Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George atau nama ringkasnya SMK (P) St George, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Macalister.

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George
Lokasi
Jalan Macalister, 10450, George Town,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoAut viam Inveniam Aut Faciam
Nombor sekolah6042295855
Kod sekolahPEB1109
Faks6042295886
Map


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George memiliki 0 pelajar lelaki dan 1361 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1361 orang. Ia mempunyai seramai 112 orang guru.2009

Sejarah[1] sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St.George (SMKPSG) telah ditubuhkan pada tahun 1884, bertempat di verandah rumah Manse, iaitu kediaman Puan Biggs, isteri Reverend L. Courtier Biggs, Chaplin, Kolonial Gereja St.George, Pulau Pinang. Sekolah ini dinamakan sempenanya.


Pada tahun 1885, SMKPSG telah dibina bertujuan untuk memberikan pendidikan Inggeris kepada pelajar-pelajar perempuan serta dilatih mengikut sistem 3M. Para pelajar yang lebih tua pula bersedia mengambil Peperiksaan Tempatan Junior atau Senior Cambridge.


Sekolah ini kemudiannya dipindahkan ke sebuah bangunan yang terletak bersebelahan dengan Hotel E&O di Lebuh Farquhar (Jabatan Kebajikan Masyarakat). Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini dikelolakan oleh satu Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik oleh kerajaan Inggeris. Penubuhan sekolah ini mendapat sebahagian sumbangan daripada ahli gereja St.George.


Pada tahun 1909, sekolah ini telah diambil alih oleh pihak Inggeris dan diberi nama ‘Sekolah Perempuan Kerajaan Inggeris’. Sebuah bangunan sekolah baru dibina di Jalan Northam manakala asrama masih terletak di Lebuh Farquhar. Sekolah campuran diperkenalkan pada tahun 1916 tetapi dibatalkan pada tahun 1920. Nama sekolah kemudian ditukar kepada nama asalnya apabila dipindahkan ke Jalan Sultan Ahmad Shah. Latihan jasmani dan tarian ballroom mula diajar pada tahun 1922 manakala pada tahun 1924, perpustakaan sekolah mula ditubuhkan dengan Cik Waugeh sebagai tenaga pengasasnya.


Seterusnya, Persatuan Bekas Pelajar ditubuhkan pada tahun 1930 dan pada tahun 1937 pula, pakaian seragam sekolah diperkenalkan. Pasukan permainan sekolah dilancarkan semula pada tahun yang sama. Kesemuanya berjumlah empat buah rumah, iaitu Cavell, Fry, Johnson (Buss) dan Nightingale.


Majalah sekolah yang pertama diterbitkan pada 1938 manakala cogan kata sekolah diumumkan sebagai ‘Aut Viam Inveniam Aut Faciam’ yang bermaksud ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’. Cogan kata ini dipilih oleh Puan Parfitt, editor pertama majalah tersebut.


Lembaga Pengawas Sekolah ditubuhkan pada tahun 1930. Sekolah ini kemudiannya diberhentikan sementara waktu pada zaman pemerintahan Jepun di Malaya pada tahun 1941 hingga 1945.


Pada Oktober 1945, sekolah telah dibuka semula dengan ahli yang semakin ramai. Pada Julai 1953, batu asas sekolah ini telah sempurna diletakkan. Pada tahun 1954, SMKPSG telah dibuka dengan rasminya oleh Lady McGilavary serta pakaian seragam dengan gaun putih bertali pinggang merah mula dikuatkuasakan.


Pada tahun 1956, kelas Tingkatan Enam untuk kedua-dua aliran Sains dan Sastera telah berjaya dibuka di sekolah ini.

Pencapaian sunting

Kini, SMKPSG telah menempa nama di persada pendidikan sebagai salah sebuah sekolah yang telah banyak memenangi anugerah dan kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah. Sekolah ini telah mengharumkan nama negeri Pulau Pinang dan Malaysia. Pelawat-pelawat dan ahli-ahli akademik dari negara ASEAN telah melawat sekolah ini sebagai penanda aras untuk bertukar maklumat dan pandangan demi meningkatkan lagi mutu pendidikan di serantau  ASEAN.


Pada tahun 2007, sekolah satu sesi mula diperkenalkan dan ini telah membawa perubahan yang besar kepada pengurusan sekolah. SMKPSG kemudiannya telah dinobatkan sebagai Sekolah Cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2007.  SMKPSG seterusnya menerima penganugerahan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2008 dan kemuncaknya ialah pengiktirafan sekolah ini sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi oleh Kementerian Pelajaran pada tahun 2010.

Lagu Sekolah[2] sunting

Seniors and juniors all gathered here,

Together we march on without a fear,

Goodwill and happiness we want to spread,

Every day's a challenge let's go right ahead.


Onwards we move towards the light,

Resolved are we to face the fight,

Giving our best from day to day,

If there's a will, there's always a way.


Around the bends of life we'll have to turn,

Near and far fond thoughts will always burn.


St. George's, St. George's,

We'll ever proclaim,

Honour and uphold you,

Forever praise your name,

St. George's, St. George's,

We'll always be true,

Our dear St. George's Girls' School.


Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George
Jalan Macalister
10450, George Town
Pulau Pinang,   Malaysia
Telefon = 6042295855
Fax = 6042295886

Pautan luar sunting