Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh


Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Ayer Jerneh, Kemasek , Kemaman , Terengganu Darul Iman, Malaysia.

Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh
Lokasi
Kampung Ayer Jerneh, Kemasek, Kemaman, Terengganu Darul Iman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098881264
Kod sekolahTBA2016[1]
Faks6098881264
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh memiliki 84 pelajar lelaki dan 95 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 179 orang. Ia mempunyai seramai 18 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pekan Ayer Jerneh terletak lebih kurang 10km daripada Mukim Kemasek. Ia merupaja sebuah perkampungan yang majoriti penduduknya adalah orang melayu. Orang Cina merupakan golongan minoriti yang turut mendiami kampung ini. Di Awal 50-an, bilangan penduduk di sini sentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Kanak-kanak Melayu terbiar tanpa perndidikan. Tahun demi tahun, bilangan penduduk semakin bertambah dengan itu orang kampung telah bermuafakat meminta pihak kerajaan membina sebuah sekolah bagi memenuhi keperluan tersebut. Maka tanggal 20 Jun 1956, tertubuhlah sebuah sekolah yang sehingga kini dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh atau singkatanya SKAJ.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Ayer Jerneh
Kampung Ayer Jerneh
Kemasek
Kemaman
Terengganu Darul Iman
Malaysia
Telefon = 6098881264
Fax = 6098881264

Rujukan sunting

Pautan luar sunting