Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau atau nama ringkasnya SMK Bahau, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 3, Jalan Rompin.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau
Lokasi
 Malaysia Km 3, Jalan Rompin, 72100, Bahau,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu Berdisiplin Berbakti
Nombor sekolah6064541232
Kod sekolahNEA6001
PengetuaEn. Anuar bin Tahar
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Latifah binti Mansor
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Zamri bin Ismail
Penolong Kanan KokurikulumUnknown
Faks6064542549
Map


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau memiliki 467 pelajar lelaki dan 459 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 926 orang. Ia mempunyai seramai 68 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau terletak di Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lokasinya terletak di Jalan Rompin, kira-kira 3 kilometer dari pekan Bahau. Terdapat ladang getah dan ladang kelapa sawit disekitar sekolah ini. Pada mulanya sekolah ini menumpang di bangunan Sekolah Kebangsaan St. Aidan di Bahau. Pentadbirannya adalah dibawah kelolaan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Mansor. Pada 13 Mac 1982, pentadbiran sekolah telah diambil alih oleh En. Mohd Hamiyan bin Abdul Hamid selaku Pengetua pertama. Pada peringkat awal penubuhan sekolah ini telah dibuka dengan 13 orang guru Dan 315 orang pelajar tingkatan peralihan tingkatan satu. Pelajar-pelajar sekolah ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu melayu, cina, orang asli Dan India. Pelajar-pelajar sekolah ini datang dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil di ladang-ladang sekitar Bahau, Sekolah Kebangsaan St. Aidan, Sekolah Kebangsaan Rompin Dan Sekolah Kebangsaan Tunku Muda Serting. Pada 1 September 1982, sekolah ini telah berpindah ke bangunanya Yang terletak di Jalan Rompin. Sekolah ini dibina di atas tapak seluas 15 ekar termasuk padang permainan. Dua aliran telah diperkenalkan pada awal tahun 1984 iaitu aliran perdangangan Dan aliran teknik/sains rumahtangga. Pengetua pada masa itu ialah En. Shamsuddin bin Abdul Ghani. Pada awalnya, sekolah ini hanya terdiri daripada Blok A,B,C,D dan E sahaja. Blok F dibina pada tahun 1989. Blok G pula didirkan pada tahun 1990. kemudahan-kemudahan ini memberi keselesaan kepada guru-guru dan para pelajar untuk melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Pada tahun 1993, sekali lagi wajah sekolah ini berubah apabila blok Kemahiran Hidup yang baru, Makmal Sains Tulen dan bangunan Sains Pertanian dibina. Ini telah memudahkan warga sekolah terutamanya pelajar yang berkelayakan memasuki Aliran Sains Tulen. Pada tahun 1987, En. Chong Chin Sang telah menggantikan En. Shamsuddin sebagai pengetua sehingga tahun 1992. Kemudian En. Kwan Ken Kwek pula menerajui Sekolah ini senhingga akhir tahun 1997. Sekolah ini telah dinaik taraf ke gred A pada tahun 1998. En. Othman Daud menjadi pengetua untuk lima bulan kerana dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Seremban/ Port Diskson. Pn. Salma binti Mustafa menjadi pengetua sehingga 15 Disember 2000 dan digantikan oleh Pn Hjh. Naemah binti Mohd Sahib sehingga 15 Ogos 2001. Selepas itu, Tn. Hj. Adnan bin Yasin berkhidmat sebagai pengetua sekolah ini sehingga 30 Disember 2004. Pada tanggal 1 Januari 2005, En. Cheah Lef Ngah pula mengambil alih teraju utama sekolah. untuk jangka masa dua bulan selepas En. Cheah meninggalkan SMK Bahau untuk mengemudi SMK Desa Puteri, Pn Hajjah Kamilah binti Salleh mengambil alih tampuk jawatan pengetua. Sejak Pn. Hjh Kamilah bertukar ke SMK Teriang Hilir, jawatan pengetua disandang oleh En. Paramasivam a/l Manickan. Beliau bersara pada 31hb. Disember 2011 dan diambil alih oleh En. Vellan a/l Raman mulai 1 Januari 2012 sehingga 18 September 2015. Perpindahan En. Vellan ke SMK Samsudin Nain,Rantau telah diganti oleh Encik Ab. Rahob bin Zakaria mulai 28 September 2015. Beliau telah dipindahkan ke SMK Datuk Mansor pada 16 Oktober 2017. Jawatan tersebut telah diambil alih oleh Encik Adli Teo Koon Leong untk menyambung perjuangan memacu kegemilangan SMK Bahau kearah yang lebih cemerlang hingga April 2020. Mulai 15 Mei 2020, SMK Bahau diterajui oleh Encik Anuar bin Tahar selaku pengetua ke 16 hingga sekarang.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bahau
Km 3, Jalan Rompin
72100, Bahau
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6064541232
Fax = 6064542549

Pautan luar sunting

  • www.smkb.edu.my