Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi

Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi atau nama ringkasnya SK Pulau Tinggi, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.

Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi
Lokasi
 Malaysia D/A Pejabat Pendidikan Daerah Mersing, 86800, Mersing,, Johor Darul Takzim
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahJBA4021
FaksTIADA


Pada 2021, Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi memiliki 5 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 13 orang. Ia mempunyai seramai 7 orang guru.2021

Sejarah sunting

Pulau Tinggi merupakan sebuah pulau yang berbentuk bujur dan terletak kira-kira 20 batu nautika (37km) dari selatan tenggara Mersing di pantai timur Johor, Malaysia. Pada zaman dahulu, pulau ini dikenali sebagai Pulau Topi Jeneral(General`s Hat Island) oleh Kelasi Cina. Perjalanan ke Pulau ini memakan masa lebih kurang 60 minit dari jeti Mersing. Bahagian daratan pulau ini diselaputi oleh hutan tanah pamah.Titik tinggi pulau ini ialah 2000 kaki (600m) dari aras laut.      Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi telah ditubuhkan sejak tahun 1950-an lagi di Kampung Tanjung Balang. Bangunan sekolah ini telah dibina secara bergotong-royong mengunakan bahan-bahan yang ditaja sepenuhnya oleh pihak RISDA. Pembinaan sekolah ini bertujuan untuk memberikan pendidikan yang setaraf kepada penduduk-penduduk kampung di sekitar Pulau Tinggi, antaranya Kampung Tanjung Balang, Kampung Sebirah Kecil dan Kampung Pasir Panjang.      Setelah beroperasi selama lebih kurang 10 tahun, pada tahun 1960, kerja-kerja pembinaan sekolah cawangan di Kampung Sebirah Kecil dimulakan. Rasionalnya adalah untuk menampung jumlah murid yang semakin meningkat, di samping dapat mengurangkan jarak perjalanan murid-murid ke sekolah. Jika sebelum ini, ada di antara murid-murid yang terpaksa ke sekolah dengan menaiki bot dan berjalan kaki dengan jarak yang jauh.

     Sementara waktu, bangunan sekolah ini telah dibina di atas tanah yang dipinjamkan oleh Enick Ayub Bin Jumin. Sekolah cawangan ini siap dibina dan mula beroperasi pada tahun tersebut. Bagaimanapun, ianya hanya mampu menampung murid-murid tahap satu sahaja, iaitu murid tahun 1 hingga 3. Pada tahun yang sama (1960-an), projek pembinaan bangunan kekal bagi sekolah cawangan telah dilaksanakan di atas sebidang tanah yang telah diwakafkan oleh Encik Mohd Shah Bin Mamun. Bangunan ini telah siap sepenuhnya dan memulakan operasinya pada tahun 1961. Bangunan ini mampu untuk menampung keperluan murid dari tahap satu dan dua.

     Tenaga pengajar sedia ada tidak mampu untuk menampung kapasiti murid yang semakin tahun semakin bertambah. Maka, jumlah tenaga pengajar yang ditempatkan juga semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pertambahan ini telah mengakibatkan kediaman yang sedia ada tidak mencukupi. Justeru, pada tahun 1973, kerajaan telah mula mendirikan bangunan rumah guru yang baru di Kampung Tanjung Balang dan Kampung Sebirah Kecil bagi menampung kapasiti tenaga pengajar yang semakin bertambah.

    Sepanjang tempoh pembinaan bangunan sekolah ini, kerajaan telah menghadapi beberapa kekangan. Antaranya dari segi lokasi dan pengangkutan. Sehubungan itu, bangunan Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi yang lengkap akhirnya siap dibina pada tahun 1982. Bangunan ini dilengkapi dengan kemudahan seperti ruangan pejabat yang menempatkan bilik guru besar dan bilik guru penolong kanan, bilik guru, perpustakaan, stor sukan, ruangan bilik darjah yang mencukupi, serta tandas guru lelaki dan perempuan dan tandas murid lelaki dan perempuan. Dengan pembinaan sebuah bangunan lengkap ini mampu menjamin keselesaan murid-murid untuk belajar.

     Sejak awal 1980-an lagi, akibat desakan hidup, ramai penduduk di sekitar perkampungan Pulau Tinggi berhijrah ke darat. Di samping itu, penghijarahan penduduk ini juga bertujuan untuk mengambil peluang di mana tanah rancangan FELDA mula dibuka di gugusan Tenggaroh. Penawaran yang dapat meningkatkan taraf kehidupan ini menarik minat para penduduk untuk berhijrah. Penghijarahan ini mengakibatkan jumlah penduduk di Pulau Tinggi semakin berkurangan. Secara tidak langsung, ia juga memberi kesan kepada jumlah murid di kedua-dua sekolah di pulau tersebut. Disebabkan jumlah murid yang semakin berkurangan, akhirnya pada tahun 1995 sekolah cawangan di Kampung Sebirah Kecil ditutup secara rasminya. Kini, hanya sebuah sekolah sahaja yang masih beroperasi sehingga kini iaitu di Kampung Tanjung Balang.

       Setelah penutupan sekolah cawangan tersebut, murid-murid yang mendaftar di sekolah cawangan di Kampung Tanjung Balang meningkat. Guru-guru yang ditempatkan di Kampung Sebirah juga telah ditarik semula untuk mengajar di sekolah di Kampung Tanjung Balang. Hal ini mengakibatkan pertambahan bilangan tenaga pengajar. Secara tidak langsung, kediaman sedia ada tidak mampu untuk menampung kapasiti tenaga pengajar yang ada. Justeru, sekali lagi pada tahun 2001, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menambah bangunan rumah guru yang baru. Bangunan rumah guru sebanyak 2 unit 4 pintu itu telah dibina di atas tanahmilik sekolah. Berikutnya, pada tahun 2002, kerajaan juga telah membina 1 blok bangunan tambahan di Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi.

     Pada tahun 2009, kerajaan telah meluluskan projek penggantian bangunan sekolah lama dengan bangunan baru tiga tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan seperti kantin, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup, stor sukan, stor, ruangan pejabat yang menempatkan bilik guru besar dan bilik guru penolong kanan, bilik guru, perpustakaan, tandas guru dan tandas murid, bilik darjah, surau, gelanggang dan padang. Bangunan baru ini telah siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2011 dan mula beroperasi pada awal tahun 2012.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Pulau Tinggi
Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
No 27 Jalan Dato' Luar
86800, Mersing
Johor, Malaysia
Telefon = TIADA
Fax = TIADA

Pautan luar sunting

skpulautinggi.blogspot.com