Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara atau nama ringkasnya SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Jenis Harian yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong Selangor.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara
Lokasi
 Malaysia Bandar Kinrara, Puchong, Selangor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan, Sekolah Harian
MotoBerilmu, Berketrampilan Dan Berakhlak Mulia
Nombor sekolah03-8070 4075
Kod sekolahBEA8639
Pengerusi PIBGEncik Ahmad Fuad Che Mi @ Che Mei
PengetuaPuan Siti Rohani binti Awang
SloganKinrara 1 Cemerlang
GPK Pentadbiran dan AkademikPuan Muhanizam Binti Mashod
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPuan Sakinatul Aisyah Binti Abdullah
Penolong Kanan KokurikulumPuan Rosilawati binti Ibrahim
Faks03-8070 4076
Laman sesawang


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara terdiri daripada 613 pelajar lelaki dan 565 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1178 orang. Sekolah ini terdiri daripada 74 orang guru. Pada tahun 2011-2014 sekolah ini telah diketuai oleh Tuan Haji Abdul Khany Bin Mohd Yusof sebagai Pengetua Sekolah yang kelima.

Pada tahun 2014 SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara telah diketuai oleh seorang pengetua yang mula bertugas pada Mei 2015, Puan Irene Voon Foong Len dan telah bertugas di sekolah ini selama 1 Tahun 5 bulan iaitu dari Mei 2014 sehingga Oktober 2015.

Bermula November 2015 , SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara telah diketuai oleh pengetua yang baharu iaitu Puan Salwani Binti Mohd Zain.

Kini, Pada Jun 2016, sekolah ini terdiri daripada 56 orang guru, 10 orang anggota kumpulan sokongan dan 940 orang pelajar.


Sejarah sunting

Pada Januari 2002, SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara telah memulakan operasi dengan sepenuhnya. Pada mulanya sekolah ini hanya terdiri daripada 27 orang guru, 4 orang anggota kumpulan sokongan dan 445 orang pelajar. Pada waktu ini sekolah ini diketuai oleh YBhg Datin Noorul Aini Binti Ambak (2001-2004).

Pada waktu ini juga, Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Encik Mohd Azman Lim Bin Abdullah (2002-2003).

YBhg Datin Noorul Binti Ambak juga telah mencipta bendera, lencana dan lirik lagu sekolah rasmi. Lagu ini kemudiannya telah dicipta oleh seorang pengubah lagu iaitu Encik Zubir Bin Ali.

Senarai Pengetua sunting

Senarai Pengetua Yang Berkhidmat Di Smk Seksyen 1 Bandar Kinrara
Nama Pengetua Tahun Berkhidmat Status Kini
YBhg Datin Noorul Binti Ambak 2001 - 2004 Bersara
YBhg Datin Hjh Rohani Binti Mustaffa 2004 - 2006 Bersara
Puan Hjh Fadzillah Binti Maarif 2006 - 2009 Bersara
Ybhg Datin Hjh Zuraidah Binti Hj Mohamad 2009 - 2010 Bersara
Tuan Hj Khany Bin Mohd Yusof 2010 - 2014 Bersara
Puan Irene Voon Foong Len Mei 2014 - Oktober 2015 Bersara
Puan Salwani Binti Mohd Zain November 2016 - April 2017 Berpindah
Puan Normah Binti Hashim 2017 - 2020 Bersara
Puan Khairun Aznida Binti Mokhtar 2020 - 2022 Berpindah
Puan Siti Rohani binti Awang 2023 - Kini Berkhidmat


Senarai Nama Pengerusi PIBG sunting

Senarai Nama Pengerusi PIBG Yang Berkhidmat di SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara
Nama Pengerusi PIBG Tahun Berkhidmat Status
Encik Noor Azman Lim Bin Abdullah 2002 - 2003 Telah Tamat Berkhidmat
Encik Mohd Effendi Bin Ismail 2003 - 2005 Telah Tamat Berkhidmat
Allahyarham Encik Mohd Kusnin Bin Morid 2005 - 2009 Telah Tamat Berkhidmat
YBhg Dato' Mohd Radzi Bin Ahmad 2009 - 2010 Telah Tamat Berkhidmat
Encik Abdul Karim Bin Ali 2010 - 2016 Tamat Perkhidmatan
Dato'Seri Shahani Bin Baba 2016 - Kini Berkhidmat

Pencapaian sunting

Sekolah ini telah memenangi pertandingan memasak antarabangsa di London pada tahun 2006.

Sekolah ini sering menjadi tuan rumah bagi Program Pengantarabangsaan Jepun sejak tahun 2013.

Sekolah ini telah menjadi tuan rumah bagi Program RIMUP tahun 2014 bagi zon Petaling Perdana.

Tahun 2015 - Matthew Ernest Paul telah memenangi Johan dalam Pertandingan Public Speaking anjuran KPM di peringkat Zon dan Daerah and berjaya mendapat tempat ketiga di peringat negeri Selangor.

Tahun 2016 - Matthew Ernest Paul telah memenangi Johan dalam Pertandingan Public Speaking peringkat Zon, Daerah dan Negeri dan merangkul Naib Johan pada Peringkat Kebangsaan.

- Matthew Ernest Paul berjaya menjadi Finalist bagi Pertandingan Public Speaking 2016 anjuran Sunway OxBridge dan merangkul hadiah Saguhati.

- Matthew Ernest Paul dinobatkan sebagai Best Debater dalam English Debate Competition anjuran KPM.

Tahun 2017 - Anugerah Pengurusan SPBT Cemeralng Peringkat Negeri Selangor, Tempat ke 4.

Galeri Foto Sekolah sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara
Bandar Kinrara, Puchong
Selangor, Malaysia
No. Telefon : 03-8070 4075
No. Fax : 03-8070 4067

Pautan luar sunting