Putrajaya dibina daripada tanah estet getah bernama Prang Besar atas inisiatif oleh kerajaan Mahathir Mohamad sebagai tapak alternatif bagi pentadbiran eksekutif dan perkhidmatan awam di Malaysia berbanding ibu kota Kuala Lumpur pada 80-an dan 90-an. Pembinaan mula dilaksanakan pada 90-an, dan siap dibina menjelang permulaan abad ke-21.

Prapembangunan sunting

Putrajaya, asalnya bernama Air Hitam dan seterusnya, Prang Besar, telah diasaskan sebagai estet getah pada 1918 oleh pihak British.[1] Pada 1920-an, tanah kawasan itu mula dianugerahkan kepada pegawai British yang telah berkhidmat dalam Perang Dunia Pertama. Sebilangan pegawai berkenaan kemudian membentuk syarikat bernama Prang Besar Estate Ltd sebagai kenangan terhadap perang tersebut – terjemahan daripada gelaran Barat the Great War – dan diketuai Mejar Henry Gough.[2] Pada 1925, estet tersebut dijual kepada syarikat Harrisons & Crosfield (H&C) oleh Eric Macfadyen, dengan Gough kekal sebagai ketua estet di bawah H&C.[2]

Cadangan pembangunan sunting

Pada 90-an, pihak kerajaan persekutuan mula mencadangkan pembinaan pusat pentadbiran baharu untuk menggantikan Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbiran muncul pada akhir 1980-an, semasa tempoh jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Dr Mahathir Mohamad. Pada masa itu, kebimbangan mula muncul bahawa kepesatan Kuala Lumpur mula menjejaskan kedudukannya sebagai pusat pentadbiran.[3]

Bandar baru ini telah dirancangkan terletak di antara Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Dua kawasan telah dikemukakan, Prang Besar dan Janda Baik di Pahang, dengan Prang Besar akhirnya dipilih sebagai kedudukan bandar tersebut.[1]

Pembinaan sunting

Pembinaan Putrajaya dirasmikan oleh Mahathir pada 1995, dan pembinaan dijangka siap pada 2005 dengan belanjawan kira-kira RM20 bilion.[4] Pada 1 Februari 1999, Putrajaya berjaya diwartakan ke dalam Wilayah Persekutuan, sekaligus menjadi tadbiran Wilayah Persekutuan ketiga selepas Kuala Lumpur dan Labuan.[5] Pada 1 Jun, 300 orang pegawai Jabatan Perdana Menteri mula berpindah ke bangunan baharu di Putrajaya. Menjelang pertengahan tahun 2000, populasi kakitangan awam telah mencecah kira-kira 3 ribu orang.[5]

Pada 7 November 2000, penyerahan tanah sebanyak 4,581 hektar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan Selangor kepada pihak persekutuan.[3]

Abad ke-21 sunting

Pada 2002, laluan tren yang dikenali sebagai KLIA Transit dibuka, menghubungkan Putrajaya dengan kedua-dua Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang. Walau bagaimanapun, pembinaan Monorel Putrajaya sebagai sistem metro di bandar, yang dijadualkan siap pada 2008,[6] telah digantung kerana kos. Salah satu jambatan gantung monorel di Putrajaya masih tidak digunakan.

Rujukan sunting

  1. ^ a b Abdullah, Hasfiza (Februari 2012). Dari Prang Besar ke Putrajaya. Dewan Bahasa dan Pustaka. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-04. Dicapai pada 26 Oktober 2015.
  2. ^ a b Nair, VD. "The Story of Prang Besar Estate". Arabis (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2023.
  3. ^ a b Ismail 2002, m/s. 2.
  4. ^ "The shape of things to come: Malaysia's new city" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. 5 November 1995. m/s. 1. Dicapai pada 11 Januari 2023.
  5. ^ a b Ismail 2002, m/s. 16.
  6. ^ Ismail 2002, m/s. 104.

Bibliografi sunting

  • Ismail, Natrah (2002). Putrajaya: Bandaraya Milenium. AD-Niaga.