Sekolah Kebangsaan (P) Treacher Methodist

Sekolah Kebangsaan (P) Treacher Methodist atau nama ringkasnya SK (P) Treacher Methodist, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Lumba Kuda.

Sekolah Kebangsaan (P) Treacher Methodist
Lokasi
Jalan Lumba Kuda, 34000, Taiping,, Perak Darul Ridzuan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1889
Nombor sekolah6058073314
Kod sekolahABB6066
Faks6058063824


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan (P) Treacher Methodist memiliki 0 pelajar lelaki dan 279 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 279 orang. Ia mempunyai seramai 26 orang guru.2009

Sejarah sunting

Detik permulaan Sekolah Treacher Methodist pada tahun 1899 ketika Kerajaan Negeri Perak mengelolakan sebuah Sekolah Perempuan yang mengandungi lapan orang murid dalam daftar. Pada tahun 1899 Kerajaan Negeri Perak mula menghadapi kesulitan membiayai sekolah tersebut yang mempunyai bilangan murid seramai dua puluh dua orang . Setelah berkali-kali diadakan perundingan antara Puan William Treacher, isteri Tuan Residen British Negeri Perak dengan Boshop James Thoburn, sekolah ini diserahkan kepada pihak berkuasa Mubaligh Gereja pada 4 Mei 1899.

Puan Mary Carr Curtis, isteri seorang mubaligh Methodist di Pulau Pinang di lantik sebagai Guru Besar yang pertama. Jumlah murid pada tahun 1899 ialah dua puluh lapan orang. Cik Palmer, dari Bangalore menjadi guru pada bulan Oktober tahun 1900. Puan Curtis bersara dalam bulan Julai tahun 1901.

Sebuah asrama telah dibuka pada bulan Februari tahun 1902 yang menampung seramai dua puluh lima orang murid dan guru. Sekolah diberi nama Lady Treachers Girls School – LTGS sempena jasa baik isteri Tuan Residen, Puan Treacher. Pada tahun 1935, Kerajaan Negeri Perak telah memberi peruntukan sebanyak RM30,000. Bangunan-bangunan sekolah telah ditambah dan pengubahsuaian telah dibuat.

Guru Besar tempatan yang pertama, Cik Flora R Knigh telah dilantik pada tahun 1953 sebaik sahaja beliau tamat kursus di Amerika Syarikat . Jumlah murid-murid pada tahun 1954 adalah seramai 1562 orang. Persatuan-persatuan dan Kelab-kelab dikelolakan untuk memupuk bakat dan minat murid-murid. Pada tahun 1957, sekolah dibahagikan kepada dua peringkat, iaitu peringkat rendah dan menengah selaras dengan dasar pelajaran baru SRK (P) Treacher Methodist dan Sekolah Menengah Treacher Methodist di bangunan-bangunan dan tempat yang sama. Oleh kerana bilik-bilik darjah perlu ditambah, pejabat perlu diperbesarkan, kantin diubahsuai maka cadangan dibuat untuk membina bangunan-bangunan berasingan bagi Sekolah Rendah (P) Treacher Methodist. Upacara perletakan batu asas sekolah ini telah dilakukan oleh tuan Bishop R.F. Lundy pada tahun 1968 .

Pada bulan Ogos 1962 sebidang tanah seulas lima ekar dibeli di Jalan Lumba Kuda Lama. Kementerian Pelajaran telah meluluskan wang sebanyak $ 75 000 pada tahun 1966 dan pihak sekolah menengah telah menderma wang sebanyak $ 20 000 untuk membiayai pembinaan ini dan penyelenggaraan Sekolah S.R.K (P) Treacher Methodist ini.

Sekolah ini siap dibina pada tahun 1969, mengandungi 18 buah bilik darjah sebuah pejabat, sebuah klinik pergigian , sebuah bilik rehat guru, serta sebuah kantin. Sekolah S.R. K (P) Treacher Methodist mula digunakan pada tahun 1970. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Abdul Rahman b. Yaakob, iaitu Menteri Pelajaran pada masa itu iaitu pada 13 Februari 1970.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan (P) Treacher Methodist
Jalan Lumba Kuda
34000, Taiping
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6058073314
Fax = 6058063824

Pautan luar sunting