Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar

Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar atau nama ringkasnya SMK Lubuk Buntar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Pekan Lubuk Buntar, Serdang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar
Lokasi
 Malaysia Pekan Lubok Buntar, 09800, Serdang,, Kedah Darul Aman
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
DitubuhkanJan 1986
Nombor sekolah6044077895
Kod sekolahKEA1002
Faks6044078162


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar memiliki 323 pelajar lelaki dan 311 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 634 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009

Misi sunting

  • Membangun Potensi Individu Yang Seimbang Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Melalui Pendidikan Berkualiti

Visi sunting

  • Menjadi Sekolah Berkesan Dan Cemerlang Di Daerah Bandar Baharu

Moto Sekolah sunting

  • Berilmu Berbakti


Latar Belakang Sekolah sunting

  • Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar mula beroperasi pada tahun 1986. Sejak mula ditubuhkan sehingga ke hari ini,prasarana sekolah yang nyata kekurangan ,telah melalui beberapa proses peningkatan dan penambahbaikan  dari semasa ke semasa di atas  kawasan seluas 16.9 ekar.
  • Pada tahun 2012,genaplah 26 tahun ,SMKLB beroperasi  sebagai pusat pendidikan  dan wahana ilmu.Kini,setelah melalui beberapa kali proses transformasi , SMKLB  terus melangkah  gagah dengan kekuatan staf akademik  seramai 51 orang dibantu  oleh 13 orang staf sokongan ,7 orang pekerja am swasta dan 6 orang pegawai keselamatan.
  •  Sekolah ini mempunyai seramai  672 orang pelajar yang dtempatkan dalam 18 buah bilik darjah daripada tingkatan 1 ke tingkatan 5, aliran Sains dan Kemanusiaan  serta sebuah Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP).Terdapat tiga buah kelas yang menempatkan pelajar-pelajar  Kelas Rancangan Khas ( Bahasa Arab Komunikasi )yang terdiri daripada pelajar-pelajar  Tingkatan  1,2 dan 3.


Kod Sekolah                KEA 1002 No Telefon                   04- 4077 895 No Fax                        04- 4078 162 Tarikh ditubuhkan         Januari 1986 Tarikh mula operasi       Julai 1986 Luas Kawasan             16.9 ekar Alamat Sekolah            SMK Lubok Buntar                                      09800 Serdang,                                      Kedah Darul Aman. 


Sejarah sunting

Ringkasan Peristiwa-Peristiwa Penting Penubuhan SMKLB


Jan 1986 Mula ditubuhkan dan dikenali dengan nama SEKOLAH MENENGAH LUBOK BUNTAR


Jul 1986 Bangunan baru SM Lubok Buntar mula digunakan sepenuhnya


Jan 1987 Jumlah guru mula bertambah  menjadi 11 orang serta 4 orang staf sokongan mula ditempatkan disini.


30 Jun 1990 Perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato` Seri Anwar Bin Ibrahim ,Menteri Pelajaran ketika itu.


1996 Asrama Desa mula beroperasi


2001 Makmal Komputer Fasa Pertama sebanyak 22 buah komputer dibekalkan.


2005  Kelas Pendidikan Khas dengan 20 orang pelajar dan 7 orang guru mula dilaksanakan.


2010 Surau Al-Huda siap dibina dan dirasmikan pada 30 September 2010 oleh Tn Pegawai Pelajaran Daerah Kulim Bandar Baharu,Tn.Hj.Abu Bakar bin Mat Ali


2011 Pelancaran Sambutan Jubli Perak SMK Lubok Buntar(1986-2011)



Jasamu Dikenang sunting

  • Sejak penubuhannya pada tahun 1986,Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar pernah ditadbir oleh sepuluh orang pengetua iaitu:-
  1. Encik  Ahmad Bin Mohd Ali
  2. Encik Ibrahim Bin Arifin
  3. Encik Ahmad Bin Mohd Ali
  4. Encik Osman Bin Mehat
  5. Encik Abu Bakar Bin Yahaya
  6. Encik Azizan Bin Khamis
  7. Encik Ahmad Sulong Bin Ismail ( 2001-2004 )
  8. Encik Azizan Bin Abd Hamid ( 01 Jan 2005-01 Jul 2006 )
  9. Puan Hajjah Aishah  Binti Ismail ( 01 Jul 2006-01 Dis 2008)
  10. Tuan Haji Mohd Asri Bin Abd Hamid ( 01 Dis 2008 - 20 Okt 2011 )
  11. Tuan Haji Mohd Radzi  Bin Haji Ahmad, AMN  ( 21 Okt 2011)
  12. Puan Hajjah Meryam Binti Mahmud
  13. Encik Azaman Bin Abdul Rahman
  14. Encik Sulaiman BIn Abdul Hamid
  15. Encik Hittayatullah Bin Hj Hassan ( 2017 - hingga kini)

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Lubuk Buntar
Pekan Lubok Buntar
09800, Serdang
Kedah, Malaysia
Telefon = 6044077895
Fax = 6044078162

Pautan luar sunting