Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri atau nama ringkasnya SMK Ibrahim Fikri, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Kg Bukit Tok Beng,, Kuala Nerus, Malaysia.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri
Lokasi
 Malaysia Kg Bukit Tok Beng,, Kuala Nerus, Malaysia, Kuala Nerus, Terengganu Darul Iman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6096624297
Kod sekolahTEA3082[1]
Faks6096621219


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri memiliki 909 pelajar lelaki dan 943 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1852 orang. Ia mempunyai seramai 151 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada awalnya sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Seberang Takir yang dibina di atas tanah seluas 11.9 ekar di lot 6860 Mukim Kuala Nerus pada tahun 1965.

Pada 23 Jun 1966 sekolah ini telah dibuka dengan rasmi oleh YB Encik Mohd Khir Johari , Menteri Pelajaran pada masa itu.

Pada tahun yang sama pengambilan pelajar tingkatan satu telah dimulakan dengan menumpang di Sekolah Menengah Padang Midin. Pembinaan sekolah ini siap pada Januari 1966 dan semua pelajarnya dipindahkan ke bangunannya sendiri di Seberang Takir.

Pada hari Ahad 23 Jun 1966 bersamaan 27 Rabiulawal 1388, Sekolah Menengah Seberang Takir telah dibuka dengan rasminya oleh YB Encik Mohd Khir Johari ,menteri pelajaran pada ketika itu. Sebahagian besar pelajar sekolah ini berasal dari kawasan pedalaman seperti Kampung Pelong, Sungai Tong, Bukit Mundok, Kg. Bukit, Merang, Pulau Redang dan lain-lain. Pelajar menghadapi masalah pengangkutan dan penginapan. Bagi mengatasi masalah ini, sebuah asrama telah dibina iaitu asrama puteri pada tahun 1970 dan asrama puteri tahun 1973.

Pada tahun 1978 sekolah ini telah ditukar nama kepada SMK Ibrahim Fikri sempena nama bekas Menteri Besar Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri (1961-1970). Sepanjang 44 tahun penubuhan SMKIF telah berkembang dari segi fizikal, bilangan pelajar dan guru, kecemerlangan di bidang Kurikulum dan Kokurikulum dari semasa ke semasa mengikut arus pendidikan negara.

Pada tahun 1977 Kelas Pendidikan Khas Cacat Pendengaran telah ditubuhkan untuk pelajar-pelajar cacat pendengaran di Terengganu. Pada tahun 1978, seramai lapan orang pelajar dan seorang guru telah memulakan program yang berkonsepkan integrasi lokasi dan matapelajaran ini. Pemilihan ini adalah disebabkan sekolah ini mempunyai asrama dan tidak jauh dari pusat bandar.

Kelas Tingkatan 6 Sastera telah diperkenalkan pada tahun 1983 manakala kelas Rancangan Khas telah bermula pada tahun 2000. Pada tahun 2001, kelas Tingkatan 6 aliran Sains telah ditawarkan di sekolah ini manakala matapelajaran MPV – Grafik Berkomputer telah diperkenalkan sejak tahun 2003.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri telah dipilih sebagai Sekolah Premier Kerajaan Negeri pada tahun 2005. Pada tahun 2011, sekolah dua sesi ini telah memulakan sebagai sekolah satu sesi dengan pembukaan blok bangunan dan dewan baru.

Pencapaian sunting

1. Johan dalam Pertandingan Pidato Piala Diraja 1987 2. Memenangi pertandingan mencipataalat bantuan belajar 1987 3. Johan Perbahasan Piala Presiden GPMS Kebangsan 1987 4. Naib Johan Kuiz Ekonomi 1985 Sekolah ini juga pernah terpilih sebagai salah sebuah Koperasi Terbaik di Malaysia 1985

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri
Kg Bukit Tok Beng,, Kuala Nerus, Malaysia
Terengganu Darul Iman, Malaysia
Telefon = 6096624297
Fax = 6096621219

Rujukan sunting

Pautan luar sunting