Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling


Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling adalah Sekolah Menengah Kebangsaan yang ditubuhkan pada 2 Januari 2002. Sekolah ini dibuka dan diuruskan pentadbirannya buat kali pertama oleh Datin Hajah Masarah binti Mat Dun. Sekolah ini terletak di Desa Petaling, Kuala Lumpur. Pada mulanya, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Malaysia Tambahan. Kemudian, dinaik taraf kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling sehingga kini.

Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling
سكوله منڠه كبڠساءن ديسا ڤتاليڠ
Lokasi
Jalan 3/125 Desa Petaling,, 57100, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoBerilmu, Beriman, Berjasa
Ditubuhkan(2002-01-02)2 Januari 2002
Nombor sekolah603-90589302
Kod sekolahWEA0240
PengetuaPn. Zuraida Hamsiah Mohamed Nasir
Faks603-90594501
Laman sesawang
"Sederap Menuju Kecemerlangan Dunia Pendidikan"

Pada 201828/5*, Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling memiliki seramai 528 pelajar lelaki dan 488 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 1016 orang. Pelajar tingkatan 3 adalah yang teramai iaitu sebanyak 201 orang.

Sejarah Sekolah sunting

 
Blok pentadbiran SMKDP

Sejarah sekolah ini telah bermula sejak pembukaannya pada 2 Januari 2002 di bawah pimpinan Datin Hajah Masarah bt Mat Dun sebagai pengetua pertama. SMK Desa Petaling sebelum ini dikenal dengan nama SMK Kampung Malaysia Tambahan bermula dengan 1 sesi persekolahan, dengan 15 orang guru, 4 orang staf sokongan dan 201 orang pelajar, telah meningkat kepada 2 sesi persekolahan pada tahun 2007 sehingga kini. Sekolah ini telah dirasmikan pada 30 Jun 2007 oleh Yang Berhormat Dato' Sri Zulhasnan Rafique. Jumlah bilangan pelajar bertambah setiap tahun sehingga mencapai 1,500 orang pelajar pada tahun 2012. Bilangan guru pada tahun 2012 ialah 107 dan staf sokongan ialah 15 orang. Bilangan kelas juga bertambah kepada 47 buah kelas. Di samping itu, kelas Pendidikan Khas juga turut dibuka pada tahun 2003 dengan 6 kelas.

Sejajar dengan pertambahan guru dan murid, prasarana sekolah juga tidak ketinggalan diberi perhatian. Pusat Akses Komputer, Bilik Muzik dan Kantin sekolah telah dinaiktarafkan. Taman Herba Sains, Taman Unit Bimbingan dan Kaunseling, Taman Ala Inggeris telah diwujudkan. Sebagai langkah keselamatan pihak sekolah juga telah memasang CCTV di beberapa bahagian di kawasan sekolah untuk mengawal disiplin pelajar serta keselamatan sekolah bermula pada Oktober 2009. Menjelang tahun 2010, beberapa bilik telah dinaiktaraf, iaitu Bilik Alat Pandang Dengar (APD), Makmal Bahasa diubahsuai menjadi Makmal Komputer baharu, Bilik Jahitan diubahsuai menjadi bilik darjah dan Bilik PPDa dibangunkan pada tahun 2011, Bilik Siaraya, Bilik Fail, Bilik Setiausaha Sukan serta Bilik Penyelaras Kokurikulum telah dibangunkan. Segala program yang dirancang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Dalam bidang akademik, SMK Desa Petaling terus berusaha untuk memberikan pendidikan yang berkualiti serta meningkatkan prestasi pelajar yang lebih cemerlang seiring dengan pembelajaran abad ke-21.

Visi Sekolah sunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera.

Misi Sekolah sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

Matlamat Sekolah sunting

Memberikan pendidikan untuk memperkembang potensi individu secara seimbang dan bersepadu meliputi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang sentiasa berusaha, berilmu dan berjasa.

Falsafah Sekolah sunting

Mengutamakan perkembangan potensi diri yang bersepadu dan seimbang, berilmu, berakhlak mulia dan beramal soleh melalui usaha untuk meningkatkan kualiti pengurusan secara berterusan dengan berteraskan budaya kerja cemerlang, profesional, dan penyayang demi mencapai kesejahteraan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Lencana Sekolah sunting

 
Lencana SMKDP

Penerangan Tentang Lencana Sekolah sunting

1. Bentuk Jantung Lambang Kehidupan
2. Bola Kesukanan / Kecergasan
3. Gear Kemajuan Teknologi
4. 'Mortar Board' Kecemerlangan Akademik
5. Lambang Multimedia / Super Coridor (MSC) Kemajuan Teknologi Maklumat
6. Buku / Kitab Ilmu

Warna Lencana sunting

Merah Keberanian untuk menghadapi cabaran
Kuning Kedaulatan raja-raja melayu dalam sistem pemerintahan diraja
Hijau Keindahan alam semulajadi wajib dikekalkan untuk generasi akan datang
Putih Kesucian
Hitam Kepahlawanan
Biru Kasih sayang / perpaduan

Bendera Sekolah sunting

 
Bendera SMKDP
Murid diibaratkan kain putih yang bersih dan suci.
Kedaulatan raja-raja melayu dalam sistem pemerintahan raja berpelembagaan.
Tanda perpaduan dan hubungan muhibah antara semua warga sekolah.

Lagu Sekolah sunting

SMKDP Cemerlang

Kami putera puteri harapan bangsa
Berilmu, Beriman, Berjasa
Berdisiplin, setia bersemangat waja
Demi nusa, bangsa tercinta

Chorus:
Bersatu mencapai cita murni
Bersama menghadapi cabaran
Di dalam era globalisasi
Mara terus berjaya

Maju dalam sains teknologi
Cemerlang dalam pelbagai bidang
Warga SMK Desa Petaling
Mara terus gemilang

Kami putera puteri harapan bangsa
Pewaris kepimpinan Negara
Berbilang kaum dan berbilang agama
Hidup harmoni dan sehati sejiwa
Maju SMKDP-ku yang tercinta

Ciptaan: En. Md. Said bin Bidin
Lirik: En. Md Said bin Bidin, Pn. Yean Hoor Shian, Pn. Zasliza Binti Abu Samah

Pentadbir sunting

Pengetua sunting

Ketua Pelaja sunting

Pencapaian sunting

Akademik sunting

Kokurikulum sunting

Sukan sunting

Rumah Sukan sunting

Nama Tempoh berkhidmat
Datin Hajah Masarah Bt Mat Dun Jan 2002–Jan 2005
Pn. Shamshiah Bt Ahmad Mac 2005–Apr 2007
Pn. Zainun Bt Ahmad Mei 2007–Okt 2008
Pn. Hajah Sulasteri Bt Ibrahim Dis 2008–Jan 2015
En. Kamarul Azman Bin Md Arif Feb 2015–Sep 2016
En. Wong Kum Ming Sep 2016–Feb 2018
Pn. Aminah Bt Daud Feb 2018-2021
Pn. Zuraida Hamsiah Bt Mohamed Nasir Dis 2021-hingga kini
Bil Rumah Warna
1 Tok Janggut
2 Dato' Bahaman
3 Dato' Maharaja Lela
4 Mat Kilau
5 Dol Said

Acara sunting

Majalah Sekolah sunting

 
Kulit Majalah SMKDP 2010

Majalah sekolah, yang dikenali sebagai SULUH BESTARI, merupakan majalah terbitan SMKDP yang diuruskan oleh lembaga Sidang Redaksi yang dianggotai oleh sepasukan pelajar dan guru yang menjadi tulang belakang kepada penerbitan majalah ini. Majalah ini mengumpulkan koleksi gambar dan rencana peristiwa tahunan sekolah serta turut menyiarkan karya-karya pelajar. Turut disertakan gambar barisan warga SMKDP untuk dijadikan kenangan bagi setiap tahun terutama bagi pelajar yang bakal menjadi lepasan sekolah.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Petaling
Jalan 3/125 Desa Petaling, Kuala Lumpur,  Malaysia
Telefon : +603-90589302
Fax  : +603-90594501

Pautan luar sunting