Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 2

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 2 atau nama ringkasnya SMJK (C) Keat Hwa 2, merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah.

吉华国民型华文中学二校
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 2
Lokasi
 Malaysia Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah., 06600, Alor Star, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah jenis kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Nombor sekolah6047722661
Kod sekolahKEA2097
Faks6047723632
Map


Pada 2009, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 2 memiliki 711 pelajar lelaki dan 606 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1317 orang. Ia mempunyai seramai 63 orang guru.2009

SMJK Keat Hwa 2 merupakan sebuah sekolah yang dari kalangan sekolah-sekolah Keat Hwa di negeri Kedah.

Sejarah sunting

1985: SMJK KH2 telah ditubuhkan secara rasminya. Namun SMJK KH2 terpaksa menumpang di premis SMJK KH di Jalan Pegawai. Pada waktu ini sessi persekolahan untuk SMJK KH2 adalah di sebelah petang manakala SMJK KH di sebelah pagi. Di awal penubuhannya, SMJK KH2 menerima seramai 180 orang pelajar dengan 6 orang guru. Pentadbiran SMJK KH2 pula adalah masih dikendalikan oleh SMJK KH.

1986, badan pentadbiran SMJK KH2 telah ditubuhkan. Pn.Yap Keow See merupakan Pengetua yang pertama bagi SMJK KH2 pada waktu itu. Jumlah pelajar bertambah kepada 355 orang. Manakala guru pula seramai 15 orang.

1987: Pn.Yeap Keow See telah bertukar ke sekolah lain dan tempatnya diganti oleh En. Yong Hoon Peng.

1988: SMJK KH2 telah membuka 16 kelas dengan 4 kelas untuk setiap tingkatan dari Peralihan hingga ke tingkatan 3. Dan pada waktu ini pelajarnya adalah kumpulan pertama menduduki PMR.

09.06.2004: Premis baru bagi SMJK KH2 yang bernilai RM21 juta telah siap dibina. Pada 19.6.2004, pihak sekolah telah menerima kunci secara rasminya dari pihak kontraktor.

01.07.2004: SMJK KH2 telah berpindah secara rasminya ke bangunan baru di Taman Sri Abadi, Jalan Kuala Kedah.

Pencapaian sunting

Pencapaian yang dicapai oleh SMJK Keat Hwa 2 termasuklah:

ROBOTIK

1.National Robotic Competition 2012 (Peringkat Kebangsaan) - Pingat Gangsa

2.World Robotic Olympiad di Kuala Lumpur – Pingat Gangsa & Best Participant's Choice Award

3.Ketiga-tiga ahli pasukan telah mendapat anugerah kecemerlangan kokurikulum peringkat Negeri Kedah 2012

4.Ketiga-tiga ahli pasukan telah dikurniakan pingat Bintang Semangat Jerai Kedah oleh DYMM Sultan Kedah.

WUSHU

1.Kejohanan Wushu Remaja Peringkat Negeri Kedah/Perlis 2013 – 3 Emas(少年刀、少年棍、少年南拳)

2.Singapore International Martial Arts Tournament – 2 Emas( 单工伏虎拳、A组南拳)

3.Akan mewakili Malaysia ke Beijing, China (bulan Julai 2012) untuk pertandingan peringkat antarabangsa

4.Menyertai Kejohanan Wushu Peringkat Antarabangsa di Genting Highland Kali-4 – 3 emas (对练、刀术、少林拳)

Alamat sunting

Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa 2
Taman Seri Abadi, Jalan Kuala Kedah.
06600, Alor Star
Kedah, Malaysia
Telefon = 6047722661
Fax = 6047723632

Pautan luar sunting