Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali atau nama ringkasnya SMK Bandar Baru Batang Kali, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali. Sekolah ini tergolong di dalam sekolah Terbaik Kokurikulum di dalam Daerah Hulu Selangor.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
Lokasi
 Malaysia Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kerajaan
MotoBerilmu. Berdisiplin. Beramal.
Nombor sekolah03 60573820
Kod sekolahBEA5069[1]
PengetuaHanishah bt. Mohd
GPK Pentadbiran dan AkademikJamilah bt. Sulaiman
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridZainudin B. Che Sab
Penolong Kanan KokurikulumZainudin B. Bikum
Faks03 60573516


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali memiliki 907 pelajar lelaki dan 884 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1791 orang. Ia mempunyai seramai 111 orang guru.2009

Pada 2022, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali telah didatangi oleh pelajar tingkatan 1 ( batch 09 ) seramai 298 orang. Sesi pemilihan pengawas tingkatan 1 telah di buat dan mendapatkan 40 orang pengawas tingkatan 1.

sebelum 2020 Tingkatan 1 Tingkatan 2 Tingkatan 3 bermula 2021 (Untuk Tingkatan 4) Tingkatan 4 Tingkatan 5 Peralihan
Zamrud 1 Setia 2 Setia 3 Setia STEM Sains Tulen 4 Sains Tulen 5 Setia Inspirasi
Amanah 1 Etika 2 Etika 3 Etika STEM Grafik Komunikasi Teknikal 4 Grafik Komunikasi Teknikal 5 Etika -
Bestari 1 Mahir 2 Mahir 3 Mahir Perakaunan 4 Akaun 5 Mahir -
Cekal 1 Bakti 2 Bakti 3 Bakti STEM Sains Sukan 4 Sains Sukan 5 Bakti (Geografi) -
Dedikasi 1 Adil 2 Adil 3 Adil Ekonomi 4 Ekonomi 5 Adil -
Ehsan 1 Kualiti 2 Kualiti 3 Kualiti Perniagaan (Biz) 4 Perniagaan 5 Kualiti (Biz 1) -
Fatanah 1 Aktif 2 Aktif 3 Aktif Pendidikan Seni Visual 1 4 Pend Seni 1 5 Aktif (Biz 2) -
Gigih 1 Dinamik 2 Dinamik 3 Dinamik Tasawwur 4 Tasawwur 5 Dinamik -
Harmoni 1 Inovatif 2 Inovatif 3 Inovatif Pendidikan Seni Visual 2 4 Pend Seni 2 5 Inovatif (Pend Seni) -
Ikhlas 1 Hebat 2 Hebat 3 Hebat STEM Sains Rumah Tangga 4 Sains Rumah Tangga 5 Hebat -
Jujur 1 Amal 2 Amal 3 Amal Vokasional 4 PVMA 5 Amal -
Kreatif - - - - - -
- - - - - -

Sejarah sunting

Pada tahun 2002, 9 buah kelas lagi dibuka untuk Tingkatan 1 dan 3 kelas Tingkatan 4. Pelajar-pelajar Tingkatan 4 dipindahkan daripada SMK Syed Mashor dan pelajar sekolah lain yang tinggal berdekatan kawasan sekolah. Sekolah menerima guru-guru baru yang bertukar dari sekolah-sekolah lain dan sehingga November 2002, seramai 47 orang guru berkhidmat di sekolah ini serta pelajar berjumlah 611 orang. Pelbagai prasarana berjaya dilengkapkan seperti padang bola, Pusat Sumber Sekolah, Bilik Bimbingan & Kaunseling, bilik guru, bengkel-bengkel Kemahiran Hidup serta stor sukan sesuai dengan pertambahan bilangan guru dan pelajar.

Pada tahun 2003, bilangan guru berjumlah 69 orang dan jumlah pelajar keseluruhannya ialah 1148 orang.

Pada 14 Januari 2011, Pn. Rohaini bt. Hayon telah meletak jawatan sebagai pengetua SMKBBBK dan majlis porsaraan diadakan untuk mengenang jasa dan mengucapkan selamat tinggal kepada beliau yang telah menjadi pengetua sekolah ini selama 10 tahun.

Pada 22 Jun 2011, Tn Hj. Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim mula menjawat sebagai pengetua SMKBBBK yang baru.


Pada tahun 2022, Seorang Pengawas sesi petang iaitu pengawas tingkatan 1, Nur Hafiz Affandi Shah b. Mohd Aizol telah membolot 3 Anugerah secara serentak dalam Majlis Anugerah Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum SMK BANDAR BARU BATANG KALI.

Anugerah yang diperoleh Oleh murid ini seperti Kehadiran penuh akademik , kehadiran penuh 100% Kokurikulum dan Anugerah Penghargaan Kepimpinan Murid. Sekali gus menobatkan murid paling cemerlang Hal Ehwal murid sesi petang bersama murid yang bernama Mohamad Nornashrin bin Mohd Fazdlee pada tahun 2022.

Pada tahun 2023 juga Nur Hafiz Affandi sekali lagi mengekalkan gelaran murid paling cemerlang Hal Ehwal murid sesi petang bgi tahun 2023/24 dengan anugerah yang diperoleh pada tahun 2023 seperti Kehadiran penuh 100% Kokurikulum Murid, Anugerah nilam, dan Anugerah Pemimpin Harapan murid. Ia menunjukkan murid ini adalah permata dan pelapis di SMKBBBK atau lebih dikenali sebagai SEMBAKA.

Pencapaian sunting

Pada April 2008, pelajar-pelajar dari 3 buah kelas iaitu Tingkatan 1 Amanah, 1 Bestari dan 1 Cekal telah menyertai pertandingan choral speaking peringkat daerah. Guru jurulatih ialah Pn. Norsyimah bt. Neimat yang juga merupakan Pn. Penyelia Sesi Petang. Dengan latihan selama beberapa hari, mereka yang juga wakil kepada SMK Bandar Baru Batang Kali berangkat ke lokasi pertandingan tersebut di SMK Taman Bunga Raya 1, Bukit Beruntung, Selangor. Hasilnya, SMK Bandar Baru Batang Kali telah mendapat tempat ketiga pertandingan choral speaking peringkat daerah tahun 2008.

Pada 22 Julai 2011, Tuan Pengetua, Tn Hj. Wan Mohd Tahir bin Wan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai 'Ayahanda' telah mengadakan 'Kem Jati Diri 1Malaysia' untuk Tingkatan Empat dari pelbagai kaum. Sepanjang tiga hari kem ini dijalankan, pelbagai aktiviti lasak untuk menguji ketahanan fizikal dan mental peserta.

Semenjak pembukaannya, sekolah ini cemerlang dalam pencapaian kokurikulum di daerah Hulu Selangor. Sekolah ini banyak mencungkil bakat anak muda dalam bidang kokurikulum dan sering memenangi pertandingan sukan di peringkat daerah mahupun negeri. Namun begitu, pencapaian dalam bidang akademik juga turut dititikberatkan. Pelajar-pelajar cemerlang turut dilahirkan untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali
Selangor, Malaysia
Telefon = 360573820
Fax = 360573516

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Akaun Facebook Rasmi Sekolah

https://m.facebook.com/profile.php?id=205136009532333&ref=content_filter