Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah

sekolah menengah Islam di Pulau Pinang, Malaysia

Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah atau nama ringkasnya SMI Al-Masriyah, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di 1267,Jalan Abdul Kadir.

Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah
Lokasi
1267,Jalan Abdul Kadir, 14000, Bukit Mertajam,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6045385126
Kod sekolahPFT0003
Faks6045385126


Pada 2009, Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah memiliki 200 pelajar lelaki dan 181 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 381 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009

Sejarah sunting

SEJARAH SEKOLAH RIWAYAT HIDUP TUAN GURU ALMARHUM TUAN GURU HJ. MOHD SALLEH ALMASRY PENGASAS DAN MUDIR PERTAMA(1875 - 1970) MADRASAH AL- MASRIYAH(1906 - 1951) Mohammed Salleh berasal dari Rasah, Negeri Sembilan dan dilahirkan pada tahun 1875. ayahnya bernama Baki Bin Lundang dan ibunya Mariah Bt. Mohammed Ali. Beliau merupakan anak bongsu di antara tiga orang adik-beradik. Berpendidikan tiga tahun di sekolah Kebangsaan Bukit Nenas, Seremban dan kemudian melanjutkan pengajiannya ke Bersilam, Langkat di Sumatera di atas minatnya yang amat sangat di dalam bidang keagamaan. Beliau menuntut di sana dengan bertemankan dua orang sepupunya, iaitu Abdul Rahman dan Yaacub Mohammed Ali Hanifah. Mereka bergurukan Tuan Syeikh Abdul Wahab. Setelah beberapa tahun menuntut di sana, beliau pun pulang dengan gelaran Fakeh Mohammed Saleh. Kemudian beliau meneruskan pengajiannya dengan Tuan Guru Haji Minal ( Tuan Guru Haji Zainal Abidin Pettani ) di Sungai Dua, Butterworth dan kemudiannya berpindah pula ke Padang Lalang, Bukit Mertajam dan berguru pula dengan Tuan Guru Imam Haji Ahmad. Di atas keazaman dan dorongan Tuan Guru Imam Haji Ahmad, Fakeh Mohammed Salleh mencatat sejarah putera Melayu yang ulung melanjutkan pengajiannya ke Universiti Al - Azhar di Mesir pada tahun 1899 dengan menggunakan passport Penang. Setibanya di sana beliau ditangkap oleh pihak berkuasa Mesir yang telah menganggapnya sebagai pengintip Turki kerana wajahnya mirip rakyat Turki. Sewaktu itu Mesir dan Turki dalam berkonfrantasi, tetapi akhirnya beliau dibebaskan. Sewaktu menuntut di Mesir, beliau telah menempuh berbagai-bagai penderitaan Pada era Tuan Guru Haji Salleh Al-Masry, sekolah ini dikenali sebagai Madrasah Al-Masriyah dengan bersistemkan pengajian pondok. Pada tahun 1950an Sistem pendidikan mula bertukar dengan memasukkan pengajian bahasa Inggeris semasa pentadbiran menantu beliau iaitu Tuan Haji Ahmad Fuad.

Sistem akademik sepenuh masa diperkenalkan pada tahun 1990 dengan menggunakan sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia . Walau bagaimanapun, pelajaran agama masih diberi keutamaan iaitu 70% dengan menggunakan sukatan dari Al-Azhar dan penumpuan kepada pelajaran akademik adalah sebanyak 30%. Sistem ini digunapakai di sekolah ini sehingga sekarang.


Pencapaian sunting

Pada tahun 1 Januari 2007 sekolah ini telah mendaftar sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan terus mengikuti sukatan yang sedia ada.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Islam Al-Masriyah
1267,Jalan Abdul Kadir
14000, Bukit Mertajam
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6045385126
Fax = 6045385126

Pautan luar sunting