Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar atau nama ringkasnya SMK Seri Iskandar, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Seri Iskandar.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar سكوله منڠه كبڠسأن سري اسكندار
Lokasi
Bandar Baru Seri Iskandar 32610, Perak Tengah, Perak Darul Ridzwan
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBestari • Cemerlang • Gemilang
Ditubuhkan02.07.2001
Nombor sekolah6053712892
Kod sekolahAEA8008
PengetuaIzamudin bin Ismail 2021 hingga kini
Faks6053712892


Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar memiliki 515 pelajar lelaki dan 569 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1084 orang. Ia mempunyai seramai 66 orang guru.2009

Sejarah sunting

PENGENALAN sunting

SMEKSI dibuka dengan rasminya pada 2.7.2001 dengan kod AEA 8008 SM Luar Bandar Gred B. Sekolah ini dibina bagi menampung keperluan penduduk sekitar Seri Iskandar yang selama ini bersekolah di SMK Dato'Abdul Rahman Yaakub yang pelajarnya hampir mencecah kepada 1800 orang sekitar tahun 2000. Ia juga untuk memenuhi keperluan pelajar-pelajar di SK Seri Iskandar yang bilangan muridnya semakin meningkat. Tambahan pula terdapatnya 2 buah pusat pengajian iaitu UiTM dan UTP serta pesatnya pembangunan di Bandar Baru Seri Iskandar dengan pembukaan taman-taman perumahan baharu di kawasan sekitarnya.

PERKEMBANGAN SEKOLAH sunting

Pada peringkat awal pembukaannya, sekolah ini menerima 218 orang pelajar yang terdiri daripada tingkatan 1,2 dan 4 dan bilangan kelas adalah sebanyak 18 kelas sahaja. Guru kumpulan pertama ditempatkan di sini ialah seramai 8 orang, kemudian jumlah itu bertambah menjadi 24 orang pada akhir tahun 2001. Sementara bilangan pelajar terus bertambah menjadi sekitar 950 orang (ting 1 – ting 5) pada tahun 2007. Namun pada tahun 2011 jumlah pelajar meningkat hampir kepada seramai 1200 orang dan 74 orang guru. Bilangan murid dan guru terus mengalami pertambahan setiap tahun. Sekolah ini menerima pelajar-pelajar daripada 3 buah sekolah rendah iaitu:-

  1. SK Seri Iskandar
  2. SK Felcra Nasaruddin
  3. SK Iskandar Perdana


Dari segi kurikulumnya, sekolah ini menawarkan mata pelajaran utama di peringkat menengah rendah dan menengah atas seperti sekolah-sekolah lain di seluruh Malaysia. Cuma pengenalan kepada mata pelajaran Vokasional ditambah kepada pelajar tingkatan 4 pada tahun 2001 iaitu mata pelajaran Lanskap dan Nurseri serta Seni Reka Tanda. Begitu juga mata pelajaran Pendidikan Muzik turut diperkenalkan pada tahun yang sama untuk pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 di kelas-kelas terpilih. Dari segi perjawatan pada tahun 2008 mula dilantik 4 ketua bidang untuk SM Gred B iaitu bidang Bahasa, Kemanusiaan, Sains & Matematik dan Vokasional & Teknik untuk memantapkan lagi pengurusan sekolah di SM Gred B. Mulai 8 April 2010 Kelas Rancangan Khas telah ditubuhkan dengan menempatkan seramai 54 orang pelajar tingkatan 1 dalam dua kelas.Sehingga kini, Kelas Rancangan Khas melibatkan murid tingkatan 1 hingga 3 dengan kapasiti 2 kelas untuk setiap tingkatan. Pendidikan Khas mula diwujudkan pada Januari 2011 dengan 5 orang pelajar dan 2 orang guru. Pada tahun 2021, semua murid asli daripada 3 buah sekolah kacapuri iaitu daripada SK Suak Padi, SK Tumbuh Hangat dan SK Gedung Batu telah berpindah ke SMK Dato' Abdul Rahman Yaakub(SMKDARY). Pada tahun 2021 bilangan pelajar meningkat kepada 1183 orang dan bilangan guru seramai 90 orang. Manakala pelajar Aliran Pendidikan Khas adalah 35 orang.

Peneraju Sekolah sunting

Sejak sekolah ini di buka, ia diterajui oleh pengetua-pengetua seperti berikut:-

Nama Berkhidmat
1.En. Saidin b Osman 2001 – 2004
2.Tn. Hj. Hussein b Puteh 2005 – 2007
3.Pn. Hjh Hadijah bt Uda Mat Dris 2007 – 2009
4.Pn. Mashitah bt Ismail 2009 – 2018
5.Pn. Noor Hasnah bt. Alang 2018 – 2020
6.En. Izamudin bin Ismail 2021 - sekarang

Lagu Sekolah sunting

SMK SERI ISKANDAR GEMILANG
Ciptaan: En. Abdul Aziz b. Abdul Rahman

SMK SERI ISKANDAR
SEKOLAH YANG TERCINTA
NAMAMU MEGAH DI PERSADA,

KAMI MERASA BANGGA,
TUNTUT ILMU MISI KAMI,
KEMAHIRAN DIBERI,
KAN KAMI SEMATKAN DI HATI,
SEMOGA DIBERKATI,

KAMI BERIKRAR,
KAMI BERJANJI,
BESTARI, CEMERLANG, GEMILANG,

KAMI BERHARAP,
KAMI MEYAKINI,
NAMAMU KAN DIJULANG.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Iskandar
Seri Iskandar
32610, Bota
Negeri Perak, Malaysia
Telefon = 6053712892
Fax = 6053712892

Rujukan sunting

Pautan luar sunting