Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah

Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah atau nama ringkasnya SK Mensudut Pindah, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Mensudut Pindah,Batu Anam,Segamat..

Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah
Lokasi
 Malaysia Kampung Mensudut Pindah,Batu Anam,Segamat., 85100, Segamat,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah079370027
Kod sekolahJBA7014[1]
Faks079370027


Pada 2017, Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah memiliki 25 pelajar lelaki dan 24 pelajar perempuan terdiri daripada kelas perdana dan prasekolah, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 49 orang. Ia mempunyai seramai 14 orang guru.2017

Sejarah sunting

Nama asal kampung ini ialahKg. Paya Tatat. Penduduk asalnya ialah penduduk-penduduk Kg. Mensudut Palong yang disuruh berhijrah oleh bekas Pegawai Daerah Segamat Dato’ Noah. Nama “Kg. Mensudut Pindah” disarankan oleh Kapten Hussein Onn yang berkunjung bersama-sama rombongan Dato’ Noah. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Februari 1951 (Sekolah Melayu Pudu, Segamat). Bangunan asalnya dibina di tanah milik Ladang Getah Tambang, Batu Anam. Pada Februari 1952, bangunan ini telah menerima bantuan daripada RIDA dan digantikan dengan bangunan kayu berdinding papan, berlantai simen dan zink dengan keluasan 50 x 20 kaki. Ia dibina di atas tanah milik Kerajaan Persekutuan seluas 2 ekar, 2 relong dan 39 poll. Nama sekolah juga ditukar kepada Sekolah Melayu Mensudut Pindah, Segamat. Pada Mei 1970, selaras dengan peredaran masa, bangunan ini telah diubahsuai semula dengan bantuan Kerajaan Negeri Johor sebanyak RM14,000. Ia terdiri dari 2 buah bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar seluas 70 x 30 kaki. Nama sekolah juga ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah, Batu Anam, Segamat.

Mereka yang tersebut di bawah ini telah banyak mengorbankan tenaga dan usaha untuk mendirikan sekolah ini. Mereka ialah : 1. Allahyarham Tn. Hj. Manaf b. Hj. Jamaluddin -Tok Penghulu Mukim Gemas, Segamat. 2. Allahyarham En. Endut b. Duamin Naib Penghulu Mukim Gemas. 3. Allahyarham En. Mohd Ali b. Husin Ketua Kampung Pudu 4. Allahyarham En. Awang b. Md. Ali - Ketua Kampung Mensudut Pindah

Pencapaian sunting

  • Sekolah Harapan Negara, Tahun 2006[2]


Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Mensudut Pindah
Kampung Mensudut Pindah,Batu Anam,Segamat.
85100, Segamat
Johor, Malaysia
Telefon = 07-9370027
Fax = 07-9370027

Rujukan sunting

  1. ^ Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri
  2. ^ "Sekolah harapan negara". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-20. Dicapai pada 2018-05-19.

Pautan luar sunting