Sejarah Kesatuan Eropah

Kesatuan Eropah ialah entik geo-politik yang meliputi sebahagian besar benua Eropah.

Usaha-usaha untuk menyatukan negara negara di Eropah telah berlaku beberapa kali dalam sejarah benua ini. Usaha ini bermula dengan Empayar Rom, Empayar Frankish Charlemagne, sehinggalah Napoleon Bonaparte dan penaklukan Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Kebanyakan usaha ini menggunakan kekerasan dan ketenteraan yang menyebabkan penyatuan tersebut tidak kekal dan tidak stabil. Penyatuan pertama yang tidak melibatkan ketenteraan diutarakan oleh Victor Hugo pada 1851. Berikutan Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, dorongan untuk mewujudkan negara negara Eropah yang membangun dan bebas perang meningkat. Sentimen ini akhirnya mewujudkan Komuniti Arang Batu dan Keluli Eropah pada 1951.

Kesatuan yang sebenar ditubuhkan pada 1957 melalui Perjanjian Rom dan kesatuan ini dinamakan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC). Kesatuan dimulakan pada 1 Januari 1958. Kesatuan ini kemudiannya dinamakan Komuniti Eropah dan akhirnya Kesatuan Eropah. Kesatuan Eropah telah berevolusi daripada sebuah badan perdagangan kepada persekutuan ekonomi dan politik.