Sekolah Menengah Kebangsaan King George V


SMK King George V, Seremban ialah sebuah sekolah harian dan kemasukan pelajar ditapis dan ditentukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Negeri Sembilan mengikut beberapa kriteria yang diperlukan. SMK King George V telah diklasifikasikan sebagai sekolah primer yang mana kaya dengan tradisi dan berlatar belakangkan kejayaan dalam kurikulum dan kokurikulum. Dalam bidang akademik, SMK King George V mempunyai hasrat untuk menjadi 'Terbilang di kalangan cemerlang'. Hasrat ini dipupuk di kalangan pelajar dan tertulis di misi dan visi sekolah. Sekolah ini dinamakan sempena Raja George V, raja United Kingdom yang memerintah Malaya saat sekolah ini ddibuka.

SMK King George V
SMK King George Kelima
SMK Khalis
Lokasi
Jalan Za'ba,
Seremban, Negeri Sembilan

Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Berpretasi Tinggi (SBT), Sekolah Kluster Kecemerlangan
MotoVeni Vidi Vici
Bahasa Melayu: Kudatang, Kulihat, Kutawan
Ditubuhkan1923
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Mohd Zain Bin Hj Ismail
Penolong Kanan KokurikulumEn. Shafizan bin Shahriman
Laman sesawang
GEORGIAN GREEN
Map

Sejarah sunting

 
SMKKGV pada awalnya

SMK KGV pertama kali dilancarkan pada 15 Januari 1923 di dalam sebuah bangunan stesyen keretapi sebagai GES.[1] Pada 7 Oktober 1926, bangunan utama sekolah mula dibina. Pada 23 April 1928, bangunan utama yang terletak di Jalan Hose (kini Jalan Za’aba) telah dirasmikan oleh W.G. Ormsby Gore.

Sekolah ini pernah dijadikan sebagai hospital pada zaman pemerintahan Jepun di Tanah Melayu; bilik yang terletak di sebelah dewan utama sekolah pernah dijadikan bilik penyeksaan oleh askar Jepun.[2]

Logo sekolah sunting

 

Maksud sunting

  • Warna:
  1. Biru, putih, dan merah: Warna Union Jack
  • Simbol:
  1. Penunggang: Melambangkan kebaikan mengalahkan kejahatan
  2. Mahkota: Taat setia kepada raja
  3. Huruf 'V': Mewakili Raja George V

sunting

 
 

Pada awalnya, logo SMK KGV adalah seperti gambar di sebelah; ia ada kaitan dengan tokoh yang memberi nama kepada Raja George V iaitu Georgios dari Lydda. 23 April merupakan hari kematian tokoh ini yang diperingati di England lalu gambaran kisah George membunuh seekor naga yang terkenal telah diterima sebagai motif lambang sekolah.[2]

Terdapat sedikit kotroversi terhadap tanda palang atau '+' yang terdapat pada logo tersebut yang dikatakan berunsur keagamaan Kristian; ia sendirinya datang daripada bendera England yang diberi julukan Saint George's Cross ("Salib Santo George"). Logo tersebut ditukar menjadi seperti gambar di bawah:

Ia sekali lagi ditukar kerana dianggap terlalu ringkas. Logo seperti dahulu digunakan tetapi lambang '+' ditukar menjadi 'V'. Logo ini digunakan sehingga kini.[3]

Falsafah, moto, misi serta lagu sekolah sunting

Moto sunting

Veni, Vidi, Vici ("Kudatang, Kulihat, Kutawan")

Falsafah sunting

Setiap insan boleh dididik ke arah kecemerlangan.[4]

Misi sunting

Melaksanakan pengurusan pendidikan secara profesional dan dinamik demi melahirkan insan yang cemerlang berteraskan Flasafah Pendidikan Kebangsaan ke arah mencapai kejayaan. Khalis Iman bot! [4]

Visi sunting

SMK King George V sentiasa menjadi institusi yang memperkembangkan potensi insan ke arah kecemerlangan bertaraf dunia.[4]

Kurikulum sunting

Kelas sunting

Terdapat 7 nama kelas di SMKKGV:

  1. 1 hingga 5 Abu Bakar
  2. 1 hingga 5 Alauddin
  3. 1 hingga 5 Iskandar
  4. 1 hingga 5 Izzudin
  5. 1 hingga 5 Melewar
  6. 1 hingga 5 Muzaffar
  7. 1, 2, 3, 4 dan 5 Hishamuddin

Nama kelas Diyauddin telah dimansuhkan sejak tahun 2002

Nama-nama kelas diambil dari nama-nama Sultan dari Tanah Melayu.

Syarat kemasukan sunting

  • Tingkatan 1 - Habis Darjah 6 di mana-mana Sekolah Kebangsaan dengan mencapai 4A hingga 6A dalam UPSR. Pelajar dari SJK(C) dan SJK(T) dengan 8A turut layak. Peluang yang lebih akan diberi kepada pelajar yang mempunyai markah tinggi dalam ko-kurikulum terutamanya dalam sukan ragbi .
  • Tingkatan 4 - Minimum 7A dalam PT3 termasuk subjek Sains dan Matematik.
  • Tingkatan 6 Rendah - Lulus SPM dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 kredit termasuk Bahasa Melayu.[5]

Bahasa Tambahan

  • Bahasa Arab bagi pelajar KAA
  • Bahasa Cina (PT3 & SPM)
  • Bahasa Tamil (PT3 & SPM)
  • Bahasa Perancis (DELF A1,A2 &B1)

Mata pelajaran bagi pelajar SPM

  • Kimia
  • Biologi
  • Fizik
  • Grafik Komunikasi Teknologi
  • Prinsip Perakaunan
  • Ekonomi
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah
  • Syariah Islamiah
  • Matematik Tambahan
  • Bahasa Arab
  • Bahasa Tamil
  • Bahasa Cina


Aktiviti ko-kurikulum sunting

Sukan sunting

Rumah sukan sunting

Terdapat 5 rumah sukan di SMKKGV:

Kelab Sukan sunting

  1. Memanah
  2. Bola Baling
  3. Badminton
  4. Bola Sepak
  5. Sepak Takraw
  6. Hoki
  7. Bola Tampar
  8. Bola Jaring
  9. Ragbi
  10. Pingpong
  11. Petanque
  12. Tenpin Baling
  13. Sofbol
  14. Catur
  15. Bola Keranjang
  16. Kriket
  17. Sukan GST( Golf, Skuasy, Tenis)
  18. Renang

Kelab dan persatuan sunting

Terdapat 26 kelab/persatuan(arus perdana) di SMKKGV:

  1. Kelab Malaysiaku
  2. Kelab Alam Sekitar
  3. Kelab Rekacipta
  4. Persatuan Bahasa Cina
  5. Persatuan Bahasa Tamil
  6. Persatuan STEM
  7. Persatuan Seni Visual
  8. Persatuan Sejarah dan Geografi
  9. Kelab Robotik
  10. Persatuan Agama Islam
  11. Kelab Seni Foto
  12. Kelab Keselamatan Jalan Raya
  13. Persatuan Bahasa Inggeris
  14. Persatuan Reka Bentuk dan Teknologi
  15. Kelab Seni Budaya
  16. Kelab Pencegahan Jenayah
  17. Persatuan Bahasa Melayu
  18. Persatuan Pelancongan
  19. Kelab Tunas Niaga
  20. Kelab SPBT
  21. Kelab Kerjaya
  22. Kelab Koperasi
  23. Kelab Formula 1
  24. Persatuan Bahasa Perancis
  25. Persatuan Bahasa Arab
  26. Kelab Kitar Semula

Unit beruniform sunting

Terdapat 10 unit di KGV:

  1. Taekwando
  2. Pengakap (Pengakap 01)
  3. Persatuan Bulan Sabit Merah
  4. Pandu Puteri
  5. Puteri Islam
  6. Kadet Polis
  7. Kadet Remaja Sekolah
  8. Renjer Puteri
  9. Kadet Bomba dan Penyelamat
  10. Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (darat)

Alumni terkenal sunting

Berikut merupakan lepasan sekolah SMK King George V yang terkenal.[6]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Berita Harian: Pembangunan Seremban tak cemar kehijauan[pautan mati kekal]
  2. ^ a b (Inggeris) http://www.smkkgv.edu.my/history.html
  3. ^ (Inggeris)Badge Core purpose: Badge
  4. ^ a b c (Inggeris) http://www.smkkgv.edu.my/about.html
  5. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-11. Dicapai pada 2008-02-13.
  6. ^ Key Figures, KGV Online

Pautan luar sunting