Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) Sitiawan

Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) Sitiawan atau nama ringkasnya SK Methodist (ACS) Sitiawan, merupakan sebuah sekolah rendah kebangsaan yang terletak di Jalan Lin Chen Mei, Kampung Koh. Sekolah ini terletak bersebelahan dengan sekolah menengah yang mempunyai nama yang sama dengannya, SMK Methodist (ACS) Sitiawan dan kedua-dua kawasan sekolah terletak bersebelahan sesama sendiri.

Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS) Sitiawan
Lokasi
 Malaysia Jalan Lin Chen Mei, 32000, Sitiawan, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan
MotoKebenaran Cahaya Dunia
Ditubuhkan1903
Nombor sekolah+6056911160
Kod sekolahABB1039
Faks+6056928979
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google


Sejarah sunting

Sekolah ini mempunyai permulaan sejarah yang hampir sama dengan sekolah menengahnnya, SMK Methodist (ACS) Sitiawan, di mana kedua-dua sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1903 sebagai sebuah rumah anak yatim dengan empat orang kanak-kanak lelaki dari Singapura. Bangunan asal sekolah ini kini terletak Chung Hua Kung Hui, Kampung Koh. Setahun kemudian premis sekolah ini telah dipindahkan ke tempat bertentangan Pioneer Methodist Church Sitiawan. Di bawah pimpinan residen mubaligh Rev. B.F Van Dyke sekolah ini telah berkembang menjadi Sekolah Perusahaan Sitiawan (Industrial School Sitiawan). Nama sekolah ini kemudiannya ditukar sekali lagi pada tahun 1916 kepada Anglo-Chinese School Sitiawan (ACS Sitiawan) oleh Rev. W.E. Horley, seorang mubaligh dari Ipoh dan masih dikekalkan sehingga kini.

Sekolah ini asalnya merupakan sekolah lelaki, seperti sekolah-sekolah ACS yang lain di Tanah Melayu dan Singapura ketika itu sehingga pada tahun 1927, pentadbiran sekolah ini mula menerima pelajar perempuan. Semasa pemerintahan Jepun, sekolah ini telah digunakan sebagai salah sebuah sekolah Jepun. Pada tahun 1947, ACS Sitiawan memulakan kelas Sijil Persekolahan (School Certificate) yang pertama. Dua tahun kemudiannya kelas khas untuk pelajar Melayu (Special Malay Class) yang pertama telah dijalankan. Sekolah ini mencatat sejarah apabila menjadi Pusat Peperiksaan Sijil Persekolahan buat kali pertama pada tahun 1955. Setahun selepas zaman kemerdekaan Malaya (1958), pentadbiran sekolah rendah dan menengah telah diasingkan.

Pada tahun 2009, ACS Sitiawan mempunyai 624 pelajar lelaki dan 491 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1115 orang, disokong oleh tenaga pengajar seramai 69 orang guru. Sehingga kini, ACS Sitiawan adalah merupakan salah satu institusi rendah yang tertua di daerah Manjung yang terus mendidik anak-anak Sitiawan dari darjah satu sehingga menamatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka.

Gambaran Umum sunting

Akademik sunting

SK Methodist (ACS) Sitiawan mempunyai kelas darjah satu hingga darjah enam. Pelajar-pelajar akan dapat melanjutkan ke tahun seterusnya tidak kira prestasi akademik dan mereka hanya akan mengambil ujian pada tahun enam iaitu UPSR. Subjek yang hendak diambil dalam UPSR di ACS Sitiawan termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.[1] ACS Sitiawan juga menawarkan mata pelajaran Bahasa Cina dan Bahasa Tamil bagi mana-mana pelajar yang ingin mengambilnya.

Kokurikulum sunting

Seperti mana-mana sekolah harian di Malaysia, ACS Sitiawan juga mempunyai kelab-kelab dan persatuan-persatuan untuk pelajar menyertai untuk kegiatan kokurikulum, seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM), Kadet Remaja Sekolah (KRS), Biged Putera (Boys' Brigade), Tunas Puteri (Girl Guide), dan Puteri Islam. ACS Sitiawan juga terkenal dengan kumpulan choral speaking dan pasukan ragbi mereka, ACS Warriors yang sering mengharumkan nama sekolah di peringkat daerah dan negeri.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Methodist (ACS)
Jalan Kampong Koh
32000, Sitiawan
Negeri Perak, Malaysia
Telefon : +6056911160
Fax  : +6056928979

Pautan luar sunting

  1. ^ https://web.archive.org/web/20110511144745/http://www.malaysia.gov.my/EN/Relevant%20Topics/Education%20and%20Learning/Non%20Citizen/nTheNationalEducationSystem/nPrimaryEducation/Pages/PrimarySchoolEducation.aspx