Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi

Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi (SAMBBST) ialah sebuah sekolah menengah integrasi yang berteraskan sukatan arus perdana (KPM) dan Al-Azhari (JAIS). Penubuhan sekolah ini merupakan hasil inisiatif Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dibawah naungan SUK dengan peruntukan dua puluh ekar tanah bagi merealisasikan hasrat ke arah menambahkan bilangan sekolah kombinasi arab akademik di negeri ini.

SAM Bandar Baru Salak Tinggi
Lokasi
Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Beramal Bertaqwa
Ditubuhkan2004
Autoriti pendidikanPejabat Pendidikan Daerah Sepang
Nombor sekolah03-87060455
Kod sekolahBFT9002[1]
Pengerusi PIBGTuan Haji Mansur Bin Marzuki
PengetuaPuan Hajah Noorhayati binti Zakaria
GPK Pentadbiran dan AkademikUstaz Mustafa Kamal bin Mahsurom
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Fazilah binti Hassan
Penolong Kanan KokurikulumPuan Nor Aidah Binti Dahroji
Faks03-87063191
Laman sesawang


Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi sunting

Sejarah sunting

Pembinaan SAMBBST telah dimulakan pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada Disember 2004. Pembangunan SAMBBST merangkumi dua blok bangunan pentadbiran dan akademik, empat blok asrama, dua blok bengkel KHB, dewan besar, dewan makan, asrama, kantin dan surau.

Mulai 1 Januari 2005, SAMBBST berjaya dibuka dan beroperasi dibawah pentadbiran Tuan Pengetua, En. Mohd Latif b. Sadli bersama 400 orang pelajar dan 15 orang tenaga pengajar serta 3 orang kakitangan sokongan yang dibawa pindah dari SAM Sg. Merab Luar. Sebanyak tujuh belas kelas telah dibuka bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima untuk menampung seramai 680 orang pelajar.

Bermula tahun 2006, SAM Bandar Baru Salak Tinggi telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) tanpa meminggirkan naungan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Sehubungan dengan itu juga, semua guru dan kakitangan yang ada diserapkan ke dalam perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia secara berperingkat sehingga ke hari ini. Walau bagaimanapun, Jabatan Agama Islam masih membekalkan guru-guru khas untuk membimbing mata pelajaran Al-Azhary.

Pada tahun 2008, atas usaha dan inisiatif JAIS, SAMBBST diarah menawarkan kelas aliran sains agama sesuai dengan penarafannya sebagai sebuah sekolah gred A. Sebanyak dua kelas tingkatan empat aliran sains dibuka bagi merealisasikan hasrat ini.

Sejajar dengan arus pendidikan masa kini, sekali lagi SAMBBST meluaskan penyebaran ilmu dan pendidikan dengan menawarkan tingkatan enam STAM bagi memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat dan tinggal berhampiran daerah Sepang.

Sehingga ke hari ini, SAMBBST terus membangun bersama 63 orang warga pendidik, 14 orang kakitangan sokongan dan dua kumpulan perkhidmatan dan pembersihan persendirian bersesuaian dengan matlamat ke arah kecemerlangan akademik dan kerohanian menepati kehendak arus pendidikan sejaga.

Pengetua sunting

  1. En. Mohd. Latiff bin Sadli (2005-2011)
  2. En. Arrifin bin Rabu (2011-2012)
  3. Tuan Haji. Mohamad Zaki bin Rajikin (2012-2014)
  4. Tuan Haji. Mohmad bin Sarip (2014-2017)
  5. Puan Norafizah binti Ahmad (2017-2022)
  6. Puan Hajah Noorhayati binti Zakaria (2022-Kini)

Sukan sunting

  • Bola Sepak
  • Bola Baling
  • Bola Sepak
  • Catur
  • Badminton
  • Bola Tampar
  • Bola Jaring
  • Sepak Takraw
  • Memanah
  • Pétanque
  • Lempar Cakera
  • Merentas Desa
  • Balapan & Padang

Keistimewaan Bangunan sunting

Reka bentuk pelan

Sekolah ini mempunyai reka bentuk pelan yang menarik dan sistematik. Bangunan utama sekolah ini ialah Dewan Al-Khawarizmi. Kelas-kelas yang terletak di Blok A dan Blok B terletak berhampiran dengan dewan. Dewan pula terletak di sebelah kuarters guru. Asrama Putera terletak bersebelahan dengan asrama puteri. Dewan Makan Asrama pula terletak di antara dua bangunan tersebut. Ini memudahkan pelajar pulang ke asrama dengan lebih cepat selepas makan di dewan makan.

Pakaian Rasmi Pelajar sunting

Pakaian lelaki yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah bercirikan islamik dan kemas. Baju yang dikancing akan tampak kemas. Pakaian lelaki pada hari Jumaat pula bercirikan baju tradisional masyarakat melayu iaitu baju melayu. Samping bercorak melambangkan keunggulan agama Islam. Pakaian perempuan pula lebih bercirikan pakaian tradisional masyarakat melayu iaitu baju kurung dan bertudung labuh untuk menutup aurat. Baju yang dikancing akan tampak sopan dan kemas.

Pendidikan Sekolah sunting

Sijil Menengah Agama

Mempunyai 10 subjek iaitu Tilawah Al-Qur'an wa Hifz, Bahasa Arab 1 (Nahu & Sorof), Bahasa Arab 2 (Mutolaah & Insya'), Tauhid Feqah, Tafsir Hadis, Sirah Nabi dan Balaghah. Sukatan ini digunakan dalam bahasa Arab secara keseluruhan dan bertujuan untuk memantapkan bahasa Arab dalam kalangan pelajar di samping mendalami ilmu agama.

Sijil Pelajaran Malaysia

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah bermula pada tahun 1987 iaitu dua tahun selepas SRP dimulakan. Mempunyai 14 subjek akan tetapi setiap pelajar perlu memilih dengan had maksimum sebanyak 10 atau 11 subjek sahaja bermula tahun 2010. Subjek tersebut ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Matematik, Sejarah, Pendidikan Al-Qur'an dan Al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Sains, Biologi, Fizik, Kimia, Prinsip Perakaunan, Perniagaan dan Matematik Tambahan.

Bilik Kelas sunting

Kelas Menengah Rendah :

- Imtiaz

- Ikhlas

- Ijtihad

- Istiqomah

- Iltizam


Kelas Menengah Atas :

- Sains

- Sains 2 (Tingkatan 4)

- Akaun

- Dini Agama

- Perniagaan 1

- Perniagaan 2

Visi Dan Misi Sekolah sunting

Visi Sekolah : Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang

Misi Sekolah : Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi Melahirkan Insan Rabbani Melalui Pendidikan Berkualiti Berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah

Rujukan sunting

Pautan luar sunting