Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri

Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri atau nama ringkasnya SK Desa Baiduri, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Persiaran Baiduri, Taman Desa Baiduri.

Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri
Lokasi
Persiaran Baiduri, Taman Desa Baiduri, CHERAS, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah391003792
Kod sekolahBBA4043
Faks391003791
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri memiliki 967 pelajar lelaki dan 889 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1856 orang. Ia mempunyai seramai 91 orang guru.2009

Sekolah Desa Baiduri telah mencapai sejarah pada tahun 2010 dimana mempunyai populasi murid yang terlalu ramai iaitu sebanyak 2547 orang manakala mempunyai 94 orang guru.

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri mula beroperasi pada 1 Ogos 2000. Ia mula dengan bilangan pelajar seramai 143 orang murid dan 15 orang guru sahaja ditempatkan dan ditugaskan di sini. Pada tahun 2001 jumlah murid bertambah secara mendadak iaitu seramai 1500.

Pada 02 Januari 2003, Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri pernah menempatkan sementara Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana sebelum ia mendapat bangunannya sendiri.

Lagu dan logo sekolah ini telah dicipta dan digubah oleh Encik Roslan bin Din, Encik Suhaimi bin Abd. Rahman, Encik Nazri bin Abu Bakar, dan Encik Faizal Haedee bin Abd. Hamid. Pada tahun 2011, perkataan "pedoman" dalam lirik lagu telah ditukar kepada "panduan". Melodi lagu juga telah digubah semula oleh Komposer terkenal (Pak Ngah) menjadi lebih malar segar.[1]

Sebuah blok bangunan 4 aras siap dibina pada tahun 2009. Pembinaan tersebut dapat menampung jumlah murid yang kian bertambah. Blok tersebut turut menempatkan sebuah bilik guru baru.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri
Persiaran Baiduri, Taman Desa Baiduri
Selangor, Malaysia
Telefon = 391003792
Fax = 391003791

Pautan luar sunting