Sekolah Kebangsaan Sri Limau


Sekolah Kebangsaan Sri Limau atau nama ringkasnya SK Sri Limau, merupakan sekolah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kedah.

Sekolah Kebangsaan Sri Limau
Lokasi
Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Rendah, Sekolah kerajaan
Map


Sejarah sunting

1915- Sekolah Kebangsaan Sri Limau  telah mula dibuka oleh penduduk-penduduk Kampung Sungai Limau dengan nama Sekolah Rakyat Sungai Limau. Bangunan asalnya hanyalah sebuah bangunan yang serba kekurangan dan mempunyai 2 buah bilik yang beratapkan rumbia dan berdindingkan batang-batang buluh.Bangunan ini menampung 25 orang murid  dengan 2 tenaga pengajar dan seorang guru besar.Sekolah ini telah mula mendapat perhatian dan bantuan kerajaan setelah sekian lama ia ditanggung oleh penduduk kampung.

1936 – Sekolah ini telah diambilalih sepenuhnya oleh Kerajaan British dan menamakannya kepada Sekolah Melayu Sungai Limau. Sekolah ini mendapat bantuan penuh kerajaan.

1943 – Semasa Perang Dunia Ke 2 tercetus, sekolah ini terpaksa ditutup seketika dan kemudiannya dibuka semula dengan menggunakan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantarnya. Bahasa ini diajar oleh orang Melayu.

1945 – Pada tahun ini bilangan murid mula meningkat kepada 400 orang.

1960 – Sekolah ini telah bertukar nama pula kepada Sekolah Kebangsaan Lunas.

1980 – Bilangan murid mula merosot kepada 126 orang dengan hanya 9 tenaga pengajar dan seorang Guru Besar. Guru Besar pada masa itu ialah Tuan Haji Radzi b. Ahmad .Bagaimanapun bilangan murid mula bertambah kembali apabila terbinanya taman-taman perumahan disekitarnya.

1989 - Sekolah Kebangsaan Lunas telah ditukar nama ke Sekolah Kebangsaan Sri Limau sehingga sekarang. Guru Besar pada ketika itu ialah Tuan Haji Yahaya b. Chik.

1993 – Sekolah Kebangsaan Sri Limau telah dinaikkan taraf ke Gred A setelah bilangan muridnya mencapai 750 orang.

2002 – Sekolah Kebangsaan Sri Limau telah “berpisah” dengan Sekolah Kebangsaan (Cawangan) Sri Limau yang bertukar namanya kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Paya Besar. Pada tahun ini juga terbinanya Makmal Komputer dan Surau SKSL.

2009 – Pada 2 Disember, Bangunan baru 4 tingkat telah siap dan diserahkan kepada pihak sekolah.

2010 – Sekolah Kebangsaan Sri Limau telah dijalankan secara satu sesi sahaja.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Pautan luar sunting