Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong

Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong atau nama ringkasnya SMK Kidurong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 2078.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 2078, 97000, Bintulu, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan
MotoMaju Terus Maju
Ditubuhkan1 Januari 1997
Nombor sekolah6086254225
Kod sekolahYEA9103
Pengerusi PIBGEncik Jack anak Untu
PengetuaMordiana binti Nawi
GPK Pentadbiran dan AkademikWan Juliana Binti Wan Mohd Zain
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridSharly anak Ekie
Penolong Kanan KokurikulumSoo Siew Huong
Faks6086254228
Laman sesawang

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong memiliki 1189 orang pelajar lelaki dan 1139 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2328 orang. Ia mempunyai seramai 150 orang guru.2009

Pencapaian sunting

SMK Kidurong mempunyai disiplin yang baik dan keputusan cemerlang dalam ketiga-tiga peperiksaan awam setiap tahun, PMR, SPM dan STPM. Kelab ko-kurikulum terutama Taekwondo SMK Kidurong telah pun dibuat di peringkat antarabangsa.[perlu rujukan]

Sejarah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong, Bintulu (SMKKID) dibuka pada 6 Januari 1997 dan merupakan sekolah menengah yang kelima di bandar Bintulu.

SMK Kidurong terpaksa beroperasi pada sebelah petang (12.50 p.m. - 6.30 p.m.) sehingga bulan Februari 1998 kerana keseluruhan kelas telah digunakan oleh pelajar Sekolah Menengah Teknik Bintulu pada sebelah pagi. Pada minggu pertama, SMK Kidurong telah menerima pelajar seramai 254 orang dengan berbekalkan 14 orang tenaga pengajar. Tuan Haji Ali Haji Mudin telah dilantik sebagai Pengetua pertama dan beliau bertanggungjawab merangka dan merancang pembangunan SMK Kidurong. Populasi SMK Kidurong kemudiannya bertambah dari tahun ke tahun apabila menerima pelajar-pelajar dan pengambilan guru-guru baru.

Pada 17 Februari 1998, Upacara Penyerahan Rasmi Projek SMK Kidurong kepada Unit Kerja Pendidikan, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia oleh Eastbourne Corporation Berhad telah diadakan dan akhirnya SMK Kidurong beroperasi di tapak barunya.

Oleh sebab SMK Kidurong baru sahaja ditubuhkan, bekalan alat kelengkapan dan infrastruktur adalah amat terhad. Namun, masalah ini bukanlah halangan besar bagi guru-guru pelopor untuk merancang strategi pembelajaran dan seterusnya membangunkan serta memajukan sekolah ini. Bersesuaian dengan moto sekolah "Maju Terus Maju", SMK Kidurong terus berkembang dan beroperasi secara sistematik dengan sasaran untuk melahirkan seberapa ramai pelajar cemerlang pada tahun-tahun peperiksaan sekolah mahupun awam (Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia).

Lokasi sunting

SMK Kidurong terletak di bahagian kesembilan daripada sebelas bahagian di Sarawak, iaitu di Bintulu. Lokasi SMK Kidurong amat strategik iaitu, lebih kurang 14km dari pusat bandar. Selain itu, SMK Kidurong sebenarnya terletak di kawasan perumahan Kidurong iaitu:

  • RPR Kidurong (Fasa 1, 2, 3 & 4)
  • PETRONAS Housing
  • MLNG Housing
  • ABF (Asean Bintulu Fertilizer) Housing
  • BDA (Bintulu Development Authority) Housing
  • SMDS Housing
  • SESCO Housing
  • Bintulu Port Housing
  • Kidurong Height
  • Kuarters Pendidikan

Oleh sebab lokasi SMK Kidurong terletak di kawasan perumahan, maka SMK Kidurong bebas daripada kesesakan lalu lintas yang biasanya dialami oleh sekolah-sekolah lain. Selain itu, SMK Kidurong terletak berdekatan dengan:

  • Kelab Kidurong Bintulu (KKB)
  • Kelab Golf Kidurong
  • Taman rekreasi
    • Millennium Park 1
    • Millennium Park 2 (under construction)
    • Taman ASEAN
    • Taman Muhibah
    • Pusat Rekreasi BDA
    • Taman permainan kanak-kanak
    • Padang bola sepak
  • ABF Beach
  • Stesen Minyak PETRONAS Kidurong
  • Perpustakkan Awam BDA Kidurong
  • Sri Similajau
  • Kedai-kedai Kidurong

Senarai pengetua sunting

  • Haji Ali bin Haji Mudin (1997 - 1999)
  • Albariah binti Mustapha (2000)
  • Bahtiar bin Afandi (2001 - 2002)
  • Rohani hj Daud (2003 - 2005)
  • Haji Ali bin Sarbani (2006 - 2007)
  • Rohani hj Daud (2009 - Mei 2011)
  • Richard Then (Jun 2011 - 2015)
  • Rosli bin Salleh (Januari 2016 - 2022)
  • Mordiana binti Nawi (November 2022 - sekarang)

Wawasan SMK Kidurong sunting

  • Mendokumentasikan wawasan sekolah dengan jelas berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara:
    • Bahasa yang mudah difahami
    • Boleh dihayati
    • Dapat diamalkan
  • Kepimpinan sekolah dan guru menetapkan penggubalan wawasan, matlamat, objektif dan sasaran sekolah dengan merujuk kepada isu dan masalah sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan.
  • Sekolah meyebarkan wawasan melalui:
    • Mesyuarat guru, staf sokongan serta mesyuarat PIBG
    • Pameran di tempat yang strategik
    • Edaran dalam Buku Panduan Pengurusan Sekolah
  • Sekolah mengadakan Rancangan Kurikulum dan Kokurikulum serta pengurusan sekolah / fizikal yang menyeluruh.
  • Sekolah mengadakan Rancangan Tahunan:
    • Objektif
    • Tarikh pelaksanaan
    • Sumber tenaga, kerja dan kos
    • Penilaian dan tindakan susulan
  • Warga sekolah yakin boleh mencapai kecemerlangan pendidikan yang bersesuaian:
    • Boleh dicapai (realistik)
    • Boleh diukur
    • Sumber yang mencukupi
  • Warga sekolah bekerjasama mencapai wawasan, matlamat dan objektif serta sasaran sekolah seperti:
    • Terus berusaha mencari / menimba ilmu
    • Bekerja lebih masa
    • Menjalankan tugas yang diberi
    • Bertanggungjawab melaksanakannya sehingga selesai
  • Sekolah melaksanakan program dan aktiviti berdasarkan Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam dan Surat-surat Pekeliling Ikhtisas.
  • Sekolah memantau keberkesanan pelaksanaan program dan aktiviti yang dirancang dalam blueprint:
    • Berjadual
    • Berekod
    • Dari semasa ke semasa
    • Apabila mendapat maklumat atau maklum balas

Piagam sekolah sunting

Kami warga SMK Kidurong dengan penuh azam bertekad akan berusaha sepenuh jiwa raga kami untuk:

  1. Melaksanakan program pendidikan dengan unggul, sistematik dan efektif.
  2. Melaksanakan kegiatan kokurikulum secara terancang dan terurus.
  3. Mewujudkan sekolah yang kondusif, aman damai dan terurus.
  4. Menyemai peribadi insan yang luhur, berwawasan, berilmu dan seimbang.
  5. Melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab pendidikan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Misi sunting

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Bagi Membangun Potensi Individu Bagi Mencapai Inspirasi Negara

Visi sunting

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

Lagu Sekolah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong,
Nama disanjung prinsip didukung,
Warga sentiasa berganding bahu,
Demi mencapai impian yang menggunung
Putra putrinya bersemangat waja,
Menghormati guru setiap masa,
Visi sekolah, capai bersama,
Misi kita harapan semua.

Moto maju terus maju,
Menjadi pegangan usaha bersama
Berganding tenaga menjadi satu,
Sejahtra abadi sentiasa.

Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong,
Jutaan Terima Kasih kami ucapkan,
Tidak lupa pada guru,
Jasamu dikenang budi di ingatan.
Demi sekolah, demi negara,
Berjuang sentiasa, jemu tiada,
Warga Kidurong berundur jangan,
Janji ini kami lafazkan.

'Maju Terus Maju.'

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Kidurong
Peti Surat 2078
97011, Bintulu
Sarawak, Malaysia
Telefon = +6086254225
Faks = +6086254228

Pautan luar sunting