Sekolah Agama Menengah Jeram

Sekolah Agama Menengah Jeram atau nama ringkasnya SAM Jeram, merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Jeram, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Sekolah Agama Menengah Jeram
Lokasi
Jeram, KUALA SELANGOR, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Agama Menengah, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah332647396
Kod sekolahBFT3001[1]
Faks332648499


Pada tahun 2009, Sekolah Agama Menengah Jeram memiliki 350 pelajar lelaki dan 421 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 771 orang. Ia mempunyai seramai 46 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Agama Menengah Jeram telah ditubuhkan pada bulan Februari 1957 atas usaha penduduk setempat yang merasakan amat perlu mempelajari dan mendalami bidang agama dan bahasa Arab kerana pada ketika itu kebanyakan sekolah yang di dirikan adalah sekolah aliran Inggeris.

Perintis utama penubuhan sekolah ini ialah bekas imam kampung Jeram iaitu Al-Marhum Tuan Hj.Muhammad Amin Bin Hj.Ismail. Pada mulanya sekolah ini terletak di sebuah surau lama berhampiran dengan masjid Jeram dengan keluasan 12 x 30 yang boleh memuatkan seramai 30 orang pelajar. Kebanyakan muridnya terdiri daripada mereka yang tinggal di sekitar Jeram, Tambak Jawa, Kampung Api-api, Kampung Bukit Kucing, Asam Jawa dan kawasan-kawasan lain yang berdekatan.

Pada peringkat awal, sekolah ini mengambil dua orang guru untuk bertugas iaitu Ustaz Ahmad Muhid Bin Hj.Yusuf dan Ustaz Muhammad Yusof Bin Hj. Shaari. Mata pelajaran yang diajar adalah berbentuk ilmu agama dan Bahasa Arab dan semua mata pelajaran agama diajar menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa penghantar.

Penubuhan sekolah ini adalah bermatlamatkan untuk memberi peluang kepada pelajar dan penduduk setempat mendalami pengajian agama dan Bahasa Arab. Selain itu sekolah ini juga menjadi tapak permulaan untuk melahirkan guru-guru agama dan Bahasa Arab yang berilmu dan berpengalaman pada masa hadapan dan memberi peluang kepada pelajar mendalami bidang pendidikan hingga ke peringkat tertinggi.

Bermula dari tahun 1973 satu perubahan dalam sistem persekolahan sekolah agama di Selangor diperkenalkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan memasukkan mata pelajaran akademik di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Maka berlakulah proses pengajaran dan pembelajaran dalam dua aliran. Kedua-duanya berjalan seiring dan pelajar-pelajar dikehendaki menjalani peperiksaan yang dikelolakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sealiran dengan perubahan zaman, pada tahun 1986 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah memperuntukkan sebanyak RM 1.2 juta untuk pembinaan sekolah baru yang terletak di kampung Batu 20, Jeram, Selangor. Sehingga kini bangunan ini masih belum dirasmikan disebabkan tidak mengikut prosuder yang ditetapkan iaitu dua buah bangunan dan sebuah kantin. Beberapa tahun kemudian ia telah ditambah beberapa buah bangunan setingkat, 2 buah bangunan asrama, sebuah surau dan sebuah dewan makan yang digunakan sehingga kini. Sekolah yang dibina ini adalah di atas tanah seluas 4 ekar yang dibeli oleh Tuan Haji Hambali Bin Haji Abdul Salam (Pengetua dari tahun 1983-1985) yang berharga RM 115 ribu. Kemudian beliau telah mewakafkan tanah ini dan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam untuk dijadikan tapak binaan sekolah baru.


Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Agama Menengah Jeram
Jeram
Selangor,   Malaysia
Telefon  : +6(0)3-32647396
Fax  : +6(0)3-32648499

Rujukan sunting

== Pautan luar ==* Sekolah Agama Menengah Jeram.