Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling


Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling atau nama ringkasnya SMK (A) Durian Guling, merupakan sebuah Sekolah Menengah Agama yang terletak di Km 21, Jalan Kuala Berang , Marang. , Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling
Lokasi
 Malaysia Km 21, Jalan Kuala Berang , Marang. , Malaysia, Marang., Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Agama, Sekolah kerajaan
MotoBelajar Berjasa
Nombor sekolah6096801668
Kod sekolahTRA4016[1]
Pengerusi PIBGEN. SYAFIE B. HASSAN
PengetuaEN. NAZRI BIN NGAH
GPK Pentadbiran dan AkademikPN. ZULAIDA BT MAT ZAIN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. MAHADI BIN ISMAIL
Penolong Kanan KokurikulumEN. KAMRUL BIN SIDEK
Faks6096801922
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling memiliki 319 pelajar lelaki dan 610 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 929 orang. Ia mempunyai seramai 93 orang guru.2009


  1. SMK (A) Durian Guling terletak di sebuah perkampungan di KM 21, Jalan Kuala Berang, Marang, Terengganu. Jarak daripada bandar Marang adalah 18km manakala jarak daripada pekan Bukit Payong adalah sejauh 6km.
  2. Diasaskan oleh Tuan Guru Haji Shafie bin Haji Sulong pada tahun 1954 dengan keluasan 70 kaki panjang X 14 kaki lebar dengan pelajar seramai 9 orang. Mula dikenali sebagai Madrasah Mazahir Al-Ulum ataupun Pondok Durian Guling.
  3. Pada tahun 1968 Pondok ini telah diambil alih oleh kerajaan negeri Terengganu dan diletakkan dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama terengganu. Ia dirasmikan pada tahun 1969 dan dikenali sebagai Sekolah Agama Durian Guling.
  4. Pada tahun 1994 SMA Durian Guling telah diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan (dibawah JAPIM) dan ditukar dengan nama Sek. Men. Keb( A ) Durian Guling ( SMK(A) DG.)
  5. Pada awalnya SMKADG berada dalam gred B, namun selepas tahun 1995 sekolah ini telah dinaik taraf menjadi sekolah gred A.
  6. Walaupun sekolah ini merupakan sekolah agama harian, namun 40% pelajarnya tinggal di asrama.
  7. Sewaktu mula mengambil alih sekolah ini, hanya terdapat tingkatan 1 hingga lima sahaja, namun pada tahun 1996 tingkatan enam mula dibuka.

Pencapaian sunting

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN FASA 9

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Durian Guling
Km 21, Jalan Kuala Berang , Marang. , Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096801668
Fax = 6096801922

Rujukan sunting

Pautan luar sunting