Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat

Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat atau nama ringkasnya SK (2) Taman Keramat, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Enggang Timur 1 Taman Keramat Kuala Lumpur. Ditadbir oleh Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Pada 2017, Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat mempunyai 476 orang murid dengan 1 sesi persekolahan. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2017

Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat
Lokasi
Jalan Enggang Timur 1, KUALA LUMPUR, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerusaha dan Berdisplin
Nombor sekolah0342568867
Kod sekolahBBA7103
Faks0342568867
Laman sesawang

Sejarah sunting

Sekolah Taman Keramat di bina pada tahun 1979 dengan namanya ketika itu ialah Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat. Pada awal penubuhannya sekolah ini hanya mempunyai 2 blok bangunan kayu dan sebuah kantin. Menteri Pelajaran ketika itu , Datuk Dr Sulaiman Haji Daud telah merasmikan sekolah ini pada tahun 1982 dan ketika itu terdapat penambahan 2 blok bangunan batu.

Pertambahan murid yang ketara sehingga mencapai lebih dua ribu orang menyebabkan Pejabat Pelajaran Daerah Gombak memutuskan untuk mewujudkan sebuah lagi sekolah yang berlainan pentadbiran di bangunan yang sama.

Pada Januari 1988 , Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat di bahagikan kepada dua termasuk dengan guru-gurunya yang di kenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Keramat 1 dan Sekolah Rendah Kebangsaan 2 Taman Keramat

Dua buah sekolah ini beroperasi di bangunan yang sama namun berbeza pentadbiran, warna bendera dan juga lencana sekolah. Sesi persekolahan pagi dan petang di buat secara bergilir antara Sekolah 1 dan Sekolah 2.

Pada tahun 1993 hasil dari kutipan derma Jogathon sekolah Kebangsaan 2 berjaya mengumpul RM 70, 000.00 . Hasil daripada kutipan ini , terdirilah sebuah Balai Islam dan Balai Bacaan.

Pada tahun 1999. Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Gombak telah mengarahkan agar kawasan dan bangunan sekolah 1 dan Sekolah 2 Taman Keramat dibahagikan kepada 2 bahagian.

Selepas pembahagian antara dua bahagian sekolah, SK 2 ketika itu mempunyai 1 blok bangunan batu , 2 blok bangunan kayu , 2 blok bangunan kayu pasang siap , sebuah balai Islam , sebuah balai bacaan dan kantin.

Pada 11 Januari 2003 SK 2 Taman Keramat memperolehi sebuah blok bangunan baru empat tingkat yang mempunyai 12 buah bilik darjah dan sebuah makmal komputer.

Pada tahun 2017, SK 2 Taman Keramat mempunyai 3 blok bangunan batu serta sebuah balai Islam selain terdapat pelbagai kemudahan pembelajaran seperti bengkel Kemahiran Hidup, Makmal Sains, Bilik Muzik , Bilik J-Qaf ,makmal komputer dan bilik akses yang selesa kepada murid murid.

Pencapaian sunting

Akademik
Pada tahun 1992, buat pertama kalinya SKTK2 telah mencipta sejarah pertama dalam bilangan pelajar yang beroleh 4A pada Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) seramai 30 orang murid.

Sukan
Antara tahun 1990 - 1992, pencapaian sukan SKTK2 adalah sungguh cemerlang dan membanggakan. Sekolah ini telah mencatat pelbagai kemenangan dalam pelbagai bentuk kesukanan pada pelbagai peringkat termasuklah peringkat negeri dan daerah.

: Johan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD

: Olahraga MSSD Mendapat Pingat Perak 100m ( M. Haizul ), 4 x 100m ( M.Haizul, K. Nizam, M.Hafiz, Jaafar ) ( Haizul & Hafiz mewakili peringkat MSSS )

  • 2011: Tempat Ketiga Bolasepak MSSD Zon Hulu Kelang
  • 2012 : Tempat Kedua Zon Hulu Kelang/Naib Juara Daerah Gombak Bolasepak MSSD Gombak

Muzik & Kebudayaan
Sekolah ini telah memperoleh pelbagai kejayaan dan berada di puncak antara tahun 1990 - 1992. Bidang muzik & kebudayaan tidak terkecuali dalam mengharumkan nama sekolah ini. Berikut adalah kejayaan SKTK2 dalam bidang ini:

1989:

Tempat Kedua Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Gombak

1990:

Pesta Muzik Sekolah-Sekolah Daerah Gombak

  1. Koir: Naib Juara
  2. Genderang: Keempat
  3. Nyanyian Solo (kategori sekolah rendah): Naib Juara (Faisal Mohammad)


1991:

Pesta Muzik Sekolah-Sekolah Daerah Gombak

  1. Koir: Naib Juara
  2. Genderang & Rekorder: Keempat
  3. Nyanyian Solo (kategori sekolah rendah): Juara (Mohd Nizam Aziz)
  4. Nyanyian Duet (kategori sekolah rendah): Ketiga (Mohd Nizam Aziz & Nadeeya Ain Umaisara)

Pesta Muzik Sekolah-Sekolah Negeri Selangor

  1. Genderang & Rekorder: Pingat Perak


1992:

Pesta Muzik Sekolah-Sekolah Daerah Gombak

  1. Koir: Naib Juara
  2. Genderang & Rekorder: Keempat
  3. Nyanyian Solo (kategori sekolah rendah): Juara (Mohd Nizam Aziz)
  4. Nyanyian Duet (kategori sekolah rendah): Naib Juara (Arifah Yanez Yaacob & Tengku Suraya)

Pesta Muzik Sekolah-Sekolah Negeri Selangor

  1. Nyanyian Berkumpulan: Pingat Perak*

* SRKTK(2) telah menghantar tiga wakil untuk membentuk satu kumpulan nyanyian. Lagu yang disampaikan oleh mereka adalah lagu Dirgahayu Tanahairku. Mereka bertiga telah berjaya mendapat Pingat Perak. Mereka yang telah mengharumkan nama SRKTK(2) untuk kategori ini adalah:

1) Mohd Nizam Aziz

2) Arifah Yanez Yaacob

3) Tengku Suraya

Pasukan Muzik & Kebudayaan SKTK2 ini turut memenuhi pelbagai undangan persembahan sepanjang tahun 1990 - 1992. Antara tetamu-tetamu kehormat pada persembahan-persembahan tersebut adalah DYMM Yang Di Pertuan Agong Malaysia dan Perdana Menteri Malaysia ketika itu.

Kerohanian

  1. 2008-2010: Johan Tilawah Lelaki Peringkat Daerah (Zaid Najmuddin Bin Zul Akmal )
  2. 2010-2011: Johan Tilawah Peringkat Negeri Selangor (Zaid Najmuddin Bin Zul Akmal )
  3. 2011  : Tempat Ketiga Program Adik Adikku - Anjuran Jakim dan RTM - (Zaid Najmuddin Bin Zul Akmal )
4. 2011 Johan Tilawah Al Quran (Perempuan) - Daerah, Naib Juara Tilawah Perempuan - (Ainil Hawa binti Zul Akmal )
  1. 2011-2012: Wakil Selangor Tilawah Al Quran (Perempuan) (Ainil Hawa binti Zul Akmal )

Diharap SKTK2 akan terus beroleh kejayaan yang lebih gemilang di masa-masa mendatang.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan (2) Taman Keramat
Jalan Enggang Timur 1
Selangor, Malaysia
Telefon = 342568867
Fax = 342568867

Pautan luar sunting