Sekolah Kebangsaan Seri Bidor

Sekolah Kebangsaan Seri Bidor atau nama ringkasnya SK Seri Bidor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Persatuan.

Sekolah Kebangsaan Seri Bidor
Lokasi
Jalan Persatuan, 35500, Bidor,, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6054341568
Kod sekolahABB0047
Faks6054341568


Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Seri Bidor memiliki 249 pelajar lelaki dan 213 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 462 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru.2009

Sekolah Kebangsaan Seri Bidor (SRK Seri Bidor) ialah sebuah sekolah rendah harian di Bidor, negeri Perak.

Sejarah sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Bidor telah didirikan pada 1 Febuari 1953 di Jalan Persatuan Bidor. Nama asalnya ialah Government English School Bidor. Pada mulanya sekolah ini adalah di bawah pentadbiran En. G.A. Machado M.B.E., guru besar Government English School Tapah.

Bilangan murid pada awal penubuhan sekolah ini adalah seramai 73 orang. Mereka ditempatkan dalam dua buah kelas. Tenaga pengajarnya adalah seramai tiga orang termasuk seorang guru yang dilantik sebagai ketua atau ‘Teacher In-Charge.’ Guru yang pertama dilantik sebagai ‘Teacher In-Charge’ ialah En. Tan Chin Guan dan akhirnya dilantik sebagai guru besar yang pertama.

Pada tahun 1957 bilangan kelas bertambah kepada tujuh buah kelas – sebuah kelas daripadanya telah ditumpangkan ke Sekolah Kebangsaan Bidor. Pada tahun 1957 juga telah didirikan sebuah bangunan yang mengandungi enam buah bilik.

Sekolah ini kemudiannya telah diberi nama Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Bidor. Lembaga pengurusan sekolah bagi SRJK (Inggers) Bidor telah ditubuhkan pada 1959. Pengerusi Ahli Lembaga Sekolah yang pertama ialah En.Chew Thian Siew AMN, PJK, JP seorang tokoh tempatan di Bidor.

Pada tahun 1963 bilangan kelas telah bertambah daripada tujuh buah kepada 13 buah kelas, manakala sebuah kelas daripadanya telah ditumpangkan pula di SRJK (C) Choong Hua 1, Bidor. Ekoran daripada itu, pada tahun 1964 telah dibina tiga lagi bangunan baru bilik darjah.

Pembukaan rasmi sekolah ini telah dilakukan oleh Yang Berhormat En. Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia pada 1 April 1965. Untuk kemudahan ibu bapa dari kawasan Sungkai, sebuah bilik darjah untuk Tahun Satu telah ditumpangkan di SRJK (T) Sungkai sebagai cawangan sekolah ini.

Pada tahun 1968, sebuah bangunan dua tingkat yang mengandungi lima buah bilik darjah lagi dibina. Pada tahun 1976 sebuah bangunan untuk kantin sekolah telah dibina. Sekolah ini kemudiannya diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Bidor. Dan seterusnya SK Seri Bidor pada tahun 1994.

Pada tahun 1984 bilangan murid SRK Seri Bidor telah bertambah kepada 874 orang dan persekolahan dua sesi telah dimulakan sehingga hari ini. Pada tahun 2004 seramai 292 orang murid daripada sekolah ini telah berpindah ke sekolah baru iaitu SK Bidor 2, Jalan Teluk Intan. Jumlah murid di sekolah ini kini ialah 500 orang termasuk murid Pra Sekolah.

Pra Sekolah telah dibuka pada tahun 2005 dengan membaik pulih kelas Tahun 5. Tiga buah kelas berhampiran pintu masuk sekolah ini adalah bangunan asal yang masih kukuh.

( Disunting oleh Fizi ehe~ ) ヾ(≧▽≦*)o → kamu patut berterima kasih kpd saya

Alamat sunting

Sekolah Kebangsaan Seri Bidor
Jalan Persatuan
35500, Bidor,
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = +60 11-3655 0815
Fax = 6054341568

Rujukan sunting