Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak

Sekolah Menengah Islam AL-Amin Gombak (SMIAAG) ialah sekolah menengah Islam yang terletak di Gombak, Selangor, Malaysia. Bermula 2016, pengetua sekolah ini ialah Puan Alia binti Md Nazir, yang sebelum ini merupakan penolong kanan di sekolah ini.

Sekolah Menengah Islam Al-Amin Gombak

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Islam Al-Amin mula ditubuhkan di Taman Setiawangsa Kuala Lumpur pada tahun 1990. Dengan kerjasama dan kesungguhan PIBG dan sumbangan kaum Muslimin, Sekolah Al-Amin berjaya mengumpulkan sejumlah dana dan membeli sebidang tanah seluas 4 ekar bagi tujuan pembinaan bangunan sekolah di Lot 1078, Batu 8 Jalan Sungai Pusu, Gombak yang ada sekarang ini. Seramai 60 orang murid dan 7 orang guru membuka tirai Al-Amin di Gombak.

Visi dan misi sunting

Visi
Menjadi institusi Islam bersepadu yang terpilih.
Misi
Membentuk pelajar Soleh Wa Musleh melalui sistem pendidikan bersepadu.
Fail:Skool.jpg
Bangunan blok fasa 1 Sekolah

Falsafah pendidikan Al-Amin sunting

Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk keyakinan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu menyeluruh dan berterusan.

Syarat kemasukan menengah sunting

Untuk kemasukan ke Menengah Rendah, pemohon hendaklah:

  • Mempunyai pengetahuan asas atau mempelajari Bahasa Arab di tahap sekolah rendah.
  • Lulus peperiksaan UPSR.
  • Lulus tilawah al-Quran dan lulus ujian diagnostik.
  • Mempunyai dokumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) (bagi kemasukan ke tingkatan 2 & 3) seperti berikut:
    • Pelaporan Pentaksiran Sekolah
    • Pelaporan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
    • Pelaporan Pentaksiran Psikometrik

Bagi kemasukan ke tingkatan 4, pemohon hendaklah:

  • Mengambil kertas Bahasa Arab untuk PT3
  • Memperoleh sekurang-kurangnya 40 markah atau gred D dalam PT3 untuk semua subjek diambil
  • Mendapat sekurang-kurangnya pangkat "Maqbul" untuk PMRI (pelajar SMIAAG sahaja)

Bagi kemasukan ke tingkatan 5 (tertakluk kepada kekosongan tempat) pemohon hendaklah mempunyai dokumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti berikut:

Aliran bukan Sains sunting

  • Ujian Lisan Bahasa Melayu
  • Ujian Lisan Bahasa Inggeris
  • PEKA Sains

Aliran Sains sunting

  • Ujian Lisan Bahasa Melayu
  • Ujian Lisan Bahasa Inggeris
  • PEKA Kimia, Biologi dan Fizik

Pautan luar sunting