Sekolah Kebangsaan Kota Masai (2)

Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2 atau nama ringkasnya SK Kota Masai 2, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Tembikai Utama, Taman Kota Masai.

Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2
Lokasi
 Malaysia Jalan Tembikai Utama, Taman Kota Masai, 81700, Pasir Gudang,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6072521445
Kod sekolahJBA1128
Faks6072521335


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2 memiliki 1203 pelajar lelaki dan 1164 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2367 orang. Ia mempunyai seramai 96 orang guru.2009

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KOTA MASAI 2 sunting

         Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2 dibina kerana pertambahan bilangan penduduk di kawasan 

perumahan di Taman Kota Masai. Hal ini bagi menampung limpahan murid dari SK. Kota Masai yang

terletak di Jalan Jambu 17, maka terbinalah bangunan SK. Kota Masai 2 yang terletak di Jalan Tembikai, 

Taman Kota Masai.

         SK. Kota Masai 2 telah siap sepenuhnya pada bulan September 2008. Bangunan sekolah baru secara 

rasminya telah diduduki pada 13 Oktober 2008. Majlis Penyerahan Surat Perakuan Buka Sekolah Baru oleh Pengarah Pelajaran Johor telah diadakan pada 17 Oktober 2008. Murid-murid dari tahun 1, 2, 3, yang ditempatkan di SK. Kota Masai telah dipindahkan ke bangunan baru SK Kota Masai 2, Jalan Tembikai. Perpindahan murid-murid dilakukan secara berperingkat sehinggalah pada penghujung sesi persekolahan 2008 terdapat sebanyak 1355 murid telah berjaya ditempatkan di sekolah ini. Pendaftaran murid-murid daripada SK Tanjung Langsat, SK Tanjung Puteri Resort adalah sebanyak 100 orang murid. Pendaftaran murid tahun 1 sesi 2009 telah diadakan pada 17 November 2008.

          Sekolah ini mengandungi Blok A, B, C dan D, sebuah dewan, bangunan Pra Sekolah 2 tingkat, kantin 

dan semua kelengkapan yang terkini. Sesi persekolahan 2009, sebanyak 58 buah kelas diwujudkan bagi menampung bilangan murid sebanyak 2300 orang murid bagi sesi pagi dan sesi petang. Bangunan Pra Sekolah dibina berasingan. Ia terdiri daripada 3 kelas dengan jumlah murid seramai 75 orang. Sehubungan itu, tenaga pengajar dijangkakan seramai 97 orang bagi melaksanakan tugas sebagai pendidik.

          Kepimpinan sekolah ini telah diterajui oleh Puan Hjh. Rosyati binti Jani, 

selaku Guru Besar pertama di SK Kota Masai 2. Pelantikan ini telah dibuat oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 1 Januari 2008 sehingga sekarang.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kota Masai 2
Jalan Tembikai Utama, Taman Kota Masai
81700, Pasir Gudang
Johor, Malaysia
Telefon = 6072521445
Fax = 6072521335

Pautan luar sunting