Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga atau nama ringkasnya SMK Jalan Tiga, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan 3/4. Sekolah ini terletak di Bandar Baru Bangi dan merupakan sebuah sekolah menengah harian di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga
Lokasi
 Malaysia Jalan 3/4, Bandar Baru Bangi, Selangor
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu , Beramal , Beriman
Nombor sekolah0389261755
Kod sekolahBEA4614[1]
Pengerusi PIBGDr. Mustaffa bin Dakian
PengetuaPuan Massita binti Mohamed Sin
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Rosmi Binti Mohd Radzi
Penolong Kanan KokurikulumYM Tunku Hamidah binti Tunku Ahmad

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga memiliki 1164 pelajar lelaki dan 1080 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2244 orang. Ia mempunyai seramai 131 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini telah ditubuhkan secara rasminya pada 15 November 1994, manakala sesi persekolahan dimulakan pada 1 Disember 1994. Pada awal penubuhannya, SMK Jalan Tiga telah berkongsi premis dengan SMK Jalan Reko, di Fasa 5, Bandar Baru Bangi.

Pengetua pertama yang menerajui SMK Jalan Tiga ialah Puan Kamariah Bt Haroun dengan dibantu oleh 3 orang penolong kanan, 13 orang guru dan 5 orang staf sokongan. Bilangan pelajar perintis pada tahun 1995 adalah sebanyak 172 orang dan terdapat 6 buah kelas tingkatan 1 sahaja. Bahasa Arab dan Bahasa Perancis merupakan mata pelajaran tambahan yang diajar kepada murid yang berminat.

Pada 27 November 1995, SMK Jalan Tiga telah berpindah ke premis tetap di Fasa 3. Terdapat blok bangunan untuk pengajaran dan pembelajaran, 3 blok asrama, sebuah dewan yang dinamakan Dewan Tun Seri Lanang, sebuah makmal komputer, 6 buah makmal kemahiran hidup, 6 buah makmal Sains, sebuah pejabat guru, pejabat pentadbiran, surau, perpustakaan dan kantin.

Pada tahun kedua penubuhannya, jumlah guru telah bertambah 31 orang manakala jumlah murid bertambah kepada 650 orang. Pada tahun 1997, jumlah guru 53 orang dan murid sebanyak 1080 orang. Seterusnya pada tahun 1998,jumlah guru 69 orang dan murid 1380 orang. Kini, usia SMK Jalan Tiga telah menjangkau 29 tahun beroperasi dan telah banyak menempa kejayaan di dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Sejak penubuhan sekolah, empat orang pengetua telah berkhidmat di sini iaitu Puan Kamariah Bt Haroun yang merupakan pengetua yang pertama berkhidmat dari November 1994 hingga Februari 1996. Pengetua kedua ialah En. Mat Darus bin Othman, berkhidmat mulai 1 Mac 1996 hingga 31 Jun 1998 dan diikuti Pn. Zainap bt Mahmod mulai 1 Julai 1998 hingga 22 Mei 2006. Tuan Hj Surimin bin Giman ialah pengetua yang keempat yang memulakan tugasnya dari 1 Julai 2006 sehingga 1 Julai 2011. Puan Rozita Binti Ahmad ialah pengetua kelima yang memulakan tugasnya pada 1 November 2011

Murid sunting

Mulai 1 Januari 1999, persekolahan dua sesi bermula iaitu pagi untuk murid tingkatan 2, 3, 4 dan 5 manakala sesi petang untuk murid tingkatan 1. Peningkatan murid bertambah setiap tahun dengan bilangan kelas yang terhad maka tahun 2000, tingkatan 2 pula berada di sesi petang.

Sebahagian besar murid datang dari sekitar seksyen 3 dan 4, Bandar Baru Bangi. Sebilangan kecil murid datang dari kawasan Sepang iaitu Sungai Merab, Sungai Ramal Dalam dan RKT Limau Manis. Ini kerana tidak terdapat sekolah menengah yang berhampiran dengan kampung mereka. Kebanyakan ibu bapa murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga terdiri daripada golongan profesional seperti pensyarah, pegawai dan jurutera.

Lagu Sekolah sunting

Berdiri megah oh warganya,
Sekolah yang amat kucinta,
Mendukung harapan negara,
Menjulang namamu Malaysia,
Falsafah pendidikan kita,
Jadikan amalan semua,
Berilmu, Beramal, Beriman,
Agar tercapailah wawasan.

Bersama kita menuju,
Mencapai menara ilmu,
Bertekun usaha, Hormati semua,
Agar jadi insan mulia.

Tingkatkan mutu pendidikan,
Asas kepada visi kita,
Membina pelajar tercinta,
Agar tercapai cita-cita,
Guru dan seluruh warganya,
Berusaha sepenuh tenaga,
Jayakan Visi Misi Kita,
Maju SMK Jalan Tiga.

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga
Jalan 3/4
Selangor, Malaysia
Telefon = 0389261755
Fax = 0389262755

Rujukan sunting

Pautan luar sunting

Rumah Sukan sunting

Merah

Kuning

Hijau

Biru