Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon

Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon atau nama ringkasnya SMK Entilibon, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pendidikan Daerah, Wdt 08, 89300 Telupid, Sabah.

Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon
Lokasi
D/A Pejabat Pendidikan Daerah, Wdt 08, 89300, Telupid,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoKecemerlangan Teras Wawasan
Nombor sekolah0138642358
Kod sekolahXEA2226
FaksTIADA


Pada 2009, SMK Entilibon memiliki 241 pelajar lelaki dan 310 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 551 orang. Ia mempunyai seramai 30 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada tahun 1998, para pelajar dari Kampong Entilibon dan sekitarnya sangat bermasalah ke sekolah yang berdekatan iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Telupid (SMK Telupid) yang jaraknya 25 KM.

Namun disebabkan oleh masalah jalan raya yang tidak sempurna (berbatu dan tanah merah) perjalanan ke SMK Telupid mengambil masa 1 jam.

Hal ini telah menyebabkan ramai pelajar tercicir kerana gagal hadir ke sekolah. Tambahan pula asrama sekolah itu tidak mampu menampung jumlah pelajar yang ramai, terutamanya yang datang dari Kampong Entilibon.

Hasil usaha pemimpin masyarakat, tempatan dan dengan sokongan wakil rakyat akhirnya JPN Sabah telah membuka ruang ke arah penubuhan sebuah sekolah di kawasan ini.

Pada tahun 1999, sebuah sekolah telah dibina di Kampong Entilibon dengan nama SMK Telupid cawangan Entilibon yang menumpang di bangunan SK Entilibon.

Akhirnya, SMK Entilibon ditubuhkan secara rasmi pada 17 Januari 2000 dengan menumpang tapak SK Entilibon dengan En. Jalibin Paidi sebagai pengetua pertama sekolah ini.

Pada awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 2 blok bangunan iaitu blok bilik darjah (4 kelas) dan blok pantadbiran. 2 blok tambahan iaitu 1 blok kayu menempatkan 3 buah kelas dan 3 unit rumah guru dibina hasil usaha penduduk sekitar.

Pada tahun 2005, sebuah bengkel Kemahiran Hidup (KH) telah dibina. Sebuah kelas yang dijadikan makmal sains pula dibina pada tahun 2006.

Kemudahan asrama yang dibuka pada bulan Oktober 2005 telah mengakibatkan peningkatan enrolmen di SMK Entilibon sehingga memaksa pihak sekolah mengadakan persekolahan dalam dua sesi.

Terdapat 2 buat sekolah menengah di sekitar sekolah ini sebelum kewujudan sekolah ini iaitu SMK Telupid (25 km) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tongod (SMK Tongod) (30 km).

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Entilibon
D/A Pejabat Pendidikan Daerah, Wdt 08
89300, Telupid
Sabah, Malaysia
Telefon = 0138642358
Fax = TIADA

Pautan luar sunting