Sekolah Kebangsaan Paya Redan, Johor

Sekolah Kebangsaan Paya Redan atau nama ringkasnya SK Paya Redan, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Batu 19, Kampong Paya Redan.

Sekolah Kebangsaan Paya Redan
Lokasi
 Malaysia Batu 19, Kampong Paya Redan, 84600, Pagoh,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1954
Nombor sekolah6069748549
Kod sekolahJBA5054
Faks6069748549


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Paya Redan memiliki 148 pelajar lelaki dan 163 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 311 orang. Ia mempunyai seramai 27 orang guru.2009


Sekolah Kebangsaan Paya Redan
Lokasi
Kg. Paya Redan, Pagoh, Muar, Johor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan
Ditubuhkan1954
Nombor sekolah06-9748549

Sekolah Kebangsaan Paya Redan ialah sebuah sekolah rendah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Muar, Johor. Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1954. Bilangan muridnya ketika itu adalah seramai 35 orang (20 orang murid darjah 1 dan 15 orang murid darjah 2) manakala bilangan tenaga pengajar ialah seramai dua orang. Sekolah ini asalnya ialah sebuah sekolah rakyat dan gurunya telah disediakan oleh kerajaan dan bertaraf “Guru Rakyat”.

Pada mulanya sekolah ini hanya mempunyai dua bilik darjah berdindingkan papan, berlantaikan simen dan beratapkan zink dengan ukuran 25 X 60 kaki. Kos pembinaan sekolah ini telah ditanggung oleh orang kampung kerana sebelum ini mereka terpaksa menghantar anak-anak mereka belajar di SK. Kg. Raja yang jaraknya sejauh 8 km.

Pada tahun 1962, sekolah ini telah mendapat sebuah bangunan separuh kekal yang mengandungi tiga bilik darjah dan sebuah bilik Guru Besar. Terdapat enam buah kelas dengan jumlah murid seramai 182 orang. Oleh kerana bangunan ini didirikan di atas tanah berpaya, bangunan ini telah mendap dan retak. Bangunan ini lalu dirobohkan dan bangunan baru yang didirikan oleh orang kampung dibaiki dan dinaik taraf pada 1990. Dua tahun kemudian bangunan separuh kekal telah dibina. Sementara itu pada tahun 1982 didirikan pula bangunan dua tingkat dengan kemudahan pejabat, perpustakaan, stor, tandas dan tiga bilik darjah.

Sehingga ke hari ini sekolah mempunyai 10 buah kelas dan mempunyai tenaga pengajar seramai 30 orang termasuk pentadbir dan dibantu oleh seorang pembantu tadbir serta seorang pembantu am rendah. Kini, dua blok empat tingkat sedang dalam pembinaan dan dijangkakan siap pada hujung tahun 2010.Ini menjadikan SK Paya Redan sebuah sekolah yang serba lengkap.Ini juga dapat menampung murid yang semangkin ramai hampir 400 orang.Tenaga pengajarnya pula sebilangan besarnya adalah lulusan dari universiti.

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Paya Redan
Batu 19, Kampong Paya Redan
84600, Pagoh
Johor, Malaysia
Telefon = 6069748549
Fax = 6069748549

Pautan luar sunting