Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan

Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan atau nama ringkasnya SMK Sematan, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Lundu-Sematan.

Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan
Lokasi
 Malaysia Jalan Lundu-Sematan, 94100, Sematan,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu dan Berbudi
Nombor sekolah6082711143
Kod sekolahYEA1401
Faks6082711044


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan memiliki 766 pelajar lelaki dan 799 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1565 orang. Ia mempunyai seramai 92 orang guru.2009

Sejarah sunting

  • 1980

SMK SEMATAN yang dahulunya lebih dikenali dengan SMK LUNDU NO 2 ditubuhkan dan telah menggunakan bangunan Sekolah Rendah Kerajaan Bumputera yang terletak di Lundu.Pengetua pertama di sekolah SMK Lundu No. 2 ialah Encik Johan Bin Ali.Bilangan gurunya cuma seramai 10 orang,bilangan pelajar seramai 154 orang kesemuanya,bilangan kakitangan bukan guru ialah 3 orang.Mempunyai 5 buah kelas dan sebuah padang permainan yang dikongsikan bersama sekolah rendah.

  • 1981

Bilangan guru bertambah kepada 11 orang,pelajar adalah 215 orang dan bilangan kakitangan bukan guru seramai 5 orang.Bilangan kelas masih kekal 7 buah.

  • 1983

Bilangan guru adlah 13 orang,pelajar adalah 235 orang dan bilangan kakitangan bukan guru seramai 6 orang.Bilangan kelas masih kekal 7 buah.

  • 1984

SMK berpindah ke tapak baru di Sematan pada 1 Januari 1984.Sekolah ini merupakan satu projek Bank Dunia dengan kos perbelanjaan bagi pembinaanya adalah dianggarkan berjumlah RM6.5 juta.Mempunyai 1 blok kelas,2 buah makmal,1 bilik sains rumahtangga,1 seni perusahaan,1 blok pentadbiran,4 blok asrama,1 dewan makan,17 kuarters dan 2 buah berek.Kawasan sekolah adalah lebih kurang 50 ekar dan mempunyai tempat kemudahan sukan dan permainan.Bilangan guru bertambah kepada 19 orang,bilangan pelajar adalah 427 oeang,bilangan kakitangan bukan guru adalah 10 orang.Bilangan kelas bertambah 12 buah.Alat-alat kelengkapan yang dibekalkan ke sekolah baru termasuk 2,000 naskah buku perpustakaan alatan sains paduan,alat bengkel seni perusahaan,alat sains rumahtangga dan alatan pendidikkan jasmani.Pengetua SMK Sematan yang kedua ialah Encik Kenneth Chew,terus mengorak langkah.PIBG SMK Sematan ditubuhkan pada 5 Mei 1984 dengan keahlian kira-kira 250 orang ibu bapa.PIBG melaksanakan beberapa projek seperti tempat meletak basikal dilaksanakan oleh guru-guru Daerah Lundu sempena menyambut perayaan Hari Guru 1984. Selain itu beberapa orang waris dari beberapa kampung sekitar Sematan datang kesekolah untuk mendirikan beberapa Projek Tambahan seperti Grand Stand dan pondok menunggu bas dihadapan SMK Sematan. Ia diketuai oleh Ketua Panitia Matapelajaran Seni Perusahaan semasa itu iaitu Cikgu Abdullah dan Cikgu Nazir Ludin. Turut membantu ialah Cikgu Wahap Wak, Cikgu Khilim, Cikgu Kadimin, Cikgu Nawawi, Cikgu Poyeng, Cikgu Dara, Encik Sondot, Encik Morni dan Encik Kamil serta dibantu oleh guru-guru lain.

  • 1993

SMK Sematan buat pertama kalinya telah melahirkan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia[SPM]yang pertama.Peratus lulus keseluruhannya pada tahun pertama ialah 58.4%.Sekolah telah menerima kehadiran pengetua baru iaitu Encik Sulaiman Aban bagi meneruskan kecermelangan SMK Sematan.SMK Sematan mencatakan kecemerlangan dalam bidang sukan seperti Kejohanan Olahraga Sukan Peringkat Sekolah,zon dan juga bahagian.

  • 1995

Encik Sukeman Suradi menjadi pengetua baru.SMK Sematan semakin mengorak langkah,aktif dan sering menyertai pelbagai aktiviti peringkat sekolah,zon dan bahagian

  • 1999

SMK Sematan menerima pengetua baru iaitu Encik Ellen @ Manium Engang.Perhatian utama diberikan kepada pentadbiran,akademik,kokurikulum,sahsiah dan disiplin pelajar.Keindahan dan keceriaan di SMK Sematan menjadi kebanggan warganya.Dengan berlatarbelangkan Banjaran Gunung Pueh menambah seri SMK Sematan,serta meningkat lagi semangat para pendidik untuk terus menabur bukti kepada sekolah.Kakitangan akademiknya meningkat kepada 61 orang dan kakitangan sokongan berjumlah 22 orang

  • 2001

SMK Sematan telah menjadi Johan MSS Bahagian Kuching & Samarahan kali pertama

  • 2004

Puan Hajah Salbiah Bt Haji Seman telah menjadi pengetua SMK Sematan yang baru.

  • 2005

Pembinaan Pondok EMas di bawah program PPSMI dan program PASCA PMR mula dilaksanakan.Tumpuan juga diberikan kepada peningkatan akademik pelajar tingkatan 3 dan 5.Sistem anjal diperkenalkan untuk membantu para pelajar menyiapkan diri menghadapi peperiksaan awam.Program-program akademik seperti HIPERS dan Al-Bulkhary turut membantu pelajar tingkatan 3 dan 5.

  • 2006

SMK Sematan menerima pengetua baru iaitu Encik Ivor Emmanuel Lim Ho Huat.Pelbagai perubahan fizikal telah dilaksanakan.Pembaikan kepada blok asrama lelaki dan perempuan,pembinaan rumah hijau,pembinaan kantin baru,pembinaan bengkel pembaikan,penaiktaraf bilik kuliah,pusat sumber dan jalan kaku berbumbung dan kantin untuk pelajar asrama.Blok C juga diubahsuai iaitu 1 kelas pendidikkan khas,bilik bimbingan dan kaunseling,bilik pbs,bilik lembaga pengawas dan bilik spt.Tumpuan juga diberikan kepada pencapaian akademik pelajar dengan pengenalan Pecutan Akhir PMR dan SPM.Program untuk menggalakkan para pelajar membaca iaitu 'A Book In The Hand'telah dilancarkan.Buku-buku perpustakaan juga ditambahkan.Perkembangan guru diberikan penekananan melalui latihan dalam perkhidmatan.Beliau telah menggalakkan guru-guru meningkatkan profesionalisme mereka melalui penglibatan dalam kajian tindakan.Juga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

  • 2008

Pencapaian kokurikulum semakin meningkat.Pelajar-pelajar dipih untuk mewakili MSS Sarawakdan juga untuk sukan MSN seperti memanah,kayak,angkat berat,lawan pedang dan berbasikal.12 orang pelajar dari SMK Sematan dipilh untuk mewakli SUKMA Terengganu

  1. 2009

Satu kelas pendidikan khas untuk pelajar-pelajar mempunyai masalah pembelajaran dimulakan.Encik Thomas Huo Kok Sen telah mengambil alih pucuk pimpinan dari Encik Ivor Emmanuel Lim Ho Huar pada februari 2009.SMK Sematan merupakan satu-satu sekolah di SARAWAK yang dipilih sebagai sekolah rintis Program Pembestarian Sekolah Luar Bandar dataran bestari.Beberapa projek telah dilaksanakan iaitu pembaikan Asrama Kenyalang untuk pelajar tingkatan 1 dan 2dan pembinaan tapak baru yang dinamakan Tapak Bestari.Pelbagai projek telah dilaksanakan iaitu naiktaraf Bilik Pendidikan Khas,pembaikan tandas lama untuk pelajar semasa PJK,stor PJK,pembinaan pagar untuk asrama perempuan dan penambahan bilik darjah untuk tujuan satu sesi.

  1. 2011

Persekolah satu sesi telah dijalankan pada awal tahun.Pada bulan Julai,SMK Sematan telah mendapat pengiktirafan rasmi sebahai sebuah sekolah harian atau satu sesi.Sebuah blok baru telah dibina yang mengandungi empat buah kelas.Blok itu dikenali sebagai blok F.Seramai 300 orang pelajar di SMK Sematan,telah mendapat netbook 1 malaysia di bawah program jalur lebar yang berjenama COBY.

Motto SMK Sematan sunting

Berilmu dan berbudi Hidup ini adalah untuk mencari ilmu dunia dan akhirar untuk menjadikan diri dan masyarakat berdisiplin,berbudi pekerti serta bersopan santun yang tinggi.

Warna Biru Cinta kepada agama,negara dan bercita-cita tinggi

Warna Kuning Taat setia kepada raja dan negara yang berdaulat.

Warna Merah Berani dan sentiasa bersemangat untuk berusaha

Warna Putih Kesucian rohani dan jasmani

Lambang Lilin Ilmu sebagai cahaya untuk panduan

Buku Gergasi ilmu

Ikrar Pelajar SMK Sematan sunting

Kami berikrar, Akan menumpukan, Sepenuh taat setia kami, Kepada sekolah kami, Guru-guru kami, Ibu-bapa kami,

Kami berjanji, Akan mematuhi peraturan sekolah, Dan menjaga nama baik sekolah, Di mana sahaja,

Kami berjanji, Akan menjadi pelajar berdisiplin, Berilmu dan berjaya, Demi agama, Masyarakat, Guru-Guru, Ibu-Bapa dan sekolah kami.

Alamat Sekolah Menengah Kebangsaan Sematan sunting

Jalan Lundu-Sematan
94100, Sematan
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082711143
Fax = 6082711044
e-mail = yea1401@moe.edu.my

Pautan luar sunting