Sekolah Kebangsaan Kuala Merah


Sekolah Kebangsaan Kuala Merah atau nama ringkasnya SK Kuala Merah, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]

Sekolah Kebangsaan Kuala Merah
Lokasi
Kuala Merah, Kuala Ketil, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
MotoCITA, USAHA, JAYA
Nombor sekolah044163598
Kod sekolahKBA0019
Pengerusi PIBGZubit bin Saad
Guru besarYushaimi bin Mohamad Yusuff
Faks044163598
Laman sesawang
skkmerah@gmail.com
Map


Sejarah sunting

Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu, telah timbul kesedaran tentang pendidikan formal di Kampung Kuala Merah. Oleh itu pada tahun 1949,sekolah persendirian telah ditubuhkan oleh Encik Junus bin Kasban. Cikgu Junus kemudian digantikan oleh Cikgu Talib bin Hamzah (anak angkat Encik Hamzah). Tempat yang dijadikan sebagai kelas ialah di Balai Lintang Madrasah Kuala Merah. Cikgu Talib kemudian digantikan oleh saudara angkatnya iaitu Encik Murad atau Mat Sirat bin Hamzah. 

            Sekitar tahun 1953-1955 murid-murid sekolah ini adalah seramai 40 orang. Bagi membina sekolah penduduk kampung telah berusaha mengutip derma sebanyak RM30.00. Bilangan murid yang datang untuk belajar telah merosot pada tahun 1956 iaitu 25 orang sahaja. Dengan itu Tuan Haji Mohd.Dani selaku Ketua Penduduk Kampung Kuala Merah telah melantik Cikgu Syed Ahmad bin Syed Hassan sebagai guru.Pada 19.04.1956, Sekolah Kuala Merah telah diambilalih oleh Cikgu Syed Ahmad bin Syed Hassan dengan jumlah murid seramai 12 orang sahaja. Mereka terdiri daripada 8 orang murid lelaki  dan 4 orang murid perempuan. Diatas daya usaha CikguSyed Ahmad pada 03.01.1957 bilangan murid telah bertambah menjadi 36 orang (20 lelaki dan 16 perempuan ). 

            Pada 15.09.1957,Encik Harun bin Abdullah selaku wakil rakyat Kedah Timur telah bermurah hati menderma 20 buah bangku dan meja panjang. Pada masa ini bilangan murid telah bertambah seramai 96 orang. Pada tahun 1958,YAB Dato’Shahabudin telah sudi datang melawat ke sekolah ini. Pada 01.01.1959 bilangan murid semakin bertambah seramai 160 orang. Pada masa ini sekolah telah mengadakan dua sesi pengajian, diwaktu pagi dan 1 sesi sebelah petang dengan seorang guru sahaja.

            Pada 05.01.1959, Encik Shafie,Ahli Parlimen Kawasan Baling telah sudi melawat sekolah dan berjanji membina sebuah sekolah baru bagi menggantikan balai lintang madrasah yang digunakan pada waktu itu.    

                                Pada 20.05.1959, Pegawai Pelajaran iaitu Encik Mustaffa bin Rajis bersama Cikgu Suhaimi bin Osman dari Sekolah Kebangsaan Kuala Ketil telah datang berbincang dengan Tuan Hj.Mohd.Dani bin Hj.Kalim ( Ketua Kampung Kuala Merah ) mengenai penubuhan Sekolah Rakyat Kuala Merah. Pada 19.09.1959  sekali lagi pertemuan diantara Ketua kampung bersama guru sekolah ini Cikgu Syed Ahmad dengan Pegawai Pelajaran diadakan dirumah rehat Kuala Ketil. Pertemuan ini diadakan untuk membincangkan lagi mengenai penubuhan sekolah ini. 

            Setelah dipersetujui,pada 30.11.1959 penduduk Kampung Kuala Merah telah bergotong-royong membersihkan kawasan untuk dijadikan tapak pembinaan sekolah. Tapak tersebut telah diwakafkan oleh Tuan Haji Mohd.Dani bin Hj.Kalim iaitu seluas 6 relung. Pada10.02.1960,sebuah sekolah baru ( Blok Perwira ) sekarang telah siap dibina dengan bantuan kerajaan sepenuhnya. Bilangan murid semakin bertambah iaitu seramai 180 orang disamping seorang guru sahaja yang mengajar iaitu Cikgu Syed Ahmad bin Syed Hassan. 

            Pada 15.03.1960, Guru Pelawat daripada Baling telah datang melawat sekolah ini. Setahun kemudian pada 01.03.1961, seorang guru pelawat bersama Pegawai Pelajaran telah melawat sekolah ini bagi membincangkan berkenaan perasmian sekolah. Bilangan murid pada tahun tersebut adalah seramai 212 orang. 

            Pada 12.06.1961, sekolah ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’Syed Omar bin Shahabudin selaku Menteri Besar Kedah pada masa itu. Pada 19.09.1961 seorang guru sementara telah memasuki sekolah ini dan menjadikan bilangan guru bertambah kepada 2 orang. Cikgu tersebut ialah Cikgu Ismail bin Abd.Hamid dari Jitra. Pada 03.06.1962, Cikgu Syed Ahmad telah diterima berkursus di Sekolah Lelaki Kulim. Pada 13.03.1963, Cikgu Mahmud bin Lebai Ahmad telah datang bertugas sebagai Guru Besar pertama mulai 01.01.1963. Sekolah telah diambil oleh kerajaan sepenuhnya dan dikenali sebagai SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA MERAH  (SKKM ). Pada 14 dan 15 Mac,tahun yang sama kerajaan telah menghantar seramai 9 orang guru sementara ke sekolah ini. Kelas mula dibuka pagi dan petang.Murid-murid telah dikelaskan  mengikut darjah 1 hingga darjah 6. 

            Pada 01.01.1964, seorang guru kerajaan iaitu Cikgu Abd.Rahman serta dua guru keluaran DTC telah datang bertugas. Manakala,dua orang guru baru keluaran DTC dan seorang guru TOUS, Cikgu Mohd.Noh daripada Kupang datang bertugas. Pada 13.03.1965, Cikgu Syed Ahmad  telah diterima memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris ( MPSI )

            Dari tahun 1970 hingga awal tahun 1980 tidak banyak perkembangan serta perubahan yang berlaku. Pada tahun 1982, sebuah bangunan baru dua tingkat ( Blok Satria ) telah dibina sebagai bangunan tambahan SKKM. Pembinaan bangunan ini adalah di atas usaha permohonan oleh guru besar kedua sekolah iaitu Encik Mustafa bin Husin. Tahun 1990 an adalah zaman kecemerlangan pembangunan SKKM. Pada tahun 1990 bangunan asal SKKM telah dibaikpulih untuk keselesaan pelajar. Pada tahun 1992 pula kerajaan telah membina sebuah bilik khas untuk murid prasekolah yang bernilai RM 23,000.00 . Pada tahun 1993, sebuah lagi bangunan tambahan( Blok Pahlawan ) dibina untuk menampung pelbagai tambahan bilik seperti pusat sumber sekolah,muzik,pemulihan,kemahiran hidup dan surau. 

            Setelah 10 tahun iaitu pada tahun 2002 projek pembinaan bangunan baru (bangunan 3 tingkat ) mula dibina. Pada tahun yang sama juga Makmal Komputer projek kerajaan Fasa ke 2 turut dibina. Pada bulan Oktober 2003 kedua-kedua bangunan tersebut siap dibina dan dapat digunakan sepenuhnya yang dilengkapi dengan segala kemudahan seperti bilik pejabat,bilik guru,bilik kemahiran hidup,makmal sains,pusat sumber berserta bilik media dan bilik-bilik kelas  yang sempurna. Makmal komputer dilengkapi dengan 12 buah komputer bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. 

SENARAI NAMA PENGERUSI PIBG SEKOLAH KEB.KUALA MERAH 

  1. Encik Mohd.Kasa bin Hamzah
  2. Encik Ahmad bin Hanafi
  3. Encik Mohd Nor bin Ismail
  4. Tuan Syed Ahmad bin Syed Hassan
  5. Encik Sidik bin Sipin, PPN
  6. Encik Mohamad bin Ali
  7. Puan Mahani binti Sailan 
  8. En Zubit bin Saad

PENGERUSI-PENGERUSI LEMBAGA PENGURUS SEHINGGA 1993 

1.    Tuan Hj.Osman (Bapa kepada Dato’Hj.Muslim)

2.    Tuan Hj.Mohd.Dani bin Hj.Kalim

3.    Encik Sidik bin Sipin,PPN

4.    Encik Jaafar bin Hamzah 

SENARAI NAMA GURU BESAR MULAI 1963 – SEKARANG 

1.    Encik Mahmud bin Lebai Ahmad ( 1963- 1973 )

2.    Encik Mustaffa bin Husin             ( 1974- 1980 )

3.    Encik Rais bin Hassan                 ( 1980- 1983)

4.    Encik Baharom bin Mahmud        ( 1984)

5.    Encik Fadhil bin Abd.Rahman     ( 1985- 1987)

6.    Encik Abdul Rafan bin Hj.Ahmad ( 1988- 1999)

7.    Encik Abdul Rahman bin Abd.Hamid ( 1999- 2000)

8.    Puan Hjh.Zaharabi bt.Hj.Omar ( Nov.2000 – 25.01.2010)

9.    Encik Ahmad Nazlan bin Md Isa (01.03.2010 – 30.04.2015)

10. Encik Anwar bin Ariffin (01.05.2015 – 11.10 2016)

11. Encik Yushaimi bin Mohamad Yusuff (01.12.2016 – sekarang)

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Kuala Merah, Kuala Merah
9300 Kuala Ketil,
Kedah, Malaysia

Rujukan sunting

Pautan luar sunting