Sekolah Kebangsaan Meraga Beris

Sekolah Kebangsaan Meraga Beris terletak 23.8 km dari Bandar Chukai Kemaman dan 160 km dari Bandar Kuala Terengganu.Merupakan salah sebuah sekolah paling lama usianya di daerah Kemaman iaitu dalam tahun 1940-an.Pada tahun 1948, terdapat sebuah bangunan dengan bilangan murid yang sedikit.Untuk keselamatan,guni dicantum dan dipasang di sekeliling sebagai pagar sekolah.

Sekolah Kebangsaan Meraga Beris
Lokasi
Kijal, 24100, Kijal,, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6098634289
Kod sekolahTBA2014[1]
Guru besarEncik Yuzaimi bin Yassin
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Rosilawati binti Ngah
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Rosnani binti Johari
Penolong Kanan KokurikulumEncik Mohd Hasneeza bin Hasan
Faks6098635257
Laman sesawang
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Pada tahun 1957,sekolah beroperasi dengan seorang guru besar iaitu Encik Che Wan Muda bin Che Wan Ngah bersama seorang guru akademik lelaki dan seorang guru agama lelaki. Pada waktu malam,keadaan sekolah dikawal oleh penduduk kampung bagi mengelakkan gangguan daripada warga Indonesia yang datang menceroboh. Terdapat satu bangunan kelas sahaja untuk murid tahun 1 hingga tahun 5,satu tandas perempuan dan satu tandas lelaki. Bangunan kelas dan tandas dibina daripada kayu. Kelas mereka dipisahkan dengan memasang tirai skrin. Bilangan murid kurang daripada 50 orang. Murid hanya belajar sehingga tahun 5 dan untuk menyambung ke tahun 6, murid perlu bertukar ke Sekolah Kebangsaan Kijal. Murid-murid belajar menggunakan papan selit. Murid membawa bekal makanan ke sekolah kerana tidak ada kantin.

Pada tahun 1980, bilangan murid bertambah menjadi 85 orang. Sekolah diterajui oleh guru besar iaitu Cikgu Hashim bin Long bersama 3 orang guru lelaki dan seorang guru perempuan. Pada peringkat awal,bangunan kantin telah ada tetapi tidak beroperasi. Murid-murid membeli makanan daripada penjaja di sekitar bangunan sekolah. Terdapat seorang pengawal keselamatan untuk kawalan waktu malam sahaja dan seorang tukang kebun untuk menanam pokok dan menjaga kebersihan persekitaran sekolah. Kelas dan tandas dibersihkan oleh murid murid.

Pada tahun 2007,melalui peruntukan naik taraf bangunan,sekolah ini bertukar wajah. Dalam proses menyiapkan bangunan sekolah,Naval Mobile Construction Battalion (NMCB 7) bersama Jurutera Laut Diraja Malaysia dalam siri latihan tahunan maritim dua hala Amerika Syarikat dan enam negara Asia Tenggara turut membantu sebagai khidmat masyarakat.

Kini,SK Meraga Beris tersergam indah dengan bangunan baru yang dipenuhi dengan semua kemudahan fizikal yang cukup. Terdapat bangunan untuk pembelajaran tahun 1 hingga 6, bilik prasekolah, kelas PPKI,surau,kantin,bilik guru, pejabat, perpustakaan, bilik mesyuarat, padang,tandas, bilik kesihatan, makmal komputer,dewan terbuka,bilik Sains, bilik RBT,dan pondok pengawal. Tenaga pengajar terdiri daripada seorang guru besar, 4 orang penolong kanan, 47 orang guru serta 7 orang kakitangan sokongan.



Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Meraga Berisaysia
Telefon = 6098634289
Fax = 6098635257

Pautan luar sunting


  1. ^ Oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Senarai Sekolah Mengikut Kumpulan Jenis Dan Negeri Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Januari 2018. Diambil 03 Disember 2018