Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad atau nama ringkasnya SMKA Al-Irshad, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama berstatus Sekolah Berprestasi Tinggi yang terletak di Pokok Sena, Kepala Batas, Seberang Perai Utara.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad
Alamat
Pokok Sena,

13220 Kepala Batas,

Pulau Pinang,  Malaysia

Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan Agama, Sekolah kerajaan, [[Sekolah Berprestasi Tinggi]]
Motoالإمان أساس النجاح
(Iman Asas Kejayaan)
Ditubuhkan1936
Nombor sekolah6045731237
Kod sekolahPRA2003
Pengerusi PIBGTn. Hj Shariful Azhar bin Othman
PengetuaUstaz Mohd. Fazli bin Yunus
SloganAl Irshad Pemangkin Insan Kamil
GPK Pentadbiran dan AkademikTn.Hj Marzuqi bin Ishak
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Hjh.Sarah bt. Mat Desa
Penolong Kanan KokurikulumPuan Hjh.Suria Zunita bt. Nasrun
Faks6045732415
Laman sesawang


Namanya dalam bahasa inggeris ialah Al Irshad Islamic School (AIRIS).

SMKA Al-Irshad juga merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan yang berada di Pulau Pinang.

SMKA Al-Irshad berjaya mendapat status 'Sekolah Berprestasi Tinggi' Kohort 4 sekali gus menggantikan status 'Sekolah Kluster Kecemerlangan'. Laman Web Rasmi SMKA Al-Irshad boleh didapati di [1].

Sejarah sunting

Nama sekolah ini asalnya diambil dari nama Madrasah Irshadiah iaitu sebuah sekolah agama rakyat yang terletak di Padang Menora, Tasek Gelugor, Seberang Perai di bawah kelolaan Qadi Tuan Haji Abdul Majid Bin Haji Sulaiman dan adiknya Tuan Haji Shafie serta dibantu oleh beberapa orang guru termasuklah bekas Qadi Besar Pulau Pinang, Allahyarham Tuan Haji Ahmad Maliki dan Tuan Haji Yusuf Helmi Bin Haji Shafie. Sekolah ini dibina pada tahun 1936, hasil kutipan derma orang ramai.

Pada tahun 1958, Persatuan Guru-Guru Agama Seberang Perai(PGAS), yang diketuai oleh Ustaz Hj. Salleh B. Shafie telah mengambil alih pentadbiran sekolah ini. Dari saat itulah, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah PGAS, yang terkenal bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi hingga ke Kedah dan juga Perak. Ramai penuntutnya datang dari negeri-negeri tersebut.

Nama Sekolah PGAS telah ditukar sekali lagi kepada SMKA Al-Irshad apabila Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil alih pentadbiran sekolah ini pada tahun 1977 bersama-sama 14 buah sekolah lagi sekolah agama di seluruh Semenanjung Malaysia.

Pada mulanya pentadbiran sekolah ini dipangku oleh Cikgu Mohd Noor Bin Hussein sebelum pengetuanya yang pertama Ustaz Mohd Yusuff Bin Haji Latif (1977-1983). Beliau digantikan oleh Ustaz Haji Morat Bin Haji Abdul Samad (1983-1985). Pengetua ketiga Ustaz Haji Abdul Salam Bin Haji Mohd. Zain (1985-1988). Kemudian sekolah ini diterajui pula oleh Ustaz Hj. Rakhibi B. Hj. Othman (1988-1997).

Selepas itu Puan Hajah Halimah Binti Abu Bakar telah dilantik sebagai pengetua SMKA Al-Irshad yang kelima, pada bulan November 1997. Beliau telah bersara pada bulan Oktober 2000. Sejak dari tarikh tersebut jawatan pengetua telah dipangku oleh Penolong Kanan 1, Tuan Haji Mizal Azman Bin Sharif hingga 16 September 2001. Sejak dari tarikh tersebut, jawatan pengetua telah disandang oleh Puan Hajjah Salmah binti Haji Ishak. Pada tahun November 2010, SMKA Al Irshad mendapat pengetua baru iaitu; Tn. Hj. Md Radzi bin Bahari yang bertukar dari SMK Datuk Hj Ahmad Said. Tn. Hj Md Radzi akan bersara pada 28 Mei 2013.

Bagi tahun 2013; barisan pentadbir terbaru adalah Tn Hj Md Radzi Bahari (Pengetua), Tn Hj Abdul Halim Abdul Hamid (PK1), Tn Hj Mohd Nor Azli Salleh (PK Hem) dan Pn Hjh Salahiah Daman (PK Ko). En Mohd Sabri Shafie telah bertukar ke Maktab Wan Jah, Butterworth, sementara Tn Hj Mohd Radzi Halim telah bertukar ke SMK Dato Onn. Guru Kanan Kemanusiaan disandang oleh Pn Noor Hayati Mahamood dan Guru Kanan Sains dan Matematik adalah Pn Sarah Mat Desa. Guru yang bersara pada tahun 2013 ialah Pn Hjh Siti Fatimah Abu Bakar yang bersara pada 1 Jan 2013 (meninggal dunia tahun 2015) Pn Hajah Salahiah telah bersara pada 31 Disember 2016 dan sekolah terakhir beliau adalah SMKA Al Irshad. Pn Roshidah bt Abu telah dinaikkan pangkat ke SMK Sri Muda, Penaga pada tahun 2014 sebagai PK. HEM sekolah tersebut. Tempat beliau digantikan oleh Encik Mazlan bin Othman.

Pada Jun 2014, Tn Hj Abdul Halim bin Abdul Hamid telah dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMKA Al-Irshad. Tn Hj Abdul Halim b. Abd Hamid telah menamatkan perkhidmatannya pada 28 Oktober 2016. Kini, SMKA Al Irshad sedang diterajui oleh Tn Hj Abd. Razak bin Haji Osman yang mula berkhidmat di SMKA Al Irshad pada 1 Disember 2015. Beliau bertukar dari SMKA Al Mashoor Lelaki setelah berkhidmat selama 6 bulan di sekolah tersebut.

Pada 2018, SMKA Al Irshad mendapat pengetua baru iaitu Tn Hj. Md Isa bin Abdul Rahman, yang turut serta di dalam Program Pertukaran Murid Malaysia-India 2018 di St Agnes School, Kharagphur, Kolkata, India bersama PK HEM En. Md Sabri. Pada tahun bulan Mei 2019, SMKA Al Irshad mendapat pengetua baru iaitu Tn Hj. Mohamad Nasri bin Osman yang bertukar dari SABK DMW ke SMKA Al Irshad sehingga 9 April 2021. Beliau bertukar ke SABK Khairiah Islamiah, Pokok Sena pada 12/4/2021. Seterusnya, SMKA Al Irshad menerima pengetua baru iaitu Tn Hj. Mohd Nor Azli bin Salleh yang bertukar dari SABK Khairiah Islamiah, Pokok Sena ke SMKA Al Irshad pada 12 Mei 2021.

Visi sunting

SMKA Al Irshad terbilang menjelang tahun 2017 [outdated]

Misi sunting

• Mengamalkan budaya kerja cemerlang dengan berpegang kepada aspirasi yang sama bagi melahirkan pelajar yang gemilang.
• Meningkatkan kualiti pengurusan pengajaran dan pembelajaran dengan mengamalkan konsep pengurusan strategik, pembestarian dan pendemokrasian pendidikan.
• Menjana pelajar ke arah memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.
• Memantapkan fizikal dan emosi pelajar menerusi aktiviti ko-kurikulum.
• Mengembangkan potensi pelajar dalam aktiviti agar mampu bersaing dalam era globalisasi.
• Menitis ilmu duniawi dan ukhrawi bagi melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, bertakwa dan berakhlak mulia.
• Memartabatkan ilmu untuk membangunkan diri, agama, masyarakat, alam sekitar dan negara.
• Menjana kepimpinan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Falsafah sekolah sunting

Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah, dan negara.

Organisasi sunting

Di bawah adalah berdasarkan fakta mengenai organisasi pentadbiran SMKA Al-Irshad yang terkini.

Jawatan Nama guru
Pengetua Tuan Haji Mohd Fazli bin Yunus
Penolong Kanan Pentadbiran Tuan Haji Marzuqi bin Ishak
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Md Sabri bin Shafie
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Sarah binti Mat Desa
Penolong Kanan Tingkatan 6 Cik Hjh Fauziah bt Ishak
Guru Kanan Bahasa Puan Norlilawati binti Mohd Noor
Guru Kanan Sains dan Matematik Puan Azizah binti Ismail
Guru Kanan Teknik dan Vokasional Puan Ruslina Binti Ramli
Guru Kanan Pendidikan Islam Tn. Hj. Mohd. Muslim bin Ibrahim@Othman
Guru Kanan Kemanusiaan Puan Hajah Noor Hayati binti Mahamood
Guru Kaunseling Tn. Hj. Shakir bin Aziz
Puan Norhashimah binti Ismail

Lagu sekolah sunting

  • Lagu sekolah SMKA Al-Irshad telah mula berkumandang pada tahun 2007. Lagu ini akan dinyanyikan selepas lagu Negaraku dan lagu negeri Pulau Pinang. Ustaz Muslim Bin Ibrahim bertanggungjawab dalam penciptaan lirik manakala alunan muzik oleh Encik Mohd Rosli Bin Saidin.

Rangkap 1
Al-Iman, Al-Iman asasunnajah,
Demi kejayaan bangsa,
Kami bersyukur pada Yang Esa,
Memberi nikmat tak terhingga.

Rangkap 2
Al-Iman, Al-Iman asasunnajah,
Demi Islam tercinta,
Kami berjanji akan berusaha,
Untukmu ma'ahadul Irshad.

Korus
Dugaan hidup kan ku tempuhi,
Berkat tabah iman di dada,
Tegakkan syiar panji-panji Islam,
Tegar hadapi cabaran.

(ulang Rangkap 2)

Rumah sukan sunting

Hanya 4 rumah sukan yang terdapat di SMKA Al Irshad. Rumah-rumah sukan tersebut ialah:

  • Ali (Merah)
  • Osman (Biru)
  • Abu Bakar (Hijau)
  • Omar (Kuning)

Kelas-kelas sunting

Terdapat 6 kelas setiap tingkatan kecuali tingkatan 6 rendah dan atas. Kelas-kelas tersebut ialah:

  • Al Farabi
  • Ar Razi
  • Ibn Rushd
  • Ibn Sina
  • Ibn Khaldun
  • Az Zahrawi
  • Bilik-bilik darjah Tingkatan 1, 4, 6 Atas dan 6 Rendah terletak di blok C & D. Kelas tingkatan 3 terletak di blok E dibawah pejabat sekolah. Kelas tingkatan 4 & 5 terletak di blok A & B.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad
Pokok Sena,13220 Kepala Batas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon : 6045731237
Fax  : 6045732415

Kejayaan-kejayaan / Pencapaian sekolah sunting

Kejayaan-kejayaan SMKA Al-Irshad dalam Akademik sunting

Pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2007, seramai 70 orang pelajar tingkatan 3 telah mencatatkan keputusan yang cemerlang dengan memperoleh 9A. 35 orang telah mendapat 8A dan menjadikan jumlah pelajar yang mendapat keputusan 9A dan 8A 105 orang. Ini adalah pencapaian yang agak memberangsangkan dan membanggakan pihak sekolah. Salah seorang daripada pelajar cemerlang 9A SMKA Al Irshad telah disenaraikan sebagai antara pelajar terbaik negeri Pulau Pinang dan kebangsaan iaitu Muhammad Firdaus Kasman. [perlu rujukan] SMKA Al-Irshad telah mendapat tempat pertama bagi PMR seluruh SMKA Malaysia pada tahun 2012. Seramai 104 pelajar yang berjaya mendapat 9A bagi tahun 2012. Pada tahun 2013, seramai 119 daripada 183 calon mendapat 9A dalam PMR, manakala 34 pelajar mendapat 8A sekali gus merupakan keputusan PMR kedua terbaik di Malaysia.

Seramai 3 orang berjaya mendapat 11A dalam Penilaian Tingkatan 3. (PT3) bagi tahun 2014. Bagaimanapun, keputusan itu kurang memuaskan. "Kami menghadapi masalah format peperiksaan yang baharu terutamanya Pendidikan Islam pada saat-saat akhir," ujar pengetua cemerlang Tn. Hj. Abdul Halim.

Pada tahun 2015 pula, seramai 40 orang pelajar berjaya mendapat keputusan cemerlang 11 A dalam Penilaian Tingkatan 3 (PT3), manakala seramai 32 orang berjaya memperoleh 10 A.

Pada tahun 2008 juga, SMKA Al-Irshad berjaya menjadi salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Pulau Pinang.

Pada tahun pertengahan Jun 2013 yang lalu, beberapa nazir untuk Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi telah datang ke SMKA Al-Irshad untuk melakukan pentaksiran. Pada Oktober 2013, SMKA Al-Irshad akhirnya iiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.

Kejayaan-kejayaan SMKA Al-Irshad di Peringkat Zon/Negeri/Kebangsaan/Antarabangsa sunting

- wakil Malaysia di Pertandingan Kuiz Science di Seoul, Korea 2008 - Amir Hafiz bin Salleh dan Norshahirah Abd Rahim

- Johan Debat Bahasa Arab Kebangsaan 2011 (Anugerah Pendebat Bahasa Arab Terbaik Kebangsaan : Ikmal Hakimi)

- Johan Anugerah NILAM Kebangsaan 2010 ( Tokoh NILAM Kebangsaan:Nur Adilla Abd Rahim )

- Johan Anugerah Pelajar Wanita Terbaik Kokurikulum Keseluruhan Kebangsaan 2010 (Nur Adilla Abd Rahim)

- Johan Pidato Piala Diraja Kebangsaan 2009 (Nur Adilla binti Abd Rahim) Guru Pembimbing Pn Hjh Fadzilah Zainal Abidin

- 2 murid terpilih ke Program Pertukaran Pelajar ke Jepun Program JENESYS 2010 iaitu Ahmad Omar dan Siti Nur Imtiyaz Abd Talib

- Tempat Pertama Terbaik PMR bagi kategori SMKA seluruh Malaysia 2012

- Johan Debat Bahasa Melayu 4 th MUSLEH International Students Debating Championship 2012 (4/7-8/7/2012) dibawah bimbingan Pn Zaiton Ahmad (Pendebat : Nur Afifah Mahjub, Luqmanul Hakim Abdul Razak, Anwar Farhan dan Asyraf Zawawi)

- Johan Kebangsaan Pertandingan "Kids in Business" 2012 anjuran Ernest & Young, BPK KPM dan British Council Malaysia dibawah bimbingan Pn Norlilawati Mohd Noor (Peserta: Aishah Farhah Adnan, Ain Suraya Ibrahim, Muhamad Muhaimin, Ieizzati )

- Seorang pelajar, Nurul Ain binti Abdul Rahim mendapat Sijil Kepujian Khas (Commended Certificate) 2011 bagi pertandingan Menulis Esei Antarabangsa anjuran Goi Peace Foundation, Japan dan UNESCO.

- Pn Norlilawati Mohd Noor terpilih dan memenangi biasiswa biayaan IREX, State Department USA program pertukaran Guru "International Leadership in Education" 4 Januari - 22 Mei 2011 di Northern Kentucky University, Kentucky, USA.

- Pn Norlilawati Mohd Noor sekali lagi terpilih mengikuti program pertukaran guru cohort pertama Program Korea-Malaysia Teacher Exchange Program (KOMTEP) anjuran APCEIU dan Kementerian Pendidikan Malaysia dari 9 September - 22 November 2014 di Howon Elementary School, Anyang-si, Korea Selatan.

- Aishah Farhah Adnan mendapat tempat saguhati peringkat Kebangsaan bagi Pertandingan Menulis Esei Scholastic Award 2012.

Antara kejayaan terbesar yang pernah dikecapi oleh SMKA Al-Irshad pada tahun-tahun yang lalu ialah dengan menjuarai Anugerah Seri Asrama Terbilang (ASAT)2007 peringkat kebangsaan dan kedua bagi Pertandingan Bahas peringkat kebangsaan. Dua lagi kejayaan SMKA Al Irshad ialah mendapat taraf Sekolah Kluster Kecemerlangan pada tahun 2009 dan New Deal dari KPM pada tahun 2012.

Pasukan Bahas Bahasa Inggeris SMKA Al Irshad telah mendapat tempat Ketiga Peringkat Pulau Pinang pada tahun 2011.[perlu rujukan]

Pasukan bola sepak bawah 14 tahun 2008 juga telah mencipta kejayaan setelah menjadi juara peringkat zon menentang SMK Teluk Air Tawar. Manakala pasukan bola sepak bawah 16 tahun pula, berjaya mendapat tempat ketiga selepas tewas kepada pasukan SMK Kampung Selamat pada peringkat separuh akhir.

Pada tahun 2011, pasukan bahas Bahasa Arab SMKA Al-Irshad berjaya memenangi tempat pertama pertandingan bahas Bahasa Arab peringkat kebangsaan anjuran KPM. Salah seorang daripada tiga pendebat (Muhammad Ikmal Hakim, dua yang lain ialah Nur Syahirah Abdul Rahim dan Nur Faizah Ramlee) telah berjaya menjadi pendebat terbaik bagi keseluruhan pertandingan debat itu.

Selain itu, SMKA Al Irshad juga mendapat tempat kelima peringkat kebangsaan bagi drama Bahasa Inggeris lantas menaikkan nama SMKA Al-Irshad sebagai satu-satunya sekolah agama yang memenangi pertandingan itu. SMKA Al-Irshad juga memenangi tempat kelima di dalam nasyid peringkat kebangsaan dengan menghantar kumpulan nasyid perempuan.

Pada tahun 2012, SMKA Al Irshad juga telah muncul sebagai Johan Pertandingan "KIDS IN BUSINESS" anjuran Ernst & Young, British Council dan Bahagian Perkembangan Kurikulum mengalahkan 30 buah sekolah lain dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak dan SBPI.SMKA Al Irshad telah berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 bagi hadiah tempat pertama. Proposal KIB boleh dilihat di halaman Scribd.com.

Bagi tahun 2014, SMKA Al-Irshad menjadi juara bagi Pertandingan Nasyid antara SBT peringkat kebangsaan dan Naib Johan bagi Nasyid Kebangsaan.

Penyertaan 3 orang pelajar dalam The World Scholar's Cup Global Round 2014 di Singapura (dari 23-27 Jun 2014) : Sek Men Perempuan Cina, Singapore (Debates dan Writing), Star Theater (Scholar's Challenge dan Scholar's Bawl), dan Pulau Sentosa (Group Scavenger) peringkat antarabangsa. Semenjak dari tahun 2014, SMKA Al Irshad telah menyertai Pertandingan World Scholar's Cup Regional Round di Balik Pulau, Pulau Pinang Malaysia.

SMKA Al Irshad juga telah memenangi pertandingan Innovation Challenge Competition 2015 tempat ke 2 dan menerima Gold Award bagi pertandingan inovasi di Universiti Perlis Malaysia tahun 2016 dibawah bimbingan Pn Ruslina Ramli.

Program / Aktiviti Sekolah sunting

-Program Pertukaran Pelajar Tg. 5 SMKA Yan Kedah dari 14-18 Julai 2014. Sebelum itu adalah Program Pertukaran Pelajar Tg. 2 dari SMK Bakti Tasek Gelugor 7-11 Julai 2014 bertempat di SMKA Al-Irshad. Pertukaran 2 orang pelajar dari SM Agama Acheh selama 2 bulan pada tahun 2015.

Bekas Pelajar Tersohor sunting

i) Dato' Ustaz Hj Shamsuri bin Hj Ahmad - Pendakwah dan penceramah agama terkenal di Pulau Pinang

ii) Dr. Badri Najib bin Zubir - Pensyarah dan bekas dekan, Kulliyyah ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan - KIRKHS, Universiti Islam Antarabangsa

iii) Prof. Madya Dato' Dr. Hj Mohd Asri bin Zainul Abidin - Mufti Perlis

iv) Tn Hj Shahidan bin Shafie - Pensyarah Universiti Sains Malaysia dan Pengerusi Alumni

v) Dato' Sri Hj. Mohammad Hizal Othman - CEO/Ketua Pegawai Eksekutif, Iktikad Raya

vi) YB. Dato' Shabudin Bin Yahaya (PJK) - Ahli Parlimen Tasek Gelugor

vii) Datuk Firdaus Ismail Al-Hafiz - Mantan Imam Besar Masjid Negara

viii) Tn Hj Ahmad Badrul bin Sani - Perunding dan Pemilik AMPAC, Moderator program TV al Hijrah

xi) Dr Mohd Sukki bin Othman (Universiti Pertanian Malaysia) - Penceramah Agama terkenal

x) Datuk Dzulkifli Ahmad - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM)

Pautan luar sunting

AL IRSHAD Islamic Secondary School Disediakan oleh Norlilawati MN & Alumni

2. Lagu sekolah (school official song) : https://www.youtube.com/watch?v=zhS8jvz1zlU