Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana atau nama ringkasnya SMK Bukit Saujana, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Km 7, Jalan Pantai, Bagan Pinang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana
Lokasi
 Malaysia Km 7, Jalan Pantai, Bagan Pinang, 71050, Port Dickson,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah KRK dan DLP
Nombor sekolah6066471598
Kod sekolahNEE2068
Pengerusi PIBGPuan Arah Binti Abu Bakar
PengetuaTuan Ahmad Jais Bin Ahmad
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Nuri Binti Yahaya
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEncik Muhammad Bin Wahid
Penolong Kanan KokurikulumPuan Rafidah Binti Abdul Aziz
Faks6066464786
Map


Pada tahun 2018, Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana memiliki lebih kurang 800 orang pelajar secara keseluruhan. Putra Putri tersebut dididik oleh 70 orang guru.

Sejarah sunting

Tanggal 1 Februari 1972, sekolah ini mula ditubuhkan dan dikenali sebagai Sekolah Inggeris di bawah pimpinan pengetuanya Encik R.Visvanathan.Pada tahun 1975, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baharu di mukim Si Rusa,dibawah pentadbiran pengetua baharunya, En.Atma Singh dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Si Rusa.Pada awalnya, sekolah ini hanya mempunyai 18 buah bilik darjah, tiga buah makmal, sebuah bilik guru, perpustakaan dan pejabat serta sebuah blok untuk bengkel seni perusahaan. Bilangan pelajarnya ialah 350 orang dan gurunya seramai 12 orang.

Pada tahun tersebut, pelajar-pelajarnya mengambil peperiksaan LCE buat kali pertama dan mencapai kelulusan 75%, satu pencapaian yang agak baik bagi sebuah sekolah baru.Kelas tingkatan 4 bermula pada tahun 1991 dan serentak itu, namanya berubah kepada Sekolah Menengah Si Rusa.Pada tahun 1997, bersempena sambutan jubli perak, sekolah ini sekali lagi telah menukarkan namanya kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana kerana faktor kekeliruan dengan Sekolah Kebangsaan Si Rusa dan juga kerana letaknya di atas bukit menghadap ke arah laut dan saujana mata menandang.

Pencapaian sunting

Keputusan PT3 pada tahun 2015 menyaksikan seramai 3 orang pelajar dari SMK Bukit Saujana berjaya mendapat 9A manakala 9 Dan 11 orang mendapat 8A Dan 7A

Bagi keputusan SPM 2015 pula, 2 orang pelajar berjaya mendapat Straight A iaitu 9A, 4 orang pelajar mendapat 7A dan 4 orang pelajar mendapat 6A.

Pada 2017 keputusan PT3 mencatat rekod dengan 2 orang pelajar mendapat 10A dan 9A manakala 2 orang bagi pencapaian 8A dan 9 orang dengan keputusan 7A dan 6 orang mendapat 6A.

Dalam bidang kokurikulum pula,SMKBS boleh dikatakan mempunyai rekod pencapaian kokurikulum yang agak cemerlang Dan sering mendapat tempat dalam pelbagai acara Dan pertandingan yang dipertandingkan. SMKBS berjaya mendapat tempat Naib Johan Keseluruhan di dalam Kejohanan Balapan Dan Padang Peringkat Daerah MSSD 2017.

SMKBS juga berjaya mendapat kedudukan johan, naib johan dan ke 3 di dalam pertandingan Bola Jaring, Memanah, Perahu Layar, Saintis Muda, Tenpin Boling, Public Speaking, Coral Speaking, Bicara Berirama, Tenis, Puisi, Catur, Catur Qiang Xi, kawad kaki Kadet Polis Dan KRS.

Selain itu, SMKBS juga telah dinobatkan sebagai PD Win School oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana
Km 7, Jalan Pantai, Bagan Pinang
71050, Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066471598
Fax = 6066464786

Pautan luar sunting