Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah atau nama ringkasnya SMK Bukit Indah atau lebih dikenali sebagai SEMINDA, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor. Luas sekolah ini beranggaran 33,960 m² atau 3.4 hektar

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah
Lokasi
 Malaysia Taman Bukit Indah, 68000, Ampang, Selangor
Malaysia
Maklumat
Nama lainSEMINDA
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Beramal, Berwawasan
Autoriti pendidikanPPD Gombak
Nombor sekolah03-342964989
Kod sekolahBEA4619[1]
PengetuaEncik Mohamad Salleh Jamaludin
Kelas40
Kawasan33,960 m²
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Megawati binti Ali
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Ani Ismail
Penolong Kanan KokurikulumPuan Solah Hiyah binti Mohd Idris
Faks03-342965157


Sekolah ini mula ditubuhkan pada 1999. Pn Arfah binti Abd Rahmah merupakan pengetua pertama sekolah ini sehingga perpindahan beliau pada tahun 2009. Jawatan pengetua kemudiannya disandang oleh En Sajoli Bin Masdor pada tahun 2010.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah memiliki 695 pelajar lelaki dan 654 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1349 orang.2009 Ia mempunyai seramai 79 orang guru.2010

Pada 1 Mac 2021, SMKBI menerima pengetua yang baharu iaitu, Tuan Mohamad Salleh Bin Jamaludin.

Infrastruktur sunting

Sekolah ini mempunyai 5 blok bangunan (4 blok sekolah, iaitu Anggerik, Bakawali, Cempaka dan Dahlia serta satu bangunan makmal komputer), mengandungi 40 buah kelas, 6 buah makmal sains, 6 buah bengkel RBT, sebuah bilik seni, sebuah bilik kesihatan, sebuah bilik guru, pejabat sekolah, pusat sumber sekolah, kantin, surau kecil, 2 musollah guru, 3 dewan (Dewan SEMINDA, Dewan Amal dan Dewan Ar-Razi) serta 10 bilik-bilik khas dan kemudahan-kemudahan asas. Untuk memudahkan pergerakan warga SEMINDA, 9 aliran tangga disediakan.

Untuk aktiviti kesukanan, sekolah ini mempunyai padang serbaguna (bola sepak, hoki, lapangan memanah, ragbi dan olahraga) yang beranggaran 12,300 m² atau 1.23 hektar, lapangan golf, gelanggang serbaguna (futsal dan bola tampar), gelanggang bola keranjang, 4 set gelanggang badminton dan sebuah bilik gym.

Keunikan sekolah sunting

Sejak tahun 2010, beberapa pembaharuan telah dilaksanakan oleh pengetua SEMINDA, En Sajoli bin Masdor. Antaranya ialah:

Padang Golf sunting

SEMINDA merupakan sekolah pertama di negeri Selangor yang membina padang golf. Kerja asas pembinaan padang golf yang membabitkan pembelanjaan sebanyak RM 10,000 melalui usaha PIBG dan sokongan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor. Kos pembinaan padang ini juga disumbangkan oleh badan koporat dan penggemar sukan golf. Keluasan padang golf ini seluas 2.2 Hektar dan diubahsuai menjadi lapangan golf lima lubang. Projek pembinaan padang ini dimulakan pada awal 2010 dan siap pada bulan Julai 2010. Padang golf ini digunakan oleh Kelab Golf Seminda sebagai sebahagian daripada aktiviti kelab.

Penanaman Nenas sunting

Hasil daripada cetusan idea Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SEMINDA, Pn Raja Norhanizah binti Raja Shahminan, projek penanaman nenas telah dijalankan. Projek ini dilaksanakan sebagai usaha mewujudkan persekitaran sekolah yang dikelilingi oleh taman botani. Sebanyak 900 pokok nenas telah ditanam disekeliling pagar sekolah dengan keluasan seluas hampir 1000 meter persegi dengan kerjasama Prof Madya Dr. Mohammad Selamat, Ketua Unit Biji Benih MARDI Serdang.

Sukan sunting

Sekolah ini mempunyai 5 buah rumah sukan yang dinamakan berdasarkan jenis-jenis batu unik. Antaranya:

  • Nilam (Biru)
  • Mutiara (Ungu)
  • Delima (Merah)
  • Zamrud (Hijau)
  • Topaz (Kuning)

Kesemua rumah sukan ini beraksi ketika Merentas Desa dan kemuncaknya pada Sukan Tahunan dalam usaha untuk melahirkan atlet baru.

Kelas sunting

Sekolah ini mempunyai 8 kelas untuk tingkatan 1 hingga 3, iaitu:

1. Mumtaz

2. Arif

3. Bestari

4. Cemerlang

5. Dedikasi

6. Gemilang

7. Inovatif

8. Jujur

Bagi melayakkan diri untuk memasuki kelas Mumtaz, iaitu kelas agama Islam, murid tingkatan 1 yang beragama Islam dihendaki menduduki ujian. Murid yang berjaya memasuki kelas Mumtaz akan kekal di kelas tersebut sepanjang sesi menengah rendah. Kelas Mumtaz akan mempelajari subjek tambahan yang tidak dipelajari oleh kelas lain, iaitu Kemahiran Al-Quran dan Bahasa Arab.

Tingkatan 4 dan 5 juga mempunyai 8 kelas, iaitu:

1. Sains (SN)

2. Sains Kejuruteraan (SK)

3. Perakaunan 1 (AK1/PA1)

4. Perakaunan 2 (AK2/PA2)

5. Ekonomi (EKO)

6. Tasawwur (TWR)

7. Pendidikan Seni Visual 1 (PSV1)

8. Pendidikan Seni Visual 2 (PSV2)

Pencapaian sunting

Akademik sunting

Dalam keputusan PMR 2009 yang lalu, seramai 39 orang pelajar telah mencapai keputusan semua A. Matapelajaran yang mencapai peratusan lulus terbaik ialah Kemahiran Hidup Bersepadu dan Bahasa Cina dengan masing-masing 100%.

Dalam keputusan SPM pula, seorang pelajar telah mencapai keputusan 10A+ iaitu Grace Gan Oon Bee. Matapelajaran yang mencapai peratusan lulus terbaik ialah Biologi, Bahasa Tamil dan Kesusasteraan Tamil (100%). Grace Gan Oon Bee telah dipilih sebagai Permata SEMINDA dalam Majlis Anugerah Cemerlang 2010.

Ko-kurikulum sunting

1. Menjadi johan peringkat sekolah daerah Gombak dalam pertandingan bola sepak bawah-15 tahun pada tahun 2002, di SMK Sungai Pusu dan pada tahun 2018.

2. Menjadi naib juara peringkat sekolah daerah Gombak dalam pertandingan hoki bawah-15 tahun pada tahun yang sama, 2002. Pertandingan diadakan di Stadium Hoki Jalan Duta.

3. Menjadi naib juara peringkat sekolah daerah Gombak dalam pertandingan Ragbi bawah 15 dan 18 pada tahun 2008 dan 2010 di SMK Gombak Setia dan SMK Sungai Kertas, Gombak.

Identiti Sekolah sunting

Visi sunting

"Sekolah Unggul Menjana Generasi Terbilang Menjelang 2015"

Misi sunting

"Membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti"

Piagam Sekolah sunting

Kami warga SMK Bukit Indah berikrar secara kolektif untuk merealisasikan pendidikan berkualiti demi kecemerlangan pelajar. Menyemai budaya mulia, semangat kekitaan di kalangan guru dan kakitangan sekolah. Peka dan prihatin terhadap gejala teguran dan pandangan demi kecemerlangan pendidikan. Menjalin hubungan terpuji dikalangan guru, ibu bapa dan masyarakat setempat demi pembangunan pendidikan di peringkat sekolah.

Lagu Sekolah sunting

SMK Bukit Indah
Mendukung cita wawasan
Nilai diri diutamakan
Nilai murni dijadikan amalan

Maju jaya segala lapangan
Taat setia pada agama
Bersatu hati bekerjasama
Demi kepentingan Negara

Berilmu, Beramal, Berwawasan
Sebagai panduan
Beikrar kearah kejayaan
Di bidang pendidikan

SMK Bukit Indah
Mendukung cita wawasan
Namamu tetap jadi sebutan
Untuk kejayaan masa depan


Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Indah
Taman Bukit Indah
Selangor, Malaysia
Telefon = 03-342964989
Fax = 03-342965157

Rujukan sunting

Pautan luar sunting