Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub


Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub atau nama ringkasnya SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di pekan Bota Kanan, Negeri Perak. Sekolah ini terletak berhampiran dengan pejabat penghulu Bota Kanan dan perpustakaan Desa Bota Kanan dan terletak lebih kurang 37 kilometer dari Ipoh.

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub
Lokasi
 Malaysia Bota Kanan, 32600, Bota, Perak Darul Ridzwan
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Ditubuhkan1964
Nombor sekolah6053761626
Kod sekolahAEE8702
Pengerusi PIBGEn. Mohd Zin b. Md Isa
PengetuaPn Sharifah Radziah binti Syed Idris
GPK Pentadbiran dan AkademikTn. Hj. Mohammad Aziz b. Mat Nasir
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Saiful Nizam b. Ainuddin
Penolong Kanan KokurikulumTn. Hj. Daud b. Abdul Hamid
Faks6053763894

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub memiliki 619 orang pelajar lelaki dan 706 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1325 orang. Ia mempunyai seramai 95 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada 1964 dengan Tn. Hj. Mohd. Nor b. Alang Harun sebagai pengetua pertama. Muridnya terdiri daripada murid-murid sekolah rendah di sekitar seperti Sekolah Kebangsaan Bota Kanan, Sekolah Kebangsaan Padang Tenggala, Sekolah Kebangsaan Padang Changkat, Sekolah Kebangsaan Telok Bakong dan beberapa sekolah lain. Murid-murid ini merupakan lepasan peperiksaan darjah enam yang terakhir pada masa itu. Mereka dikenali sebagai murid sekolah aneka jurusan.

Pada awal tahun 1965, murid-murid baru dari sekolah rendah sekitarnya memulakan persekolahan mereka dan murid-murid sekolah anika jurusan dipindah ke Sekolah Menengah di Parit. Dari itu, bermulalah era Sekolah Menengah Rendah di Bota Kanan ini. Murid-murid ini meneruskan pendidikan dari sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah) tanpa melalui peperiksaan darjah enam.

Keinginan penduduk setempat untuk mendapatkan sebuah institusi pengajian tinggi di kawasan Bota Kanan telah wujud sejak negara ini dalam zaman penjajahan lagi. Hal ini kerana kebanyakan penduduk setempat tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke bandar bagi mendapatkan pendidikan yang baik dan sempurna di mana-mana sekolah Inggeris.

Di kawasan pekan Bota Kanan sememangnya tidak terdapat sekolah menengah. Oleh yang demikian, penduduk tempatan terpaksa menghantar anak mereka ke sekolah menengah yang hanya terdapat di pekan Parit iaitu Sekolah Menengah Iskandar Shah. Jarak perjalanan dari Bota Kanan ke Parit ialah 16 km. Memandangkan itu sahaja sekolah menengah yang ada ketika itu, ia menyebabkan Sekolah Menengah Iskandar menjadi tumpuan ramai ibu bapa menghantar anak mereka ke sekolah walaupun jaraknya agak jauh. Pada masa itu, kemudahan pengangkutan amat kurang. Perjalanan ke Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit menjadi satu kesulitan; yang mana terdapat pelajar-pelajar lelaki berbasikal di awal pagi.

Tapak sekolah tersebut dibeli oleh Kerajaan daripada seorang penduduk (Ketua Kampung) yang bernama Kulup Sohor bin Alang Lamit di awal tahun 1960-an. Tanah tersebut merupakan dusun durian keluarga tersebut.

Sekolah Menengah Rendah ini menyediakan dua aliran pendidikan iaitu Aliran Melayu terus ke tingkatan satu dan Aliran Inggeris dikenali sebagai 'Remove Class'. Terdapat 36 buah kelas yang disediakan.

Kakitangan sunting

  • Guru Kanan Bahasa: Pn. Kamzira bt. Saleh
  • Guru Kanan Sains dan Matematik: Pn. Rohaya bt. Ibrahim
  • Guru Kanan Teknik dan Vokasional: Pn. Hashimah bt. Harun
  • Guru Kanan Kemanusiaan: En. Badrol b. Isroh
  • Kaunselor : Pn. Nor aslina bt. Tukiman & Pn. Ruslinda bt. Arshad

Alumni sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub
Bota Kanan
32600, Bota
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6053761626
Faks = 6053763894

Pautan luar sunting