Columbia membekalkannya publisiti yang tidak ketara melalui pemaparan produk Coke dalam banyak filemnya sewaktu syarikat itu di bawah hak milik Coke. Bagaimanapun, selepas beberapa kejayaan yang awal, prestasi Columbia bermula merosot, dan kemudian digugurkan oleh Coca-Cola pada tahun 1989.

Coca-Cola mengamalkan polisi yang mengelakkan penggunaan kanak-kanak yang kurang daripada umur 12 tahun dalam mana-mana satu iklannya. Ini adalah disebabkan oleh tindakan mahkamah pada awal abad ke-20 yang mengatakan bahawa kandungan kafeina Coke adalah berbahaya kepada kanak-kanak. Bagaimanapun, pada kebelakangan ini, amalan ini tidak menghalang syarikat untuk menjadikan pengguna-pengguna sebagai sasarannya. Tambahan pula, syarikat itu masih tidak mendedahkan bagaimana selamatnya Coke adalah untuk kanak-kanak kecil (ataupun ibu-ibu yang hamil).

Tajaan rancangan sukan sunting

Coca-Cola menjadi penaja Sukan Olimpik yang sulung pada sukan 1928 di Amsterdam dan telah menjadi penaja Olimpik yang tetap sejak masa itu. Tajaan korporatnya termasuk Sukan Olimpik Atlanta 1996 di Atlanta yang membenarkan menyoroti tempat asalnya.

Sejak 1978, Coca-Cola ialah penaja utama untuk FIFA dan telah menaja setiap Piala Dunia FIFA dan pertandingan FIFA yang lain. Sebenarnya, salah satu daripada piala pertandingan: Kejohanan Belia Dunia FIFA dari Tunisia pada tahun 1977 hingga Malaysia pada tahun 1997 telah digelarkan "FIFA - Piala Coca Cola". Tambahan pula, Coca-Cola juga menaja Coca-Cola 600 untuk siri perlumbaan automobil, Piala Nextel NASCAR Nextel Cup, di Litar Lumba Motor Lowe, Carolina Utara.

Coca-Cola mempunyai sejarah hubungan pemasaran sukan yang panjang. Sejak permulaannya, syarikat itu telah menaja bukan sahaja Besbol Liga Utama (Major League Baseball), Liga Bola Sepak Nasional (National Football League), Persatuan Bola Keranjang Nasional (National Basketball Association) dan Liga Hoki Nasional (National Hockey League), mahupun banyak pasukan dalam liga-liga ini. Syarikat itu juga telah lama menaja Liga Bola Sepak Australia (Australian Football League), dan pada suatu masa, memegang hak-hak penamaan untuk Musim Perdananya. Tiap-tiap tahun, Coca-Cola juga menaja permainan ujian Bola Sepak Peraturan Antarabangsa antara Australia dan Ireland.

Sebagai lambang politik dan korporat sunting

Minuman Coca-Cola mempunyai kaitan yang amat rapat dengan Amerika Syarikat, dan sering dianggap sebagai "jenama Amerika" dan kekadang juga sebagai wakil Amerika (bandingkan dengan Mickey Mouse). Minuman itu seringnya merupakan metonimi untuk Syarikat Coca-Cola. Perkaitannya dengan penyebaran budaya Amerika oleh orang ramai telah menyebabkan gelaran "Coca-Kolonisasi".

Sebagai sebahagian lawatan 2005, "Mengalamilah Pengalaman" ("Experience The Experience"), Kumpulan seni monochrom telah mencipta 'Bata Coke': mereka mengisikan periuk dengan bergelen-gelen Coca-Cola dan masaknya sehingga tertinggal sisa-sisa yang dapat diacu menjadi seketul bata. Persembahan dan ceramah itu membincangkan industri gula dan dasar-dasar perbadanan multinasional, termasuknya Coca-Cola sebagai lambang kuasa korporat.

Dasar luar negeri sunting

Pengkritik-pengkritik mendakwa bahawa Coca-Cola tidak begitu popular di negara-negara Arab kerana rasa tidak setuju tentang dasar asing Amerika Syarikat di Israel dan tempat-tempat yang lain.[3] Sebagai contoh, mereka menunjukkan kepada Mecca Cola yang telah menjadi minuman laris pada berapa tahun terakhir. Bagaimanapun, dakwaan-dakwaan ini bercanggah dengan data bahagian pasaran. Di Timur Tengah yang merupakan kawasan tunggal di mana Coca-Cola bukan minuman soda yang nombor satu, Coca-Cola masih memegang bahagian pasaran sebanyak hampir 25% dan menikmati pertumbuhan dua digit pada tahun 2003.[4]

Sekatan Sudan sunting

Pejabat Sudan telah dimulakan oleh G. N. Ghines pada tahun 1995, sewaktu beliau menjadi Pengurus Negara sehingga 1997. Pada 6 Oktober 1997, bekas Setiausaha Negara, Ms Albright, mengumumkan sekatan terhadap Sudan yang akan berkuatkuasa pada 6 November 1997. Ghines terpaksa menutup pejabatnya dan berpindah ke Yemen di mana beliau melancarkan Coca-Cola buat kali kedua.

India dan bahan-bahan sunting

Para pengkritik mendakwa bahawa Coca-Cola tidak begitu popular di tempat lain seperti India kerana tertimbulnya sangsi mengenai taraf kesihatan minumannya. Bagaimanapun, dakwaan-dakwaan ini bercanggah dengan data bahagian pasaran. Umpamanya, bahagian pasaran Coca-Cola di India ialah 60.9%.[5]

Pada tahun 2003, Pusat untuk Sains dan Persekitaran ("Centre for Science and Environment") (CSE), sebuah pertubuhan bukan kerajaan di New Delhi telah mengatakan bahawa minuman bergas yang dikeluarkan oleh pekilang-pekilang di India, termasuknya multinasional raksasa Coca-Cola dan Pepsico, mengandungi toksin yang merangkumi lindana, DDT, malation dan klorfirifosa, iaitu racun perosak yang boleh menyebabkan kanser, kemusnahan sistem imun, serta kecacatan lahir. Produk yang diuji termasuk Coke, Pepsi, Seven Up, Mirinda, Fanta, Thums Up, Limca, dan Sprite.

CSE mendapati bahawa minuman-minuman syarikat Pepsi mengandungi 36 kali lebih tinggi daripada tingkat kuantiti sisa pestisid yang boleh terima di bawah peraturan Kesatuan Eropah; Coca Cola mempunyai 30 kali. CSE mengatakan bahawa ia telah menguji produk yang sama di Amerika Syarikat dan tidak mendapati sebarang sisa pestisid.

Coca Cola dan PepsiCo dengan marahnya menafikan bahawa produk-produk mereka di India mengandungi tingkat toksin yang jauh melebihi apa yang dibenarkan di dunia membangun. Walau bagaimanapun, sebuah jawatankuasa parlimen India menyokong dapatan CSE pada tahun 2004, dan sebuah jawatankuasa yang dilantik oleh kerajaan tengah mencuba memperkembangkan piawai pestisid yang pertama dalam dunia untuk minuman bergas. Coke dan PepsiCo menentangi langkah ini, dan mengemukakan alasan bahawa ujian makmal tidak boleh dipercayai untuk mengesankan kesan-kesan pestisid di dalam minuman yang kompleks seumpama air soda.

David Cox, pengarah komunikasi Coke Asia yang berasas di Hong Kong, menuduh Sunita Narain, pengarah CSE kerana "merampas jenama" melalui penggunaan jenama Coke untuk menarik perhatian kepada kempennya yang menentang pestisid. Narain mengatakan bahawa kajian sisa-sisa pestisid CSE di dalam minuman bergas merupakan susulan yang biasa untuk kajiannya mengenai air botol.[6]

Pada tahun 2004, Coca-Cola telah digunakan sebagai pestisid untuk secara uji kaji oleh petani-petani India di Andhra Pradesh.[7] Bagaimanapun, ia kemudian didedahkan sebagai daya penarik publisiti oleh penindak-penindak cergas tempatan dan petani-petani.[8]

Jualan Coca-Cola merosot sebanyak 15 peratus selepas dakwaan pestisid dibuat pada tahun 2003. Bermula dari 2005, Coke dan Pepsi bersama-sama memegang bahagian pasaran minuman bergas sebanyak 95% di India.[9]

Sila lihat bahagian Amalan perniagaan untuk perbincangan mengenai kesan-kesan kepada persekitaran.

Colombia dan pemulauan antarabangsa sunting

Pada musim panas 2003, kesatuan pekerja Colombia, SINALTRAINAL, telah meminta pemulauan antarabangsa terhadap produk-produk Coca-Cola kerana ugutan, penculikan, dan pembunuhan pekerja-pekerja di dalam kilang-kilang pembotolan Coca-Cola oleh separa tentera yang telah dikatakan bertindak bagi pihak Syarikat Coca-Cola supaya hendak menurunkan gaji di Columbia.[10]  Pemulauan SINALTRAINAL itu menyusul keputusan hakim daerah untuk menggugurkan Syarikat Coca-Cola daripada tindakan mahkamah SINALTRAINAL (sila lihat bahagian Amalan perniagaan.

Amalan perniagaan sunting

Rencana utama: Syarikat Coca-Cola: Kritikan

Sebagai penjual minuman bergas yang terbesar di dunia, termasuk kemegahannya, minuman Coca-Cola, Syarikat Coca-Cola telah dikritik untuk sesebahagian langkah korporat seperti:

  • amalan monopoli
  • piawai kesihatan yang rendah
  • amalan penggajian perkauman
  • penswastaan bekalan air
  • penganiayaan hak-hak pekerja, termasuknya pembunuhan ahli-ahli kesatuan pekerja.

Terdapatnya banyak kritikan terhadap produk-produk syarikat dan amalan perniagaannya:

  • Beberapa universiti di Kanada, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Ireland memulaukan produk Coca-Cola kerana rasa bimbang terhadap penganiayaan hak asasi manusia Untuk maklumat lanjut, sila lihat halaman Syarikat Coca-Cola.
  • Di India, perbadanan ini telah membangkitkan beberapa pemulauan dan bantahan disebabkan oleh piawai kesihatan yang dianggap rendah serta kesan yang buruk kepada alam sekitar. [11]
  • Di Colombia, syarikat itu telah dituduh oleh kesatuan pekerja Columbia, SINALTRAINAL, untuk pencabulan hak-hak asasi manusia. Khususnya, Syarikat Coca-Cola dan pembotol-pembotolnya telah dituduh kerana mengarahkan ataupun mentoleransi ancaman separa tentera terhadap pekerja-pekerja semata-mata untuk menghalang mereka daripada menubuhkan kesatuan pekerja. Beberapa pemimpin yang mencuba penubuhan kesatuan telah dibunuh.

    Dengan bantuan "Pekerja-pekerja Kilang Keluli Bersatu Amerika" ("United Steelworkers of America"), SINALTRAINAL mengambil tindakan mahkamah pada tahun 2001. Pada April 2003 Hakim Daerah Jose E Martinez di Miami tidak memasukkan Syarikat Coca-Cola Company dan unit Colombianya dalam kes tersebut kerana perjanjian pembotolannya tidak memberikannya "kawalan yang eksplisit" terhadap persoalan buruh di Columbia; dengan pendek kata, Syarikat Coca-Cola telah digugurkan untuk kes tersebut.[12]  Tindakan mahkamah masih berlangsung terhadap pembotol-pembotol Panamco dan Bebidas y Alimentos. [13]) [14]:(Untuk maklumat lanjut mengenai pemulauan SINATRAINAL berikutan pengguguran Syarikat Coca-Cola, sila lihat bahagian #Sebagai lambang politik dan korporat.)

Rencana utama: Syarikat Coca-Cola: Pujian

Sumbangan perniagaaan Coca Cola yang positif selepas sesebahagian kritikan termasuk:

  • Mempromosikan Kepelbagaian:: Anugerah-anugerahnya termasuk "50 Syarikat Yang Terbaik untuk Kaum Minoriti" oleh Majalah Fortune pada tahun 2004 dan ""50 Syarikat Yang Terbaik untuk Kaum Latina Bekerja di Amerika Syarikat" oleh Latina Style pada tahun 2004. Coca-Cola membekalkan rakan kongsi tempatan faedah kesihatan dan polisi nyah diskriminasinya merangkumi orientasi seksual.
  • HIV/AIDS di Afrika: Coca-Cola akan membelanjakan sehingga AS$6 juta setahun untuk membiayai rawatan HIV/AIDS untuk orang Afrika yang bekerja dalam sistem pembotolan syarikatnya. Sistem ini menggajikan sebanyak 58,000 orang di Afrika; Coca Cola Afrika mempunyai peruntukan sebanyak AS$50 juta untuk membiayai rancangan-rancangan HIV/AIDS.
  • Pendermaan: Syarikat Coca-Cola dan rakan-rakan kongsi pembotolannya menyumbang 30 juta botol minuman 8-auns kepada mangsa-mangsa Hurikan Katrina, mendermakan AS$$10 juta untuk membantukan mangsa-mangsa tsunami di Asia, dan selepas serangan pengganas "September 11", menguntukkan AS$12 juta untuk tabung bantuan.

Daya tarikan antarabangsa sunting

Coca-Cola merupakan jualan minuman bergas yang terlaris di kebanyakan negara. Bagaimanapun, terdapat beberapa tempat seperti negeri New York, Amerika Syarikat di mana Pepsi mendahului Coke dalam pasaran; Texas, Amerika Syarikat di Dr. Pepper merupakan minuman bergas yang nombor satu; dan di Quebec, Newfoundland dan Labrador, serta Pulau Prince Edward di Kanada, di mana Pepsi merupakan ketua pasaran.

Di Peru, Inca Kola yang merupakan "minuman negara" (dikeluarkan secara berasingan sehingga 1999, apabila Coca-Cola memperoleh Corporación Inca Kola del Perú S.A., iaitu syarikat Peru yang mengeluarkannya) adalah yang terpopular.[15]   Di Sweden, meskipun Coca-Cola berusaha dalam pemasaran yang berorientasi musim cuti, jualan Julmust adalah lebih laris daripada Coca-Cola pada musim Krismas.[16] Sebaliknya, di Scotland di mana Irn-Bru yang merupakan pengeluaran tempatan adalah terpopular pada suatu masa, angka-angka 2005 menunjukkan bahawa kedua-dua Coca-Cola serta Coke Diet kini adalah lebih laris berbanding dengan Irn-Bru.[17]

Adalah sering diulangi sebagai legenda bandar bahawa Coca-Cola silap menterjemahkan nama produknya dalam bahasa Cina menjadi "Gigit berudu lilin". Sebenarnya, sebahagian pekedai Cina menterjemahkan nama produk itu dalam papan tanda mereka menjadi kǒukē-kǒulà (口蝌口蜡) supaya bunyinya lebih serupa dengan "Coca-Cola"; makna harfiahnya "berudu mulut, lilin mulut". Bagaimanapun, syarikat Coca-Cola tidak pernah mengamalkan terjemahan tersebut. Selepas mengkaji semula kesemua kemungkinan yang berbunyi hampir-hampir sama dengan "Coca Cola", syarikat itu dengan rasminya mengamalkan kěkǒu-kělè (可口可乐) yang bermakna "sedap dan ria".

Nota sunting

  1.   Mark Pendergrast (2000). For God, Country and Coca-Cola. Basic Books. m/s. 41–45. ISBN 0465054684.
  2.   m.s. 45–47: (Pendergrast, 2000)
  3.   John Vidal, "Perkara-perkara bertambah baik dengan Coke," Guardian Unlimited, 2 November 2004 (dicapai pada 10 Jun 2005).

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


  Jenama Coca-Cola
Coca-Cola | New Coke | Coca-Cola Cherry | Coca-Cola with Lime | Vanilla Coke | Coca-Cola Citra | Coca-Cola Black Cherry Vanilla | Coca-Cola BlāK | Raspberry Coke
Diet Coke/Coke Light | Coca-Cola C2 | Coca-Cola Zero