Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II

Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II, Keningau mula beroperasi pada 6hb januari 1997. Pengambilan pertama adalah untuk Tingkatan Satu (12 buah kelas) dan Tingkatan Empat (3 buah kelas) dengan bilangan pelajar keseluruhannya lebih kurang 550 orang. Pelajar pengasas sekolah ini terdiri daripada para pelajar sekolah menengah di sekitar Daerah Keningau. Mereka ditempatkan di sekolah ini kerana sekolah asal tidak dapat menampung mereka ekoran pertambahan pelajar yang di luar jangkaan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II
Lokasi
Peti Surat 1994, 89008, Keningau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6087391280
Kod sekolahXEA1059
Faks6087391670


Encik Sahumin Hj. Daud adalah Pengetua yang pertama di sekolah ini. Beliau dibantu oleh Puan Jaharah Jaafar sebagai Penolong Kanan dan Encik Sailin Sarabini sebagai Penolong Kanan HEM. Mereka dibantu oleh dua orang staf sokongan dan 12 orang guru.

Pegawai-pegawai yang terlibat untuk merancang pembinaan sekolah ini termasuklah Pegawai Pendidikan Bahagian Encik Haji Mohd. Salleh B. Haji Abd. Wahab dan Pegawai Pendidikan Daerah, Encik Ag. Hassan B. Ag. Amin. Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah ini telah ditubuhkan pada 5hb Mei 1997. Penaung pertama persatuan ini ialah senator Datuk Hj. Sairin Hj. Karno dan pengerusi pertama persatuan disandang oleh Raymond Pudon.

Pada 16hb Mac 1998, Encik Joanes B. Onson telah dilantik sebagai Pengetua sekolah ini yang kedua. Manakala Puan Jemira Bte Ekong sebagai Penolong Kanan HEM menggantikan Encik Sailin B. Sarabini yang dilantik sebagai Kaunselor Pelajar.

Sekolah yang dibina di atas tapak seluas 25 ekar ini dan terletak berhampiran Kampung Luagan di dalam mukim Keningau kini mempunyai lebih kurang 1,800 orang pelajar termasuk kumpulan pertama pelajar-pelajar Tingkatan Enam Rendah yang pengambilannya bermula pada bulan Jun tahun 2005.

Sekolah ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan merangkumi blok 3 tingkat Bangunan Pentadbiran ; 2 blok 3 tingkat Bilik darjah untuk tingkatn 1 hingga 5; sebuah blok 4 tingkat Makmal Sains, Kemahiran Hidup, dan ERT ; sebauh blok 4 tingkatn pra universiti, sebuah bilik Pusat Sumber; sebuah bilik Pendidikan Muzik; sebuah bilik Pendidikan Seni Visual; sebuah blok makmal ICT, sebuah blok Teknologi Kejuruteraan, sebuah surau, sebuah blok 2 tingkat Bangunan Asrama lelaki dan perempuan dan 2 blok Flat Guru.

Dari segi kemudahan permainan, sekolah ini mempunyai Dewan Serbaguna, padang bola sepak, sebuah gelanggang bola keranjang dan bola jaring. Sekolah ini masih mempunyai ruang untuk membina gelanggang permainan lain seperti tennis, bola tamper dan sepak takraw.

Dengan Motto “BUDAYA ILMU TERAS KECERMELANGAN” dan dengan izin Tuhan yang Maha Esa, sekolah ini akan menjadi Sekolah Contoh dan Penggerak Kecemerlangan dalam sedikit masa lagi.

Logo Sekolah sunting

WARNA:

PUTIH – Melambangkan kesucian dan kemurnian hasrat dan matlamat dalam pendidikan
MERAH – Tanda berani dan cekal hati dalam menghadapi apa jua halangan dan cabaran
BIRU – Tanda tekun dan usaha yang berterusan di samping memastikan keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek
HIJAU – Sebagai lambang kedamaian dan kepatuhan pada peraturan sekolah
COKLAT – Tanda tegas dan teguh pendirian. Warna ini juga merupakan warna rasmi SMK Keningau II
Nota: Kombinasi warna Merah, Biru dan Putih adalah warna asas bagi bendera negeri Sabah.

LAMBANG

BUKU – Lambang ilmu pengetahuan
PENA – Lambang kreativiti guru dan pelajar
5 BULATAN – Tanda sokongan dn perpaduan daripada komuniti sekoalh yang terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan budaya dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti akademik, sukan, unit beruniform, kelab dan persatuan kea rah kecermelangan
1997 ( 1417 ) – Merupakan titik mula SMK Keningau II dibuka untuk sesi pengajaran dan pembelajaran

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Keningau II
Peti Surat 1994
89008, Keningau
Sabah,   Malaysia
Telefon = +6-087-391280
Fax = +6-087-391670

Pautan luar sunting