Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary, Kuching

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary (M) atau nama ringkasnya SMK St. Mary (M), merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Mcdougall, Kuching, Sarawak.

Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary (M)
Lokasi
 Malaysia Jalan Mcdougall, 93000, Kuching,, Sarawak Bumi Kenyalang
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6082242689
Kod sekolahYFB1205
Faks6082245772


Sejarah sunting

Sekolah St. Mary merupakan sebuah sekolah yang tertua di Sarawak dan ketiga tertua di Malaysia. Tahun ini genaplah ia berusia 173 tahun. Ia didirikan oleh Mubaligh Kristian Anglikan, Harriette McDougall and Dr. Francis Thomas McDougall dari England dengan bantuan daripada Rajah James Brooke pada tahun 1848. Daripada usaha mereka ini, lahirlah sekolah St. Mary dan St. Thomas yang masih tersergam di Negeri Sarawak sehingga kini.

Setelah bangunan sekolah St. Thomas siap dibina pada 1887, bangunan lama dibaikpulih menjadi Sekolah Mubaligh Perempuan iaitu Sekolah St. Mary.

Pada tahun 1952, Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah telah dipisahkan menjadi SMK St. Mary dan SK ST Mary.

Dari awal lagi St Mary telah mencapai prestasi yang baik dan boleh dibanggakan dalam bidang akademik dan kokurikulum. St Mary telah dapat memberi pendidikan yang seimbang bagi membentuk Sahsiah dan perwatakan yang baik dan mulia.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

 
Sekolah Menengah Kebangsaan St. Mary (M)
Jalan Mcdougall
93000, Kuching
Sarawak, Malaysia
Telefon = 6082242689
Fax = 6082245772

Pautan luar sunting