Sekolah Menengah Kebangsaan Paris

Sekolah Menengah Kebangsaan Paris atau nama ringkasnya SMK Paris, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di daerah Kinabatangan Sabah. Penubuhan sekolah ini adalah atas hasil usaha Datuk Dr Yassin Bin Haji Amat, Pegawai Pendidikan Bahagian (PPB) Sandakan sekitar tahun 90-an. Penubuhan sekolah ini atas permintaan Al Marhum Haji Tukang Bin Parenrang yang mana merupakan tokoh berpengaruh dalam kalangan penduduk mukim paris.

Sekolah Menengah Kebangsaan Paris
Lokasi
 Malaysia Wdt 220 Kinabatangan, 90200, Sandakan,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6089791200
Kod sekolahXEA2079
Faks6089791200


SEKOLAH TERDEKAT 1. SK.Paris 3 -63M 2. SK.Paris 1 -8.5KM 3. SK. Sandau -7.8KM 4. SK. Batu Puteh -26.7KM 5. SMK.Bukit Garam I -56.5KM 6. SMK. Bukit Garam II-55.9KM 7. SMK. Sukau -82.4KM

BANDAR TERDEKAT 1. LAHAD DATU -47KM

PEKAN TERDEKAT 1. KINABATANGAN -57KM

KLINIK TERDEKAT 1. KLINIK BATU PUTEH -26.7KM 2. KLINIK MABELLO PARIS 3 - 98M

Pada 2021, Sekolah Menengah Kebangsaan Paris memiliki 287 pelajar lelaki dan 280 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 567 orang. Seramai 39 orang guru dan seramai 5 orang AKP.2009

Sejarah sunting

SMK. Paris mulai dibuka pada 01 Januari 1999. Ketika itu, keperluan pembukaan sekolah amat diperlukan kerana jumlah pelajar yang amat padat di SMK. Bukit Garam. Berikutan pertambahan dan kepadatan murid di SMK. Bukit Garam Kinabatangan, mendorong Encik Mohd Zain Bin Johari, Pegawai Pendidikan Daerah Kinabatangan berusaha menempatkan seramai 98 orang murid tingkatan satu di SMK. Paris.

SMK PARIS SEKOLAH MENUMPANG Penubuhan sekolah adalah menumpang atas tanah dan bangunan Sekolah Rendah Paris 3, Kinabatangan. Murid kumpulan pertama 01 Januari 1999 menggunakan dua blok bangunan kayu SK Paris 3. Bangunan blok kayu ini adalah pembinaan projek kilat dengan kerjasama penduduk tempatan. Kini SMK. Paris telah berusiah 22 Tahun dan sehingga kini masih menumpang tapak dan bangunan SK Paris 3. 09 Ogos 1999 SMK. Paris mendapat kunjungan Datuk Sri Mohd Najib Tun Razak untuk menyempurnakan upacara pecah tanah di tapak sebenar sekolah yang terletak 6 km dari SK. Paris 3. Namuan sehingga kini SMK. Paris masih berharap mendapat tapak dan bangunan sendiri.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Paris
Wdt 220 Kinabatangan
90200, Sandakan
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089791200
Fax = 6089791200

Pautan luar sunting