Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra


Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, (Jawi: سکوله کبڠساءن جترا) lebih dikenali sebagai SMK Jitra ataupun nama penanya "Mentra", yang terletak di tengah pekan Jitra. SMK Jitra merupakan sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan Kedah berhampiran kompleks membeli-belah PJ2.

Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
Lokasi
Jitra, 06000, Jitra, Kubang Pasu, Kedah Darul Aman
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
MotoIlmu Panduan Hidup
Ditubuhkan (1964-11-29) 29 November 1964 (umur 59)
Nombor sekolah+604-917 1260
Kod sekolahKEE4037
Pengerusi PIBGEncik Haji Othman bin Awang
PengetuaPuan Hajah Zaiton binti Hashim
LaguIlmu Panduan Hidup
GPK Pentadbiran dan AkademikJasmi bin Lebai Ahmad
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridHusni Syakirah binti Ab Rahman
Penolong Kanan KokurikulumNoor Asma binti Ahmad
Faks+604-917 9660
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra memiliki 703 orang pelajar lelaki dan 1175 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1878 orang. Ia mempunyai seramai 127 orang guru.

Sejarah sekolah sunting

Sekolah ini dirasmikan pada 29 November 1964 oleh DYMM Tunku Bendahara Kedah, Tunku Abdul Malik Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Sekolah ini ditukar nama menjadi Sekolah Menengah Jitra (SMJ) pada tahun 1966 dengan sistem pendidikan baru, aliran Melayu dan Inggeris. Pada tahun 1997, sekolah ini mendapat nama rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra (SMK Jitra).


Sekolah ini terletak di laluan utama Pekan Jitra dan berhampiran pusat pengajian tinggi seperti IPDA, IAB, POLIMAS, ILP, Kolej Komuniti dan Universiti Utara Malaysia.

Pada tahun 2012, SMK Jitra telah melakar sejarah dengan lahirnya 45 pelajar yang mendapat straight A Dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 termasuk 4 orang pelajar yang mendapat straight A+. Pencapaian tersebut meletakkan SMJ di kedudukan kedua di seluruh negeri Kedah. Pelajar yang berasal dari SK Jitra 1, 2 dan 3 serta SK Ahmad Tajuddin diberi keutamaan untuk melanjutkan pelajaran ke SMK Jitra yang merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan yang berada di tangga ketiga antara sekolah elit di Malaysia.

Pelajar Cina yang bersekolah di SMK Jitra rata-ratanya berasal dari SJK(C) Chung Hwa manakala bagi pelajar India pula, kebanyakan berasal dari SJK(T) Darulaman dan SJK(T) Paya Kemunting. Ramai pelajar Cina yang belajar di sini mampu mencapai keputusan yang amat cemerlang dan menggerunkan. Kaum Melayu, Cina dan India dapat hidup bersatu padu walaupun berbeza bangsa. Terdapat segelintir pelajar yang tidak mempunyai pendedahan terhadap hal-hal menghormati kaum lain sering menimbulkan masalah kaum. Masalah disiplin yang serius di sini amat kurang sehingga hampir tiada kes pergaduhan yang direkod oleh pihak sekolah. Kelas yang dianggap teratas di SMK Jitra ialah kelas Bijak dan Pintar bagi Tingkatan 2 dan 3.

Mulai tahun 2016, kelas Sastera Tingkatan 4, iaitu 4 Topaz, tidak lagi diwajibkan mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dan diteruskan oleh pelajar pada tahun seterusnya.

Visi Sekolah sunting

SMK Jitra mencapai tahap cemerlang di peringkat antarabangsa di 2015.

Misi Sekolah sunting

Mewujudkan pendidikan cemerlang bertaraf dunia bagi melahirkan generasi perkasa melalui budaya kerja yang berkualiti dan berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

Senarai pengetua sunting

  1. En Ahmad b Merican
  2. En Chong Eng Kang
  3. En Mohammad Arif b Rahmat
  4. En Abd Razak b Abu
  5. En Mohammad Hanafiah b Ishak
  6. Tuan Hj Ramli b Md Noh
  7. Tuan Hj Radzi b Hj Hamid
  8. Tuan Hj Md Desa b Osman
  9. Dato' Abd Rahman b Yop
  10. Tuan Hj Shahidan b Abd Rahman
  11. Encik Yahya b Tahrin
  12. Encik Abdullah B Mad Yunus
  13. Encik Rooslee b Ismail
  14. Tuan Hj Abu Seman b Sareh Md Isa
  15. Puan Hajah Latipah bt Kassim
  16. Encik Ahmad Rushdan b Abdul Aziz
  17. Encik Osman b Noor
  18. Encik Suhaimi b Haris
  19. Puan Hj Zaiton bt Hashim

Cogan kata sekolah sunting

" Ilmu Panduan Hidup "

Lagu sunting

"Ilmu Panduan Hidup"

Bangunlah para warga
Berazam ingin maju
Pastikanlah berilmu
Kerana masa muka
Cekallah berkembara
Bertekad jaya pasti
Untuk nusa dan bangsa
Bukti cinta abadi
Duhai warga belia
Bersamalah berbakti
Bina tradisi murni
SMJ takhta jaya
Berilmu dan berjasa
Berdisiplin bersatu
Tegakkan cita-cita
Ilmu panduan hidup

Pencapaian sunting

SMK Jitra juga telah mendapat pelbagai anugerah dan gelaran sehingga ke peringkat kebangsaan dan telah menjadikan SMK Jitra sebagai salah sebuah sekolah elit di Kedah. Antara gelaran dan anugerah yang dimenangi SMK Jitra ialah Sekolah Bestari, Sekolah Premier, Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan, Calon Sekolah Kluster, Naib Johan Sekolah Harapan Negara dan banyak lagi. SMK Jitra merupakan satu-satunya sekolah menengah di Jitra yang disegani oleh seluruh Jitra.

  • Sekolah Premier Daerah
  • Sekolah Bestari
  • Sekolah Harapan Negara
  • Sekolah Lima Bintang
  • Asrama Lima Bintang
  • Projek Rintis Sekolah Selamat
  • Naib Johan Pertandingan 3K Peringkat Kebangsaan 2003
  • Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri 2004
  • Naib Johan Sekolah Selamat Peringkat Kebangsaan 2004
  • Johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran Kategori Sekolah Bandar 2005
  • Johan Perdana Sekolah Lima Bintang Versi 2 Negeri Kedah 2006
  • Sekolah Cemerlang Kokurikulum 2005/2006 Peringkat Kebangsaan
  • Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2007
  • Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 3 2009

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra
Jalan Jitra
06000, Jitra
Kedah, Malaysia
Telefon = 6049171260
Faks = 6049179660


Pautan luar sunting