Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau atau nama ringkasnya SMKA Arau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Raja Syed Hassan dan merupakan salah sebuah sekolah agama di negeri Perlis

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau (TMUA)
Lokasi
 Malaysia Jalan Raja Syed Hassan, 02600, Arau,, Perlis Indera Kayangan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan , Sekolah kerajaan
Moto"ILMU IMAN AMAL"
Nombor sekolah6049861246
Kod sekolahRRA0001[1]
Pengerusi PIBGTuan Kamarul Azman Bin Yahaya
PengetuaTuan Haji Arpan Bin Shaari
GPK Pentadbiran dan Akademik-
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridTuan Haji Juhari Bin
Penolong Kanan KokurikulumPuan Mahanom Binti Mohamed
Faks6049861542
Laman sesawang
Map

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau memiliki 484 pelajar lelaki dan 288 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 772 orang. Ia mempunyai seramai 66 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada mula sekolah ini ditubuhkan ia dikenali sebagai “Al-Madrasah Al-Alawiyah Al-Diniah”.[2] Sekolah ini ditubuhkan atas daya usaha Jabatan Zakat dan Fitrah Perlis. Penubuhan sekolah telah dicadangkan oleh Raja Perlis ke IV iaitu Raja Syed Alwi ibni Al-Marhum Syed Saffi Jamalullail. Usaha pertama penubuhan sekolah ini berjaya setelah mendapat sebuah rumah sewa di Jalan Tuanku Syed Hussein, Arau. Sekolah ini dikenali sebagai ‘Madrasah Al-Arabiyah Al-Izmiyah’ yang telah diasaskan pada awal tahun 1353H (1933M).

Oleh sebab madrasah ini tidak dapat menampung bilangan penuntut yang semakin bertambah dari 20 orang kepada 40 orang pada tahun 1466H (1936M) bangunan baru telah didirikan. Bangunan bernilai RM29,000 ini dinamakan ‘Madrasah Al-Alawiyah Al-Diniah’ iaitu mengambil sempena nama ke bawah DYMM Al-Marhum Raja Syed Alwi Ibni Al-Marhum Syed Saffi Jamalullail. Sekolah ini telah berkembang begitu cepat sekali iaitu pada tahun 1956 bilangan pelajarnya meningkat ke angka 470 orang. Kemudian pada tahun 1977, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengambil alih sekolah ini daripada Pejabat Zakat dan Fitrah Perlis. Nama sekolah ini ditukar kepada ‘Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Alawiyah’.

Di bawah pentadbiran Kementerian Pendidikan Malaysia kemajuan sekolah ini meningkat dengan begitu cepat sekali. Ramai pelajar dari luar Perlis turut datang untuk belajar di sini. Memandangkan perkembangan yang begitu pesat bangunan baru bernilai RM4.5 juta telah dibina meliputi makmal sains, blok asrama, rumah guru dan rumah pekerja. Bangunan baru ini mula diduduki pada 27 Mei 1985. Prestasi pelajar SMKAA terus meningkat. SMKAA yang dimonopoli oleh pelajar putera telah menerima 8 orang pelajar puteri sulungnya dari Sekolah Menengah Agama Perempuan Kangar (SMKAPK) pada tahun 1992 dalam aliran Sains Tulen. Pada tahun 1996 nama sekolah ini sekali lagi telah ditukar kepada SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA ARAU.

Pengenalan sunting

VISI

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK SEKOLAH TERBILANG


MISI SEKOLAH

Untuk melahirkan pelajar yang berkualiti yang dapat menyumbang kepada pembangunan Islam, bangsa dan Negara berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara


MOTO SEKOLAH

"ILMU,IMAN DAN AMAL MENJANA KECEMERLANGAN SMKAA"

Pencapaian sunting

Pada tahun 2005, asrama lelaki (Aspura) telah mendapat Anugerah Asrama Harian Terbaik peringkat Kebangsaan tahun 2005. Penganugerahan ini dinilai dari segi aspek pengurusan masa pelajar,kebersihan, disiplin dan akademik pelajar. Pada tahun 2010, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia(PKBM) telah mendapat johan dalam Kem PKBM anjuran 504 Rejimen Askar Wataniah Bukit Keteri, 4 Rejimen Renjer Diraja (RRD) dan Rejimen Askar Jurutera. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia ini dianggotai seramai 33 orang pelajar dan seorang guru pelatih iaitu, En.Johari bin Madiah. Pada tahun 2011, kumpulan nasyid Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau, Al-Munawwar, telah mendapat tempat pertama dalam pertandingan nasyid peringkat negeri Perlis dan tempat ke-3 di peringkat kebangsaan pada tahun 2012.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau
Jalan Raja Syed Hassan
02600, Arau
Perlis, Malaysia
Telefon = 6049861246
Fax = 6049861542

Rujukan sunting

Pautan luar sunting