Sekolah Kebangsaan Kurung Hitam


Sekolah Kebangsaan Kurung Hitam atau nama ringkasnya SK Kurung Hitam, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Kurung Hitam
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan


Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Kurung Hitam dinamakan sempena nama kampung Kurong Hitam yang dikatakan sempena pekerjaan sebuah keluarga iaitu keluarga Pak Malim datang dan menetap di sini.Kerja Pak Malim ialah membuat parang golok dan sebagainya. Kerja menempa besi ini memudahkan orang ramai untuk membuat berbagai-bagai senjata untuk kegunaan seharian.Tempat membuat pembakar besi ini dipanggil kerong iaitu alor untuk menghembus api. Apabila kerong itu terlalu kerap digunakan, maka banyaklah tanah di sekitar bangsal membuat besi ini menjadi hitam legam.

Anehnya,kawasan tanah htam ini tidak terlalu banyak tetapi yang cantiknya tanah yang kehitam-hitaman ini dikelilingi oleh satu struktur tanah putih bagaikan dibentuk oleh tangan manusia.Keadaan tanah ini masih boleh dilihat di Kampung Dalam, Mukim Kurong Hitam.

Kini terdapat 12 buah kampung yang terdapat di dalam Mukim Kurong Hitam iaitu Kampung Dalam, Kampung Perik, Kampung Bukit Nyamuk, Kampung Kubang Daksa, Kampung Belukar, Kampung Bukit, Kampung Padang Balai, Kampung Kubu, Kampung Kubang Lintah, Kampung Malau, Kampung Lubuk Ipoh dan Kampung Kubang Jambu. Kesemua kampung ini diterajui oleh satu penghulu mukim.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Pautan luar sunting