Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya


Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya (SMKC) ialah sebuah sekolah menengah yang terletak di Cyberjaya, Selangor, yang bersebelahan dengan Sekolah Kebangsaan Cyberjaya dan berdekatan dengan Universiti Multimedia. Ia dibina di daerah Sepang, Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya merupakan sekolah berkonsepkan Sekolah Ceria berasaskan IT dan mula beroperasi pada 14 Jun 2004 dengan 4 orang murid, 21 orang guru yang diketuai oleh Pengetua Perintis, Tn. Hj. Salehuddin bin Abd. Rasid dibantu oleh Pn. Hjh. Hamidah bt. Said selaku Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Habshah bt. Mohamad selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dan En. Jeyem Thiram a/l Maniam selaku Penolong Kanan Kokurikulum

Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya
Lokasi
 Malaysia Persiaran Fauna 2, Zon Flagship 2, CYBERJAYA, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoSentiasa Menuju Ke Arah Cemerlang
Nombor sekolah383188088
Kod sekolahBEA9609[1]
Pengerusi PIBGEn Rushdan bin Mohamed
PengetuaPuan Nurul Aini Chan binti Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Che Supiah binti Che Awang
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Aslaniah binti Jamali
Penolong Kanan KokurikulumPuan Rosnah binti Sarip
Faks383183588
Sila klik untuk gambar sekolah di Peta Google

Merangkumi kawasan seluas 11 ekar, SMK Cyberjaya terletak di dalam kawasan yang diwartakan sebagai Koridor Raya Multimedia. Malah SMK Cyberjaya merupakan sebahagian daripada pelan tersebut. Pada peringkat awal sekolah ini merupakan sekolah bestari "Level A" tetapi diubah menjadi sekolah Ceria IT. Bersesuaian dengan konsep tersebut, SMK Cyberjaya dibekalkan dengan peralatan dan kemudahan yang canggih.

SMK Cyberjaya dilengkapi dengan infrastruktur dan kemudahan berikut :

  • dewan
  • surau
  • bangunan pentadbiran
  • 5 blok akademik yang mengandungi 36 buah kelas yang setiap satunya boleh menampung 36 orang murid
  • sudut membaca, pusat sumber
  • 3 buah makmal komputer
  • bengkel-bengkel kemahiran hidup
  • bilik "Self Access Centre"
  • bilik Bimbingan dan Kaunseling
  • bilik muzik
  • 175 buah komputer serta Internet Percuma (Yes 4G)
  • bilik kesihatan dan pergigian
  • koperasi sekolah
  • kantin
  • bilik SPBT
  • tempat menunggu bas berbumbung

Enrolmen murid yang bermula dengan hanya 4 orang murid, kini telah mencecah 1064 orang. Pengetua Kedua, Puan Fuziah bt. Mahmood menggantikan Pengetua Perintis bermula September 2007 sehingga 16 Disember 2012. Bermula 17 Disember 2012 SMK Cyberjaya diterajui oleh Pn. Hjh Norma binti Daud. Pada tahun 2014, Puan Ng Sie Fong diamanah sebagai pengetua sehingga 2015 apabila digantikan oleh Puan Nurul Aini Chan binti Abdullah.

Moto Sekolah sunting

Sentiasa Menuju Ke Arah Cemerlang

Visi Sekolah sunting

SMK Cyberjaya Cemerlang dan Gemilang

Misi Sekolah sunting

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara

Lencana Sekolah sunting

Mewakili 6 Tonggak Kecemerlangan sunting

  • Cemerlang Pentadbiran
  • Cemerlang Kurikulum
  • Cemerlang Kokurikulum
  • Cemerlang Sahsiah
  • Cemerlang Keceriaan
  • Cemerlang Komuniti

Warna Lencana sunting

  1. Kuning - Keagungan dan Ketinggian Martabat sekolah
  2. Biru - Keharmonian
  3. Hijau - Kesuburan dan lambang sekolah ini dibina di atas tapak Program Buku Hijau
  4. Ungu - Merupakan warna rasmi Sekolah Bestari Malaysia

Senarai Guru Besar sunting

  • Encik Md. Salehuddin bin Abd Rasid (2004-2006)
  • Puan Fuziah binti Mahmood (2006-2012)
  • Puan Hjh Norma binti Daud (2012-2014)
  • Puan Ng Sie Fong (2014-2015)
  • Puan Nurul Aini Chan (2016-sekarang)

Pencapaian Sekolah sunting

  • 2006
    • Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sepang
    1. Lelaki bawah 15 tahun (Ketiga)
    • Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Sepang
    1. Hafazan (Johan)
    2. Syarahan Perempuan (Naib Johan)
    3. Tilawah Al-Quran (Naib Johan)
  • 2011
    • Kejohanan Tenpin Boling MSSD Sepang
    1. Perempuan Bawah 15;
  • Perseorang :
  *Nur Amira (2 KRK)
  • Berpasukan :
  *Johan
    1. Lelaki Bawah 15;
  • Perseorangan:
  *Muhammad Nur Hazarizq (1Cyber1)
  • Berpasukan :
  *Johan
  • 2013
    1. Choral Speaking Daerah Sepang (Naib Johan). Our One Malaysia
    2. Bicara Berirama Daerah Sepang (Johan)
  • 2018
  1. Merentas Desa Daerah (Johan Keseluruhan Kategori Lelaki)
  • 2020
  1. Bola Keranjang Lelaki Bawah 18 (Johan)
  • 2023
  1. Bola Keranjang Perempuan Bawah 18

(Tempat Ketiga)

Lihat juga sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Cyberjaya
Persiaran Fauna 2, Zon Flagship 2
Selangor, Malaysia
Telefon = 383188088
Fax = 383183588

Rujukan sunting

Pautan luar sunting