Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong

Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong atau nama ringkasnya SMK Lutong, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Pantai, Lutong.

Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong
Lokasi
 Malaysia Jalan Pantai, Lutong, 98100, Miri,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Moto
  • Move Ahead, Go Beyond
  • Berdikari
Nombor sekolah6085655205
Kod sekolahYEE4101
PengetuaMuhammad Syahmi Tan bin Abdullah
GPK Pentadbiran dan AkademikMary binti Wahab
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridNancy anak Ngaran
Penolong Kanan KokurikulumWilson Thong Wai Tsong
Faks6085652503


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong memiliki 1019 pelajar lelaki dan 1027 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2046 orang. Ia mempunyai seramai 129 orang guru.2009

Sejarah sunting

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1963 dengan nama asalnya Lutong Government Secondary School. Mulai tahun 2003 sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong.

Pada tahun 1963, lokasi sekolah ini ialah di rumah kaki tangan Sarawak Shell Berhad. Bangunan ini terletak berhampiran dengan Kelab Shell, Lutong (KSL). Bangunan ini dimiliki oleh Sarawak Shell Berhad.

Penubuhan sekolah ini bertujuan untuk menampung pelajar-pelajar yang tamat sekolah rendah di kawasan sekitar Lutong dan Kuala Baram iaitu Sekolah Rendah Chung Hua, Sekolah Rendah Kebangsaan Lutong dan Sekolah Kebangsaan Kuala Baram.

Pada awal penubuhan sekolah ini, terdapat sebuah kelas peralihan sahaja. Kelas ini menampung seramai 40 orang pelajar yang kebanyakannya berbangsa Cina, dengan se orang guru iaitu Encik William Kok. Pada tahun 1964, bilangan pelajar telah meningkat kepada 130 orang deng an pertambahan guru seramai 3 orang, iaitu Encik Choo Kwang Chuan, Encik Lau Swee Pang dan Puan Lai Ching Chiau. Pengetua pertama SMK Lutong ialah Puan Ryan, seorang yang berbangsa Serani.

Pada awalnya pakaian seragam bagi pelajar perempuan adalah baju berwarna putih dan skirt berwarna biru tua manakala pelajar lelaki berbaju putih dan berseluar pendek berwarna biru tua.

Seterusnya pada tahun 1971, pakaian seragam sekolah telah ditukar apabila kerajaan mewajibkan semua sekolah memakai baju seragam yang sama.

Pada awal penubuhannya, sekolah ini mengamalkan sistem satu sesi yang mengandungi dua sidang. Sidang pertama bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi manakala sidang kedua bermula dari pukul 1.30 petang hingga 4.30 petang. Kedua-dua sidang dihadiri oleh pelajar-pelajar yang sama. Memandangkan sekolah tidak dapat menampung bilangan pelajar yang kian meningkat, satu bangunan baru didirikan untuk memenuhi keperluan tersebut.

Pada akhir tahun 1966, bangunan baru yang siap dibina terdiri daripada Blok A, dua buah makmal sains dan sebuah dewan. Bangunan ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Tun Abang haji Openg iaitu Gabenor Sarawak yang pertama. Pengetua sekolah pada masa itu ialah Encik C. P. Philips.

Bermula pada tahun 1974, sekolah ini telah memulakan satu projek pembangunan sekolah dengan menambahkan prasarana sedia ada. Sekolah ini mula menerima pelajar-pelajar asrama pada tahun 1975. Oleh itu, maka sebuah asrama telah dibina dan diberi nama Asrama Pipit, diikuti dengan pembinaan asrama Tun Tijah. Pembangunan yang semakin pesat di SMK Lutong boleh dilihat dengan pembinaan bangunan Blok B setinggi tiga tingkat pada tahun yang sama. Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1975, namun sambutannya tidak begitu menggalakkan. Pada tahun berikutnya, sebuah makmal sains siap dibina untuk kegunaan pelajar-pelajar menengah atas. Blok C dan bangunan Seni Perusahaan pula siap dibina pada tahun 1977.

Di samping itu, terdapat juga blok kediaman disediakan untuk guru-guru dan staf sokongan. Antara tahun 1984 hingga 1985, Projek Kilat telah jalan kan merangkumi pembinaan bangunan pelajar-pelajar Tingkatan Enam iaitu Blok D dan E. Pada tahun 1986, sebuah makmal sains dibina untuk kegunaan Kelas Tingkatan Enam. Pada awal tahun 1985, perpustakaan dan Bilik Alat Pandang Dengar (APD) dibuka dan dilengkapi dengan buku-buku dan alat-alat pandang dengar. Kelengkapan ini dibiayai sepenuhnya oleh Sarawak Shell Berhad. Pihak Sarawak Shell Berhad juga sudi menjadikan sekolah ini sebagai sekolah angkat. Sehubungan dengan hal ini, satu upacara penyerahan Kunci oleh Sarawak Shell Berhad kepada pihak sekolah semasa perasmian bilik APD dan perpustakaan yang terletak di Blok C. Kemudahan ini bertujuan untuk memacu prestasi pelajar di sekolah ini.

Pada tahun 1995, sebuah lagi dewan dan dua buah bengkel telah dibina sebagai tambahan prasarana di SMK Lutong. Pada tahun 2003, Makmal ICT telah dibina atas tapak gelangggang bola tampar. Sebagai ganti, gelanggang bola tampar baru dibina berhampiran gelanggang bola keranjang.

Setakat ini, terdapat lapan buah bangunan, dua buah bangunan makmal dan sebuah bilik Pe ndidikan Seni. Pejabat Am Sekolah telah dinaik taraf pada tahun 2004. Pembangunan berterusan di SMK Lutong merangkumi tempat letak kereta untuk guru-guru. Pada awal bulan Februari 2004, jawatan pengetua SMK Lutong diisi oleh Encik Marcus Hugo Matu Lejau menggantikan Encik Nicholas Yii yang bersara manakala Cik Anita Yi Fuon Mee telah dilantik sebagai Penolong Kanan 1 pada tahun yang sama.

Lagu Sekolah sunting

Gedung ilmu di rantau ini

Menjemput tiba putera puteri pertiwi

Menyemai budi menyinari janji SMK Lutong yang disanjungi

Berpandukan rukun negara

Kami berbakti kepada bangsa

Pesanan guru guru sentiasa

Jadi amalan kami bersama

Berdisiplin berdikari

Itulah prinsip kami

Dengan restu ayah bonda

Semoga kami berjaya (3×)

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Lutong
Jalan Pantai, Lutong
98100, Miri
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6085655205
Fax = 6085652503

Facebook SMK Lutong:

https://facebook.com/portalsmklutong/?locale2=ms_MY&_rdc=1&_rdr