Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel (M)

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel (M) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Perwira, Kg Pandan, Kuala Lumpur.

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel (M)

Lencana SMK St. Gabriel (M)

Alamat  Malaysia Jalan Perwira, Kg Pandan, Kuala Lumpur
Telefon 03-92859384
Faksimili 03-92871081
Pengelasan Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan
Slogan Proud To Be Gabrians
Visi Sekolah Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi Sekolah Membangunkan Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Moto Tuhan, Masyarakat, Diri sendiri
Kod Sekolah WEB0222
Pengetua Encik Vaitis Varan a/l Arumugam
Penolong Kanan 1 Cik Faridah binti Jebah
Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar Cik Valleamah a/p Sinniah
Penolong Kanan Kokurikulum Puan Rohana binti Abdullah
Penolong Kanan Petang Puan Azlina binti Ibrahim
Kaunselor Puan Aziati Binti Abdul Aziz (Sesi Pagi)

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel (M) memiliki 712 pelajar lelaki dan 0 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 712 orang. Ia mempunyai seramai 49 orang guru.2009

Sejarah sunting

  • Sekolah ini bermula  apabila  mission St. Gabriel membuka sekolah  intitusi murid-murid lebihan umur  yang tidak dapat menyambung pelajaran kerana masalah perang dunia kedua pada april 1946. Bilangan pelajar - 69 orang sahaja, ditempatkan di Sekolah Inggeris Jalan Pudu.​
  • Disember 1946, bilangan pelajar - 167 orang. Reverend  Yeh Hua En - pengetua pertama.
  • 1951 – tanah dipajak daripada kerajaan untuk bina sekolah. Sebelum bangunan sekolah siap – pelajar ditumpangkan di Sekolah Inggeris Pasar, Sekolah Cina Yoke San dan Sekolah Inggeris Jalan Pudu.
  • Batu  asas diletakkan oleh DYMM Sultan Selangor ,Sri Hishamuddin Alam Shah .
  • Dirasmikan oleh Sir Gerald Templer pada 10hb Januari 1954.

  • 1959 - 6 bilik darjah (2 bengkel Seni Perusahaan, 2 buah makmal dan 2 buah kelas) dikongsi bersama 3 buah sekolah (sekolah menengah,rendah dan swasta).
  • 1973 - jumlah murid 810, tenaga pengajar 31 dan kakitangan lain 9 orang.
  • 1980 – jumlah murid 1077 orang pelajar  dari tingkatan satu hingga 5. Bermulanya pembahagian pelajar  kepada sesi pagi (tingkatan 3hingga 5) dan sesi petang (peralihan, tingkatan 1 dan 2).

Alamat Sekolah sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Gabriel (M)

Jalan Perwira, Kg Pandan,

55100, Kuala Lumpur

Info Sekolah sunting

Versi BM:

Bahawasanya kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan ST. Gabriel,

Berikrar dan berjanji akan menjadi insan yang cemerlang,

Berdasarkan prinsip – prinsip yang berikut :

1. Menghayati Ajaran Agama 

2. Memiliki Keperibadian Yang Tinggi

3. Menyayangi Keluarga Dan Warga Sekolah

4. Menyempurnakan Peranan Dan Kewajipan

5. Membela Imej Dan Maruah Sekolah

6.Menyayangi semua ahli keluarga terdekat

Versi BI:

We, the Gabrians pledge to attain excellence based on the following principles :

1. Appreciate And Practise Religious Teaching

2. Posses and Excellent Personality

3. Cherish Our Family And School

4. Fullfill Our Roles And Responsibilities

5. Uphold The Image And Dignity Of Our School

Lagu Sekolah


Sekolah Menengah Saint Gabriel

Namamu Disanjung Tinggi

Jasamu Dipuji

Kerana Ilmu Diberi


Genta Sekolah Berbunyi

Masa Ditepati

Kita Menuntut Ilmu

Semoga Bahagia Selalu


Tuhan Masyarakat Dan Diri Sendiri

Itulah Cogan Kata Kita

Mementingkan Perpaduan

Menjadi Amalan Kita


Sekolah Menengah Saint Gabriel

Cahaya Pelita Kita

Menjadi Kebanggaan Semua

Maju Dan Terus Maju

Maju Dan Terus Maju

Lagu Sekolah dan liriknya dicipta oleh: Steevan Sinniah


(Bekas Pelajar Tingkatan 5 1989)

Lagu Sekolah St.Gabriel telah diciptakan diatas permintaan Pengetua dihormati Sdr.Bagwhan Singh apabila beliau terbaca tentang gubahan lagu Pelajar Tingkatan 5 iaitu Steevan Sinniah, terkeluar diakhbar sebagai 'The Budding Song Writer' The Malay Mail (Muka Pertama Section 2) dimana nama Sek. Men St. Gabriel telah disebut kan sebagai sekolah pendidikannya. Dia mengambil masa 15min untuk mencipta lirik dan 15min untuk memberikan melodi dengan rentak 'Army March'.

Mantan Pengetua sunting

1946-1947 Reverend Yeh Hua En
1947-1957 Reverend T.Eric Currie
1957-1964 Tan Chin Guan
1965-1968 Reverend Peter Young
1969-1979 John Baptist Amarasinghe
1980-1986 Tan Ai Kok
1986-1988 Bahgwan Singh
1989-1995 B.A. Deimudu
1995-2003 Tan Sun Seng AMN
2003-2009 Datin Christine Chiu Lai Yin
2009-2011 Mysterical Rose Fernandez
2012-2017 Tan Loo Kee
2018-2020 Toh Kok Min
2020-Now Ravi Chandran
2022-Now Vaitis Varan a/l Arumugam

Pautan luar sunting