Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2 atau nama ringkasnya SMKA Matang 2, merupakan sebuah Sekolah menengah agama yang terletak di Km24 Jalan Matang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2
Lokasi
 Malaysia KM24 Jalan Matang, 93050, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah agama, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Beriman Beramal
Nombor sekolah+60 82-845018
Kod sekolahYRA1302
Pengerusi PIBGEncik Idzulkhairi bin Isa
PengetuaUstaz Rusli bin Che Mood
GPK Pentadbiran dan AkademikEncik Sidek bin Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridUstaz Mohd Asri bin Ibrahim
Penolong Kanan KokurikulumEncik Hafizzudin Abdullah
Faks+60 82-845029
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2 memiliki 228 pelajar lelaki dan 367 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 595 orang. Ia mempunyai seramai 50 orang guru.2009

Sejarah sunting

SEJARAH SMKA MATANG 2 KUCHING

SMK Agama Matang 2 ditubuhkan pada tahun 1985 di Gedong, Serian dengan nama SMK Agama Gedong berdasarkan lokasinya di daerah Gedong, Simunjan. SMK Agama Matang  2 ditubuhkan atas idea dan berkat usaha Timbalan Menteri Pendidikan pada masa itu, Allahyarham (YB.) Tuan Haji Bujang bin Haji Ulis. SMK Agama Matang 2 pada ketika penubuhannya menumpang di SMK Gedong.  Pengetua pertama SMKA Matang 2 ialah Encik Wan Mohd Madehi Bin Wan Ali, manakala Penolong Kanan pula ialah Ustaz Bujang Kassim bin Hj. Magu. Pada peringkat awal penubuhan, hanya terdapat 6 orang tenaga pengajar tidak termasuk Pengetua dan Penolong Kanan serta dibantu oleh seorang kerani, 4 orang pekerja am dan seorang pembantu pejabat. Enrolmen murid pada ketika itu hanya 60 orang sahaja, kemudian meningkat menjadi 90 orang.

Memang adat menumpang, fizikal dan prasarana sekolah pada ketika penubuhannya amatlah daif dan menyedihkan. Prasarana pendidikan yang mewakili SMKA Matang 2 pada ketika itu hanyalah  terdiri daripada 3 buah bilik kelas, sebuah makmal dan sebuah bilik lagi digunakan sebagai pejabat Pengetua dan kerani sekolah. Setelah lebih kurang setahun menumpang di SMK Gedong, SMKA Matang 2 telah dipindahkan secara menumpang kali kedua di SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab (SMKA SHOAW) yang ditubuhkan pada tahun 1976 dan juga merupakan SMKA pertama di Sarawak. Ketika menumpang di sinilah, nama SMKA Matang No. 2 diguna pakai disebabkan SMKA SHOAW sebelum bertukar nama pada 29 Mei 1978 menggunakan nama Sekolah Menengah Kerajaan Matang. Hal ini kerana, untuk mengelakkan kekeliruan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat pada ketika itu.

Memandangkan hidup menumpang di tempat orang menimbulkan pelbagai kerenah dan mehnah, jadi tanggal 20 Julai 1992, Pengetua SMKA Matang 2 pada ketika itu, Encik Ahmad bin Sabu telah membuat keputusan untuk berpindah ke tapaknya sendiri di Km 24, Jalan Matang yang berkeluasan 43 ekar bersebelahan institusi pengajian tinggi awam, iaitu Politeknik Kuching. Setelah berpindah ke 'rumah baru' yang nyaman dan tenang di lembah Gnung Serapi, SMKA Matang No.2 telah mengguna pakai nama SMKA Matang 2 (berdasarkan nama terdaftar) walau pun nama SMKA Matang No.2 tertera pada logo rasminya. Walau bagaimanapun, logo rasmi sekolah telah mengalami tiga kali perubahan. Ketika Allahyarham Ustaz Haji Deraman bin Abdullah (Pengetua Keempat) menerajui SMKA Matang, beliau telah 'menghilangkan' No.2 dan menggunakan nama SMKA Matang sahaja kerana bagi beliau biarlah hanya ada sebuah sahaja SMKA Matang  dan jangan sentiasa menduduki tempat kedua sampai bila-bila.

Walau bagaimanapun, Ustazah Seraya binti Sulaiman (Pengetua Kesembilan) telah mengembalikan nombor 2 ketika menerajui SMKA Matang kerana berdasarkan nama sepatutnya yang terdaftar ketika penubuhannya. Cikgu Abdul Rahim bin Hj. Abol telah dipertanggungjawabkan untuk menambahbaikkan nama pada logo sekolah dengan nama SMKA Matang 2. Walaupun demikian, apapun nama yang digunakan tetap masih merujuk kepada entiti pendidikan agama kedua tertua yang tempat 'tumpah darahnya' di daerah Gedong, Simunjan selain peranannya sebagai SMKA tetap menyerlah dalam membentuk modal isan di Bumi Kenyalang.

Setelah 31 tahun usianya, seramai 10 orang pengetua telah menerajui SMKA Matang 2. Mereka ialah :

1.          Encik Wan Mohd Madehi bin Wan Ali

2.          Encik Ahmad bin Sabu

3.          Tuan Haji Anuar bin Hj. Daud

4.          Allahyarham Ustaz Haji Deraman bin Abdullah

5.          Allahyarham Ustaz Haji Alias bin Karim

6.          Ustazah Lailawati binti Ahmad

7.          Ustaz Haji Roslan bin Abu Hassan (sekarang menjadi Timbalan Pengarah BPI, KPM)

8.          Ustaz Roslan bin Mohd Saini

9.          Ustazah Seraya binti Sulaiman,

10.       Ustazah Siti Zulaiha binti Hj. Ibrahim, dan, pengetua terkini,

11.       Ustaz Rusli bin Che Mood.


Pada 14 Jun 2006, lagu "Kau Di Puncak Gemilang" telah dijadikan lagu rasmi sekolah oleh Pengetua yang keenam iaitu Ustazah Lailawati binti Ahmad. Lirik lagu telah ditulis oleh Saudara Khairul Rahman bin Morshidi (murid SMKA Matang) dan lagu digubah oleh Encik Latif bin Poli seorang pensyarah di Maktab Perguruan Tun Abdul Razak (sekarang ini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak).

Ketika (dikemas kini pada 11 Ogos 2021) pensejarahan SMKA Matang 2, sekolah ini beroperasi dengan satu sesi persekolahan dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5  dengan bilangan guru seramai 45 orang, manakala bilangan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) pula seramai 20 orang. Sementara itu bilangan pelajar pula seramai 557 orang yang semuanya menghuni asrama. Pengetua yang menerajui SMKA Matang 2 sekarang ialah Ustaz Rusli bin Che Mood mantan Pengetua SMK Sg. Paoh Sarikei.

Ironinya, walaupun kini telah dikenali sebagai SMKA Matang 2 dan nama asal ketika penubuhannya iaitu SMK Agama Gedong semakin menghilang di bibir masyarakat tetapi hakikat kewujudannya masih terpahat utuh dan tidak sirna di hati anak didik dan guru yang telah bertuah menuntut ilmu dan menabur bakti ketika awal penubuhannya. Semoga para guru yang telah awal meninggalkan kita akan mendapat kurniaan yang tinggi daripada-Nya.

Amin.

Wallahua'lam

Pak Ngah

Diterbitkan Pada : 26/11/2016

Dikemaskinikan Pada 11/08/2021

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Matang 2
Km24 Jalan Matang
93050, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon : 6082845018
Faks  : 6082845029

Pautan luar sunting